.

Thursday, September 29, 2016

Nilai Nyawa

Ada 1 keluarga ayah,ibu & 2 orang anak perempuan mereka. Suatu hari pergi berkelah & mandi manda di sebuah sungai bdekatan dengan laut di suatu kawasan yang tidak diketahui. 

Setelah si anak habis mandi, si Ayah pun pergi ke kereta mengambil baju salin untuk si anak.. ketika si ibu mengangkat si anak ke tebing sungai kedua² selipar si anak yg no.2 ni tertanggal dari kaki dan hanyut. Si ibu nak ambik tapi tak sempat tetiba sebelah selipar tersangkut. so si ibu cepat² ambik selipar tersebut & mgejar lagi sebelah selipar yg hampir² masuk ke laut sambil menjerit melawan bunyi arus air berpesan kepada kedua² anaknya agar duduk diam sahaja di tebing sungai & jangan mengekorinya. Akhirnya kedua² selipar berjaya diambil. Tetapi si ibu hampir terjatuh,mujur sempat berpaut pada dahan² kayu seterusnya menarik badan menggukan dahan² kayu itu ubtuk naik ke atas.

Bila si ibu menoleh ke belakang si kakak & adik dah pun mengekori si ibu. Ibu dengan pantas menarik si kakak dan meletakkan ke tebing sungai, kemudian mengejar pula si adik untuk diletakkan di tempat yg selamat sama seperti si kakak. 

Si Ayah baru saja tiba, terkejut melihat apa yang terjadi. Syukur semuanya selamat.. bertarung dengan nyawa hanya kerana sepasang selipar.


Meskipun ia hanya mimpi, tapi seolah² benar² terjadi.

Pengajarannya di sini, usahlah mengorbankan sesuatu untuk sesuatu yg kurang penting.. fikirkan mana yang lebih penting dari yang penting. berbaloikah mengorbankan nyawa anak² hanya untuk sepasang selipar yg boleh diganti dengan yang baru?

Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga ini dari kejahatan² anasir duniawi. Dan semoga keluarga ini diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki & dipanjangkan usia. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sent from my Samsung device



Sent from my Samsung device

Sunday, March 13, 2016

Moga Allah Sayang

Salam,

Dah lama kan tak berceloteh kat sini.. ada lagi ke yang sudi singgah blog ni?

ALHAMDULILLAH jika ada yang masih sudi membaca coretan² di blog ini.

Pernah tak terfikir kenapa susah sangat dalam mencari rezeki? Semua yang dilakukan serba tak kena.. mungkinkah ada kena mengena dengan dosa² di masa lampau atau terlalu banyak dosa² baru yang dibuat?

Walau apa pun punca masalah yang kita hadapi.. bertabahlah..cari jalan penyelesaian yang terbaik. Kita mungkin rasa kita yang paling susah hingga terlupa ada lagi insan yang lebih menderita dari kita.

Untuk akhirnya... jangan mudah berputus asa..terus bangkit menongkah dunia.

Moga Allah sayang. Amin...



Sent from my Samsung device

Saturday, February 06, 2016

Tak Kaya..

Usah cemburu,khianat & iri hati
Kerna kau tak tahu sukarnya hidup yg dijalani
Bukan simpati yg dicari
Hanya ingin dimengerti

Usah anggap kami seperti tiada harga diri
Seolah tidak wujud di dunia ini
Hanya mengemis dan menagih ihsan tak bertepi
Kami akan buktikan suatu hari nanti
Terus bangkit dari ujian yg getir ini
Membuka mata insan yg mengeji

Semat dan pahatkan di hati dan di minda
Agar jangan sesekali pernah terlupa
YA kami tak kaya..tp kami bhgia..


Sent from my Samsung device