.

Tuesday, October 20, 2009

Sumpah Bunian..

skrg ni dah last sem utk thn nie..wpun byk projek yg nk kena buat...tp aku msh sempat lg layan citer bersiri nie..haha...citer ape?...ya citer Sumpah Bunian...best giler..dr kul 5ptg smpai 8pg esoknyer aku lyn tgk citer nie...tu pun gara2 timing tido aku dah lari sbb wat JAVA...huhu

.....................................................................................


TANPA DISEDARI KEHIDUPAN ALAM GHAIB MEMERHATIKANNYA

Lagenda Puteri Bunian sememangnya sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu malah ianya menjadi kisah dongeng dari generasi ke generasi.

Dipercayai bahawa kehidupan makhluk halus ini menyamai kehidupan manusia di alam nyata, bezanya makhluk bunian tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Puteri Bunian juga digambarkan mahkluk tuhan yang cantik dan sempurna serta menjadi idaman setiap jejaka.



Sumpah Bunian menerusi Slot Lagenda di TV3 mengisahkan percintaan di antara gadis bunian yang bernama Hawa dengan manusia biasa, Adam. Garapan jalan cerita drama ini merupakan imaginasi penulis skripnya iaitu Sharifah Abu Salem yang mendapat ilham dari pelbagai kisah dan lagenda, juga daripada cerita rakyat dan cerita lisan golongan tua. Idea penulis disampaikan secara versi moden dengan menyelitkan dimensi dunia bunian, sesuatu yang tidak dapat digambarkan oleh alam nyata tetapi suatu percubaan yang dipersembahkan sebaik mungkin oleh sutradara.



Sumpah Bunian akan menemui penonton pada 30 September 2009, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang. Barisan pelakon dan watak-watak yang mewarnai siri Sumpah Bunian sebanyak 19 episod ini ialah Nora Danish (Hawa), Rizal Jaafar (Adam), Qazem Nor (Fikri), Elly Mazlein (Azeera), Mahmud Ali Bashah (Hashim), Fetty Zul (Normah), Dian P. Ramlee (Kasmah), Bienda (Jasmin), Mubarak Majid (Malik) dan Aznah Hamid (Mariam). Manakala pengarah yang menjadi tulang belakang siri ini ialah Adam Hamid dan diterbitkan oleh Enuja Sdn Bhd di mana Zainuddin Hj Mohd Ismail bertindak selaku penerbit.



Episod pengenalan drama ini membawa penonton melihat kehidupan Hawa diwaktu kecil, dimana Hawa sering memerhatikan Adam yang sedang bermain dengan rakan-rakannya. Hawa tertarik dengan peribadi Adam yang baik dan mulia, berbeza dengan sikap sepupu Adam, Fikri yang mempunyai sikap yang bertentangan. Sesiapa yang menyakiti binatang pasti dimarahi Adam. Keperibadian Adam inilah memikat hati Hawa. Kekerapan Hawa yang sering ke tempat Adam membangkitkan kemarahan ibu bapanya. Bagaimanapun, Hawa tidak lagi dapat melihat pergerakan Adam apabila Adam terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke kota.



Hawa merindui Adam dan berasa sunyi selepas pemergiannya. Tujuh belas tahun berlalu, Adam kini sudah dewasa dan membantu syarikat bapanya, Tuan Hashim. Namun minat Adam masih kepada alam semulajadi, flora dan fauna. Adam kembali ke hutan, tempat dia bermain sewaktu kecil untuk melihat haiwan-haiwan jinak yang sering menemani zaman kanak-kanaknya. Terlihatkan kunjungan Adam, Hawa sekali lagi terpikat dengan Adam yang sudah 17 tahun dirinduinya itu…..

Bagaimanakah kesudahan percintaan dua insan yang berlainan dunia, adakah Hawa akan melepaskan cintanya, apakah mungkin keduanya dapat disatukan dalam dunia manusia…? Sama-sama kita saksikan kesudahan Sumpah Bunian di TV3 pada jam 4.30 petang dan siaran ulangan di TV9 pada jam 8.35 malam.

source : http://www.budiey.com/drama-lagenda-puteri-bunian/


0 kesan degil: