.

Sunday, November 22, 2009

Kembar...

wah kawen pun lom nk citer psl ank dah nie...bkn apa saje jer nk bkongsi cerita...
agak2nyer la kn mesti best kn klu dpt anak kembar nie...yelah sekali 2,3 atau > dr tu dpt dlm 1 ms...ape2 pun sume tu anugerah Allah utk mereka yg tpilih...tp aku rs mcm skrg nie musim org dpt anak kembar je..btl atau x tu x pastila plk..artis jer dah 2 org dpt kembar dlm 6bln kebelakangan nie klu x silap aku la..Ziana Zain ngn Aleya...besh giler..& br jer td aku melawat2 FS aku yg dh lm x dilawati tu...br aku tau member aku pun dpt anak kembar gak dua2 boy...ohh bhgianyer..msti diorg hepi giler...lik kg ri tu, ada org kg aku tu bsalin kembar 3 mak oii smpai 3 tu...aku pun tingin la nk dpt kembar..org kata % nk dpt kembar nie adalah dr :

1.KETURUNAN
- ada kakak pd makcik aku tu ada anak kembar lelaki ngn pompuan
- sepupu aku plk ada kembar lelaki Mohd Faizal & Mohd Faiz nmnyer...
* leh ke agak2 aku dpt kembar klu kawen nnti...mcm x logik jer koz jauh sgt ptaliannyer tu haha...T.T

2.PIL KESUBURAN
- yg nie blh kut aku pun x ingat ape nm pil tu men bc kat tenet jer..pastu dah lupa daa...sbbnyer biler mkn pil nie pgeluaran benih > byk haha....

3.IN VITRO FERTILISATION (IVF)
- IVF (In Vitro Fertilization) atau Persenyawaan Luar Rahim adalah asas bagi Teknologi Pembiakan Gesaan (Basic Assisted Reproduction Technique). Secara asasnya, teori IVF adalah persenyawaan berlaku dalam vitro (kaca). Sperma lelaki dan ovum (telur) perempuan dicampurkan dalam satu piring makmal dalam persekitaran yang sesuai. Setelah disenyawakan, embrio yang terhasil akan dipindahkan ke dalam rahim.
- ni plk psenyawaan luar rahim..juga 1 kaedah yg blh myebabkan kelahiran bayi kembar, tp kaedah nie selalu digunakan utk psgn yg sukar mdptkan zuriat..

4.FAKTOR USIA
- ha nie lg 1 katanyer usia lebih tua sng nk dpt anak kembar..tp btl ke??

JENIS2 KEMBAR

1. Kembar seiras (Identical twin atau monozygotic twin)

Ia melibatkan belahan (division) pada hanya satu ovum yang telah disenyawakan kepada dua embrio. Waktu berlakunya belahan tersebut adalah sangat penting kerana ia boleh menentukan sama ada kandungan kembar itu berkongsi satu uri atau mempunyai uri masing-masing.

Jenis-jenis kembar seiras adalah seperti:

a) Diamniotic dichorionic monozygotic twin

Ia terjadi apabila belahan berlaku dalam masa 72 jam selepas persenyawaan. Jenis kembar ini mempunyai uri dan sarung berasingan. Insiden berlakunya kembar ini adalah 30 peratus. Kematian kandungan kembar ini adalah paling rendah sekali iaitu 9 peratus berbanding jenis kembar yang lain.

b) Diamniotic monochorionic twin

Ia terjadi jika belahan berlaku dalam masa empat hingga lapan hari selepas persenyawaan. Kembar jenis ini berkongsi satu uri tetapi mempunyai dua sarung berasingan. Insiden berlakunya kembar jenis ini adalah paling tinggi iaitu 68 peratus. Kematiannya pula adalah sebanyak 25 peratus.

c) Monozygotic monochorionic twin

Ia berlaku apabila belahan terjadi pada hari kelapan atau lebih. Insiden kembar jenis ini cuma dua peratus sahaja. Ia mencatatkan kematian yang tertinggi iaitu 50 peratus. Kematian janin biasanya berlaku apabila tali pusat berbelit atau akibat daripada twin transfusion.

d) Conjoined twin

Ia berlaku apabila belahan terjadi selepas pembentukan disc embrio. Insiden kembar sebegini cuma satu dalam 60,000 kelahiran.

2. Kembar tidak seiras (Fraternal twin atau dizygotic twin)

Ia melibatkan persenyawaan dua ovum yang berlainan. Persenyawaan boleh berlaku pada kitaran haid yang sama atau kitaran haid yang berlainan. Kembar ini boleh mempunyai jantina yang berlainan dan uri yang berasingan.

Masalah-masalah atau risiko-risiko yang sering dikaitkan dengan kandungan kembar adalah seperti di bawah:

* Kelahiran pramatang (Premature delivery).

Hampir 50 peratus daripada kembar dilahirkan dengan berat badan yang rendah dan antara 22 dan 54 peratus adalah pramatang. Faktor pramatang inilah menjadi penyebab utama mortaliti dan morbiditi dalam kandungan kembar.

* Pertumbuhan janin yang terencat (intrauterine growth retardation).
Pembesaran yang tidak simetri boleh berlaku dalam kadar 15 peratus hingga 30 peratus. Ia berlaku akibat bekalan darah yang terganggu terutama jika janin berkongsi uri. Ini sering terjadi di kalangan kembar jenis monozygotic.

* Kematian perinatal (perinatal mortality).
Ia boleh terjadi dalam anggaran 10-15 peratus iaitu lebih kurang 3-11 kali lebih kerap berbanding dengan kandungan single. Kematian ini adalah berpunca daripada pramatang, kecacatan kongenital, twin transfusion syndrome dan trauma kelahiran.

* Keguguran (abortion).
Masalah ini boleh terjadi dua kali lebih kerap di kalangan kandungan kembar berbanding dengan kandungan single.

* Kecacatan kongenital (congenital malformation).
Ia dikatakan dua kali lebih kerap terjadi di kalangan kandungan kembar berbanding dengan kandungan single. Masalah ini adalah lebih kerap dilihat pada pasangan monozygotic.

* Darah tinggi semasa mengandung (pregnancy induced hypertension) dikatakan sering terjadi antara tiga hingga lima kali ganda lebih pada kandungan kembar.

* Anaemia yang disebabkan kekurangan zat besi adalah jauh lebih kerap terjadi pada kandungan kembar berbanding dengan kandungan single.

* Kandungan mentuban yang banyak (polyhydramnios).
Ini juga adalah satu masalah yang sering terjadi pada kandungan kembar terutama sekali di kalangan kembar jenis monozygotic.

* Kedudukan bayi yang normal (malposition).
Jika kedudukan bayi itu melintang atau menyongsang, kelahiran secara pembedahan Caesarean harus dilakukan. Ada kalanya pembedahan Caesarean juga dilakukan untuk kelahiran kembar kedua jika menghadapi masalah.

* Birth asphyxia atau neonatal depression.
Masalah ini biasanya dikaitkan dengan pramatang ataupun masalah-masalah yang timbul sewaktu kelahiran.

* Placenta previa (kedudukan uri bawah) juga dikatakan sering terjadi pada kandungan kembar.

* Uri lekang (abruptio placenta).
Masalah ini ada kalanya dilihat selepas kelahiran kembar yang pertama. Ini dikatakan terjadi disebabkan oleh decompression secara mendadak pada rahim.

Di sebabkan komplikasi-komplikasi inilah maka kandungan kembar dikategorikan sebagai kandungan yang berisiko tinggi. Oleh itu kandungan kembar memerlukan penjagaan antenatal yang lebih teliti dan lebih kerap.

Komplikasi-komplikasi yang mungkin timbul bukan hanya di peringkat antenatal malah sewaktu bersalin dan juga selepas bersalin.

Sumber:Utusan Malaysia


KAMPUNG KEMBAR

.............................................................................................................................................

apa2pun anak adalah anugerah yg x tnilai...sm ada kembar atau x bkn psoalan yg utama sbbnyer kita manusia hnya mampu merancang tp yg menentukan segalanya ttp jua Allah yg Maha Esa..tak semua yang baik adalah baik untuk kita dan tak semua yang tak baik adalah adalah tidak baik untuk kita...ecece, lom ada anak mcm2 leh ckp..tp InsyaAllah aku akan cuba utk mjadi seorg ibu yg tbaik andai 1 ri nnti aku bgelar ibu..Amin...

0 kesan degil: