.

Monday, July 19, 2010

Kenapa x rogol saya??

uisk tajuk tu lain mcm je kn...jgn cpt mberi tafsiran, baca citer nie dulu...

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.
Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yangbagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang.
Jalan yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan
dia agak gelisah dan rasatakut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika)
bersandar di dinding di tepi lorong itu.
Dia sudah mula rasa takut dan taksedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah
berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.
Dia bacaayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam
muka lelaki itu. Nasibbaik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam
akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit
selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogolitu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan
buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam
dan selepas siasatandilakukan, polis dapat bukti
bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi
tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol
perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya.
Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)


Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya,
Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita
itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

entry ini diambik dr http://wamozuwaha.blogspot.com/?expref=next-blog


***

Sebelum nie ada jgk baca article ke ape nth x ingat dah, psl kelebihan ayat Kursi nie...citer nyer ada sepasang suami isteri nie umah dorg dimasuki pcuri...tp pcuri tu x dpt nk kuar..dia msk leh, kuar dr umh x leh x ke pelik tu..upenye setiap kali tutup pintu si isteri nie baca ayat Kursi... mgkin tu sbbnyer pencuri tu x dpt nk kuar dr umh tu...ape2 pun ayat2 Allah mmg tsirat palbagai rahsia yg kdg kala x tjangkau dek akal manusia...


0 kesan degil: