.

Thursday, September 30, 2010

Wash @ Straw

WASH THEM FIRST OR USE A STRAW

This is Serious!

This incident happened recently in North Texas . A woman went boating one Sunday taking with her some cans of coke which she put into the refrigerator of the boat. On Monday she was taken to the hospital and placed in the Intensive Care Unit. She died on Wednesday.

The autopsy concluded she died of Leptospirosis. This was traced to the can of coke she drank from, not using a glass. Tests showed that the can was infected by dried rat urine and hence the disease Leptospirosis.

Rat urine contains toxic and deathly substances. It is highly recommended to thoroughly wash the upper part of all soda cans before drinking out of them. The cans are typically stocked in warehouses and transported straight to the shops without being cleaned.

A study at NYCU showed that the tops of all soda cans are more contaminated than public toilets (i..e.).. full of germs and bacteria. So wash them with water before putting them to the mouth to avoid any kind of fatal accident.

Penyembuh Rindu - Mawi ft Diana

Penyembuh Rindu - Mawi ft Diana



Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

Stacy - Jahat

Stacy - Jahat

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Chorus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ikrar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Ulang Chorus

Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Ulang Chorus

Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Creative minds














Tuesday, September 28, 2010

Habil Qabil


‘Habil Qabil’ yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Zed Zaidi, Siti Saleha, Abby Abadi, Rashidi Ishak, Zila Bakarin, Azhan Rani, Abby Nazri dan Geofrey Perrin Williams telahpun memulakan tayangannya pada 22 September yang lalu.

Drama bersiri 25 episod terbitan Filmscape Sdn Bhd ini mendapat sentuhan sutradara Faizal Ishak dan nukilan skrip oleh Mohd Rohizan Ramli.

“Selepas kejayaan ‘Nur Kasih’, ‘Habil Qabil’ merupakan karya terbaru oleh pasangan suami isteri berbakat, Kabir Bhatia dan Mira Mustapha.

“Jalan cerita yang penuh dengan kontroversi dan misteri ini bakal menjanjikan kepuasan dan keasyikan sewaktu menontonnya.

“Kami berharap drama ini akan mendapat sambutan yang baik daripada para penonton seperti siri-siri drama sebelum ini di slot Samarinda,”kata Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar.

Persaingan tanpa mengenal pertalian

‘Habil Qabil’ mengisahkan takdir dua insan yang dilahirkan pada hari tarikh yang sama dan sering bersaing di alam persekolahan serta dunia korporat. Mereka akhirnya jatuh cinta pada wanita yang sama.

Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.

Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.

Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.

Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat.

Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah.

Justeru itu, Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam.

Mereka bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil.

Jangan ketinggalan untuk terus menonton ‘Habil Qabil’ di slot Samarinda, setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30malam, hanya di TV3!

Pot pet pot pet..bla..bla...bla... aku mengenai cerita ini ialah :-

  1. Habil (Aaron Aziz) sebenarnya anak kandung Qamarul (Rashidi Ishak) dengan isteri kedua dia iaitu Habibah (Abby Nazri).
  2. Qabil (Zed Zaidi) pulak anak Intan (Abby Abadi) dengan Smith (Geofrey Perrin Williams).
  3. Maria (Siti Saleha) pulak ada agenda tsendiri dengan mengahwini Qabil...aku rasa Maria dah diupah oleh Smith.
  4. Habil pulak nak rampas syarikat QS Properties tu...padahal sykt tu sbnrnya ayah dia yang punya...
Keh2...keh..keh....amacam ulasan aku? agak2 logik x? apa2 pun citer nie mmg best sbb ada Aaron Aziz hehe

Tahniah anda yang ke 100

Sebenarnya dah lama sangat aku nak taip entry ni..sebab ini adalah tanda penghargaan aku kepada follower yang ke100 tahniah2....(alamak mn plk aku save gambar tu..x jmpa la..nnti jmpa aku upload)

Walaupun aku x berapa sihat sgt ni tapi aku dah janji nak bagi hadiah untuk follower yang ke 100, buat kali ini, ini jelah hadiah yang mampu aku bagi iaitu mempromote blog yang bertuah itu..insyaAllah kalau aku dah kaya sket nnti aku bg hadiah yang lain pulak untuk follower ke 200...atau mungkin follower yang ke 111 dan seterusnya lah...

Ok bercerita mengenai follower blog Ces't La Vie yang ke 100 ini pemenangnya ialah Blog Leader nie dia punya link http://yourmusicenter.blogspot.com/ . Ok serba sedikit pasal blog ni...nama blog pun yourmusiccenter melayari blog ini anda akan dipaparkan dgn segala macam citer pasal artis, x kiralah dalam negara ke luar negara ke asalkan namanya artis. Jadi klu sape2 minat untuk mgetahui pkembangan dan pkempisan artis2 dunia..inilah tempatnya...


Dia dah follow aku kan..so aku follow la balik..bukti nie :p


thx ekk koz follow sy..& sorry koz lmbt follow balik...

Monday, September 27, 2010

DiGi iPhone 4 Life

Tugasan Hari Ke4

1. Tulis post dengan tajuk DiGi iPhone 4 Life
2. Lepas tu edit gambar menggunakan frame iPhone yang diberi, susahnya untuk edit gambar pening kepala. Dan hasilnya adalah seperti di bawah ok ke?


Kegilaan Apple iPhone 4 melanda dunia
Ciptaan terhebat merentasi masa
Wahai rakyat 1 Malaysia
Doakan Digi bagi aku menang ya...

p/s : kalau menang iPhone ni kira hadiah birthday aku 7 Oktober ni la :)

Sunday, September 26, 2010

Kisah hari Jumaat

Nie bkn la kisah seram ok..aku cm nk bgtau ape yg ada & aku buat pada ri Jumaat lalu..

Aku g Jaya Jusco. 1st aku g tgk tayangan 3D dari Panasonic...

alamak ttutup harga plk..harga serendah RM2k> je..yang nie rege dia RM2899

ni plk bas yg membawa semua tv2 3D tu, btl2 hebat la..

pastu nie plk beg carlo rino yang aku suke...

nie plk muke model mn nth...


baru aku tau aktiviti dak pompuan bila menjelang hari jumaat...shopping20jutakali, x pun window shopping

memfacebook smbil mkn big apple...

tgk la donut iceberg tu...dia punya snow tebal sgt suke nk lagi...

ABC nie pun best gak..tp aku mkn ri Sabtu bkn Jumaat..esoknye jln2 pastu mkn ABC..nyum2...

DiGi iPhone 4 Real

Tugasan Hari Ke3.

1. Tulis post dengan tajuk DiGi iPhone 4 Real
2. Beritahu apa yang anda suka tentang Digi iPhone 4 Plan. Apa yang aku suka mengenai Digi iPhone 4 Plan ini ialah, bila kita melanggan plan yang lebih mahal kita akan mendapat lebih bonus. Tidak bermakna apabila kita mendaftar plan yang lebih rendah harganya kita tidak dapat bonus, kita masih boleh dapat macam-macam kelebihan. Sebagai contoh kita melanggan iDigi 88, bayaran bulanan sebelum auto billing ialah RM68 tetapi setelah dibuat auto billing jumlah yang perlu kita bayar adalah sebanyak RM58. Kelebihan/Bonus yang kita dapat pula adalah seperti berikut :
  • Masa berbual sehingga 200 minit.
  • SMS percuma sebanyak 200 pesanan.
  • MMS percuma sebanyak 20 pesanan.
  • Penggunaan internet yang ditingkatkan sebanyak 1GB.
Selain dari itu jugak, anda akan mendapat kadar caj yang rendah untuk :

  • Masa berbual hanya serendah 15sen sahaja.
  • SMS hanya 10sen sahaja.
  • MMS pula 20sen.
  • Tiada caj tambahan jika anda menggunakan internet melebihi quota yang sedia ada.
Walaupun plan ini adalah plan yang terendah tapi bonus yang kita dapat tetap menguntungkan pengguna. Digi memang hebat. Dengan penggunaan kelajuan internet yang maksimum. Semua orang patut menggunakan Digi. Untuk maklumat lanjut sila tgk gambar di bawah :


masih ragu-ragu? sila klik sini Digi iPhone

Ini adalah post yang ketiga
Tinggal lagi satu lengkaplah semua
Plan Digi iPhone hebat-hebat belaka
Dapat memiliki Apple iPhone 4 tentu lebih gembira

p/s : saya cakap sebab saya pengguna Broadband Digi, bila download transfer rate kadang-kadang boleh mencecah hingga ke 400KB/sec. Fuiyoooooooo.........

Saturday, September 25, 2010

Magika Part II

Sebelum ini aku ada post mengenai filem muzikal Magika kan, ok kali ini aku post lagi sebabnya aku baru je balik dari menonton cerita Magika kat pawagam tadi. Dari mula sampailah habis korang semua akan dihiburkan dengan pelbagai lagu dalam filem magika ini, antaranya ialah :

OST Magika ~ KRU - Kita Bersaudara.mp3



Diana Danielle Feat Mawi - Penyembuh Rindu ( OST MAGIKA ).mp3





Mp3 Download M.Nasir, Mawi, Diana Danielle & Fimie Don – Naga Tasik Chini

p/s : tension btl td...mamat n minah kat blkg seat yg aku dok tu asyik bising2 je...dia ingat dia byr tiket utk wat bising dlm tu agaknyer..x reti dok diam, bila kuar mawi je..ckp MAWI!!! bila kuar M.Nasir..M.NASIR!!!! dia ingat diorg je yg tau kot...

DiGi iPhone 4 Play

Tugas untuk hari ke2

1. Tulis post dengan tajuk DiGi iPhone 4 Play
2. Beritahu App yang mana dari iTunes App Store yang anda gemari dan sebabnya.

Untuk soalan ini, di bawah adalah antara App yang aku suka pada Apple iPhone 4 ini :

Apps for Music
  • Aku seorang yang suka dengan muzik jadi sudah semestinya aplikasi utama yang aku titik beratkan ialah aplikasi muzik, sebelum ini telefon bimbit aku hanya mampu memainkan muzik dan mendengar radio.Apps for Music dalam Apple iPhone ini ialah boleh cipta lagu (compose song) macam telefon bimbit mono tapi telefon ini sudah tentunya lebih baik dari telefon mono tu. Selain itu dengan menggunakan aplikasi ini kita boleh set radio station dan bagi penggemar muzik, Apps for Music memang berbaloi untuk anda.

    Apps for Fun & Games

  • Aku juga seorang yang gemar bermain game, bila tengok aplikasi permainan ini lebih hebat sudah tentunya lebih seronok untuk bermain apa tidaknya, dengan kuasa bateri yang lebih tahan lama dan tentu la anda lebih gembira bila main game dengan menggunakan Apple iPhone ini, betul tak?
Apps for Remote Control
  • Fuiyooooo!!!!! Aku rasa antara banyak-banyak aplikasi yang ada tentu semua orang teruja dengan aplikasi ini sama juga macam aku, sebab itulah aku sangat-sangat ingin memiliki Apple iPhone 4 ini, dengan aplikasi yang banyak dan design yang amat cantik aku memang dah jatuh cinta. Apps for Remote Control ini membolehkan kita untuk mengawal tv macam alat kawalan jauh la (remote control) hebat kan. Selain itu anda juga boleh menggunakan iPhone ini untuk mengawal lampu di rumah anda, nak on ke off ke bahkan juga mengawal kereta anda. Memang betul-betul hebat sebab dia ada sensor untuk melakukan semua aplikasi tersebut.
Itulah dia antara aplikasi yang aku suka kat iPhone ini, sebenarnya banyak lagi tapi apa kata biar aku memiliki iPhone ini dulu baru aku boleh beritahu banyak-banyak.

Tiap hari termimpi-mimpi
Sampai tak sedar waktu berlalu
Wahai Yellow Man si Digi
Berikan Apple iPhone 4 satu untukku

p/s : aku mana ada iPhone, jadi kalau salah info tolong betulkan ya.

Friday, September 24, 2010

Digi iPhone 4 Me

Aku nak menang Digi iPhone 4...oleh kerana aku bangga menjadi rakyat Malaysia jadi aku akan menggunakan bahasa melayu :)



Syaratnya adalah mesti menyelesaikan semua tugasan yang ada, semuanya ada 4 tugasan.

Tugasan untuk Hari Pertama (24 September 2010) :
1. Buat 1 post dengan tajuk Digi iPhone 4 Me.
2. Beri sebab kenapa anda mahu iPhone 4 dari Digi ini. Di bawah adalah sebab mengapa aku mahukan Digi iPhone...
  • iPhone 4 menggunakan material kaca dan juga sebahagian aluminium, jadi design baru ini lebih elegen dan semestinya lebih bergaya.
  • Revolusi lebih baik. :)
  • Bateri tahan lama, kamera dengan paparan gambar lebih menarik.
  • Dan dengar cerita "memory card" untuk iPhone ini ialah 64GB. Boleh tangkap gambar banyak-banyak, masuk lagu banyak-banyak...semuanya banyak yey :)

pendek kata aku nak handphone yang hebat menggantikan handphone aku NOKIA 6120 CLASSSIC yang rosak sebab kena air hujan huhu...


kalau nak cerita memang banyak kelebihannya, kalau dapat memiliki memang bertambah-tambah lagi la kelebihan tu hehe :) Memiliki iPhone 1 kebanggaan. Bersama Digi 1 Kesempurnaan.
3. Aku pilih badge yang ini



cantik kan badge ini...harap-harap boleh menang seterusnya memiliki iPhone dari Digi ini :)

aku dah hantar penyertaan aku, ini dia gambar pengesahan.