.

Wednesday, September 22, 2010

Citer baru kat TV3...


Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya.

Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu dengan Amar, seorang pengawal keselamatan kepada salah seorang pelanggan tetap Chinta.

Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki-lelaki yang pernah di temuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain.

Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal ketika dalam perjalanan untuk majlis pernikahan mereka. Satu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat.

Alangkah terkejutnya apabila pertama kali bertemu dengan Rasul Iman, peguam belanya yang seiras wajah Amar. Sudikah seorang lelaki professional dan dihormati seperti Rasul Iman mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi dari hanya seorang anak guam bela, atau lebih tepat, pelacur?

Saksikan ‘Chinta’ lakonan Fasha Sandha, Ady Putra, Jalil Hamid, Ezany, Jue Aziz mulai 27 September, Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di slot Akasia.

0 kesan degil: