.

Saturday, September 25, 2010

DiGi iPhone 4 Play

Tugas untuk hari ke2

1. Tulis post dengan tajuk DiGi iPhone 4 Play
2. Beritahu App yang mana dari iTunes App Store yang anda gemari dan sebabnya.

Untuk soalan ini, di bawah adalah antara App yang aku suka pada Apple iPhone 4 ini :

Apps for Music
  • Aku seorang yang suka dengan muzik jadi sudah semestinya aplikasi utama yang aku titik beratkan ialah aplikasi muzik, sebelum ini telefon bimbit aku hanya mampu memainkan muzik dan mendengar radio.Apps for Music dalam Apple iPhone ini ialah boleh cipta lagu (compose song) macam telefon bimbit mono tapi telefon ini sudah tentunya lebih baik dari telefon mono tu. Selain itu dengan menggunakan aplikasi ini kita boleh set radio station dan bagi penggemar muzik, Apps for Music memang berbaloi untuk anda.

    Apps for Fun & Games

  • Aku juga seorang yang gemar bermain game, bila tengok aplikasi permainan ini lebih hebat sudah tentunya lebih seronok untuk bermain apa tidaknya, dengan kuasa bateri yang lebih tahan lama dan tentu la anda lebih gembira bila main game dengan menggunakan Apple iPhone ini, betul tak?
Apps for Remote Control
  • Fuiyooooo!!!!! Aku rasa antara banyak-banyak aplikasi yang ada tentu semua orang teruja dengan aplikasi ini sama juga macam aku, sebab itulah aku sangat-sangat ingin memiliki Apple iPhone 4 ini, dengan aplikasi yang banyak dan design yang amat cantik aku memang dah jatuh cinta. Apps for Remote Control ini membolehkan kita untuk mengawal tv macam alat kawalan jauh la (remote control) hebat kan. Selain itu anda juga boleh menggunakan iPhone ini untuk mengawal lampu di rumah anda, nak on ke off ke bahkan juga mengawal kereta anda. Memang betul-betul hebat sebab dia ada sensor untuk melakukan semua aplikasi tersebut.
Itulah dia antara aplikasi yang aku suka kat iPhone ini, sebenarnya banyak lagi tapi apa kata biar aku memiliki iPhone ini dulu baru aku boleh beritahu banyak-banyak.

Tiap hari termimpi-mimpi
Sampai tak sedar waktu berlalu
Wahai Yellow Man si Digi
Berikan Apple iPhone 4 satu untukku

p/s : aku mana ada iPhone, jadi kalau salah info tolong betulkan ya.

0 kesan degil: