.

Tuesday, September 28, 2010

Habil Qabil


‘Habil Qabil’ yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Zed Zaidi, Siti Saleha, Abby Abadi, Rashidi Ishak, Zila Bakarin, Azhan Rani, Abby Nazri dan Geofrey Perrin Williams telahpun memulakan tayangannya pada 22 September yang lalu.

Drama bersiri 25 episod terbitan Filmscape Sdn Bhd ini mendapat sentuhan sutradara Faizal Ishak dan nukilan skrip oleh Mohd Rohizan Ramli.

“Selepas kejayaan ‘Nur Kasih’, ‘Habil Qabil’ merupakan karya terbaru oleh pasangan suami isteri berbakat, Kabir Bhatia dan Mira Mustapha.

“Jalan cerita yang penuh dengan kontroversi dan misteri ini bakal menjanjikan kepuasan dan keasyikan sewaktu menontonnya.

“Kami berharap drama ini akan mendapat sambutan yang baik daripada para penonton seperti siri-siri drama sebelum ini di slot Samarinda,”kata Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar.

Persaingan tanpa mengenal pertalian

‘Habil Qabil’ mengisahkan takdir dua insan yang dilahirkan pada hari tarikh yang sama dan sering bersaing di alam persekolahan serta dunia korporat. Mereka akhirnya jatuh cinta pada wanita yang sama.

Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.

Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.

Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.

Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat.

Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah.

Justeru itu, Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam.

Mereka bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil.

Jangan ketinggalan untuk terus menonton ‘Habil Qabil’ di slot Samarinda, setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30malam, hanya di TV3!

Pot pet pot pet..bla..bla...bla... aku mengenai cerita ini ialah :-

  1. Habil (Aaron Aziz) sebenarnya anak kandung Qamarul (Rashidi Ishak) dengan isteri kedua dia iaitu Habibah (Abby Nazri).
  2. Qabil (Zed Zaidi) pulak anak Intan (Abby Abadi) dengan Smith (Geofrey Perrin Williams).
  3. Maria (Siti Saleha) pulak ada agenda tsendiri dengan mengahwini Qabil...aku rasa Maria dah diupah oleh Smith.
  4. Habil pulak nak rampas syarikat QS Properties tu...padahal sykt tu sbnrnya ayah dia yang punya...
Keh2...keh..keh....amacam ulasan aku? agak2 logik x? apa2 pun citer nie mmg best sbb ada Aaron Aziz hehe

0 kesan degil: