.

Friday, September 24, 2010

Magika

Filem Magika terbitan KRU Studios tlh pun berada kat pawagam. Filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Mawi (Badang), Diana Danielle (Ayu), Fimie (Malik), Saiful Apek (Hang Tuah), Ziana Zain (Nenek Kebayan), Maya Karin (Puteri Bunian), M Nasir (Penunggu Tasik Chini), Datuk Jalaluddin Hassan (Ayah Ayu&Malik), Ogy Datuk Ahmad Daud (Mak Ayu&Malik), Aznil Nawawi (Pak Pandir), Raja Azura (Mak Andeh), Ning Baizura (Puteri Gunung Ledang), Sharifah Amani (Bawang Putih), Sharifah Aleya(Bawang Merah), Norman Hakim, (Awang) Nabil (Orang Minyak) dan KRU (Pokok2).

Sinopsis (diterjemah dari website Sinema Malaysia)

Filem Magika ini mengisahkan dua beradik yang mengharungi hari-hari suram selepas kematian ibu mereka. Malik (Fimie Don) merasa tertekan dan menyalahkan diri sendiri atas kematian ibunya itu. Suatu petang, Malik bergaduh dengan kakaknya, Ayu (Diana Danielle) dan membawa diri ke hutan. Tanpa disangka-sangka, Malik tersesat di hutan dan dia berada di dimensi lain yang dinamakan Magika.

Setelah terdengar jeritan Malik meminta tolong, Ayu segera mencari Malik, tetapi beliau turut terperangkap dalam dunia Magika. Masalah bertambah rumit kerana Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya, Awang Kenit. Malik digunakan sebagai bahan eksperimen oleh Nenek Kebayan untuk menghasilkan wangian dari tangisan kanak-kanak.

Ayu terpaksa menghadapi banyak cabaran dan halangan dalam misi mencari dan menyelamatkan adiknya di Magika. Semasa pengembaraan di Magika, beliau terjumpa dengan watak-watak dalam lagenda Melayu seperti Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Hang Tuah lima bersaudara, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih Bawang Merah, Mahsuri dan Batu Belah Batu Bertangkup. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi) yang sudi membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.


INFO: Filem Magika
# JUDUL: Magika
# GENRE: Muzikal Pengembaraan (pertama seumpamanya di Malaysia)
# KONSEP: Mitos dan Legenda Melayu
# PENGARAH: Edry Abdul Halim (filem sulung)
# TEMPOH PENGGAMBARAN: Februari hingga pertengahan Mac 2009
# LOKASI PENGGAMBARAN: Universiti Putra Malaysia (UPM); Putrajaya; Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong; Ulu Langat, Selangor; Tapah, Perak dan Lanchang, Pahang
# PELAKON: Membabitkan lebih 15 artis popular, antaranya Mawi AF3, Diana Danielle, Fimie (Hikayat Putera Shazlan), Saiful Apek, Ziana Zain, Maya Karin, M Nasir, Datuk Jalaluddin Hassan, Ogy Datuk Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Raja Azura, Ning Baizura, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Norman Hakim, KRU, Nabil Raja Lawak dan Adibah Noor.
# KOS PRODUKSI: Sekitar RM1.8 juta hingga RM2 juta, tidak termasuk promosi (Bayaran pelakon saja melebihi RM500,000)
# LAGU TEMA: Penyembuh Rindu (duet Mawi bersama Diana Danielle)
# PROSES AKHIR/KOS: Tujuh hari di Bangkok/Membabitkan bajet hingga RM400,000.

0 kesan degil: