.

Sunday, October 31, 2010

Milo Mc Flurry

بسم الله الرحمن الرحيم
cak...ehehe, tadi aku makan milo mc'flurry best betol...g drive thru, pastu aku perasan ada tulis milo mc'flurry so nak try la kan lagipun limited time only...so aku try la...tu je nk bagi tau, gmbo pun x amik, maklumlah mlm..mn la nmpk klu aku snap pic pakai henpon aku yg mahal nie...

Ces't La Vie

Saturday, October 30, 2010

Alamak lagi2 jatuh cinta...

Ri tu aku jatuh cinta kat henpon NOKIA C3 entry kali nie pulak aku jatuh cinta kat kete Proton Inspira nie...jom jatuh cinta jugak....








gambar mestinya gambar curi dari Oh Bulan! nk baca artikel?? klik Oh Bulan!

Friday, October 29, 2010

Adakah kamu mencintai Aku?

Bayangkan anda bangun tidur di suatu hari tiba-tiba anda x boleh
  1. melihat (buta)
  2. mendengar (pekak)
  3. bercakap (bisu)
  4. mengerakkan mana2 anggota badan (lumpuh@cacat)
Jika kamu ditakdirkan menjadi manusia cacat , adakah kamu akan mencintaiKu?
Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?
Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?
Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?

Ingatlah segala nikmat yang kita miliki hari ini hanyalah pinjaman & semua ini tidak akan kekal. Cintailah DIA sepenuh hati.

Artikel Penuh : Relung-relung Hati

p/s : Peringatan utk diri sendiri jugak..

Malaikat Maut mengintai kita 70 kali sehari..


MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35).

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan. Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.

sumber : jalanakhirat

Thursday, October 28, 2010

Sebuah Pertemuan

Sebuah Pertemuan

Artist: UNIC
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan

Wednesday, October 27, 2010

That's Why ( You Go Away )

Ahh tak tau la kenapa dengan aku nie..sejak dua bulan kebelakangan ni asyik nak bersedih je..rasa kosong...so meh layan lagu sedih nie huhu....

MLTR - That's Why ( You Go Away )



Baby want you tell me why there is sadness in your eyes
I don't wanna say goodbye to you
Love is one big illusion I should try to forget
But there is something left in my head

You're the one who set it up
Now you're the one to make it stop
I'm the one who's feeling lost right now
Now you want me to forget every little thing you said
But there is something left in my head

* CHORUS : I won't forget the way you're kissing
The feelings so strong were lasting for so long
But I'm not the man your heart is missing
That's why you go away I know

You were never satisfied no matter how I tried
Now you wanna say goodbye to me
Love is one big illusion I should try to forget
But there is something left in my head

* REPEAT CHORUS

Sitting here all alone in the middle of nowhere
Don't know which way to go
There is so much to say now between us
There ain't so much for you
There ain't so much for me anymore

* REPEAT CHORUS

Cukur jambul anak Dynaz

aku x nk citer psl tajuk tu pun...sbb aku pasti dah banyak blog citer psl tu..x pun korang g je link2 hiburan..mesti jumpa punya..cume yang aku nak tekankan kat sini..cantik betul kale baju dynaz nie..kale pe ye nie? tetiba pulak aku buta warna huhu....leh la wat tema baju raya haji pulak :p


post tdahulu anak dynaz (hmm kompius aku dynas ke dynaz?)

Tuesday, October 26, 2010

Tunang & Kahwin

Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

أسروا الخطبة وأَعْلِنُوا النِّكَاحَ

أظهروا النكاح وأخفوا الخطبة


"Zahirkan perkahwinan dan sembunyikan/rahsiakan pertunangan "

Kentang Spring

Korang pernah makan tak kentang spring nie? aku pernah makan sekali je..lepas tu aku dah xde jumpa dah orang yang jual mende nie..oh ya, ada sekali kat bazar Ramadhan..kentang spring nie best gak pe, rasanyer...cmne bentuk kentang spring tu?? korang tengok kat bawah nie...

Kentang Spring
alat pemotong kentang spring

Nak mulakan perniagaan? Kini, KentangSpring.Com menyediakan pakej untuk buat bisnes kentang spring ini dengan hanya bermodalkan serendah RM 799 sahaja!

Anda akan memperolehi pakej berikut:

  1. 1 Unit Mesin Pemotong Kentang Spring
  2. Percuma 250 pcs Lidi istimewa Kentang Spring
  3. Penghantaran PERCUMA ke seluruh Semenanjung Malaysia
  4. 4 jenis Perisa (BBQ, Tom Yam, Sweet Corn & Cheese) ~ 250g/pek
  5. Banner Promosi bersaiz 2′ x 5′
  6. Acrylic Stand untuk display Lidi Kentang Spring
  7. Video & Manual Penggunaan disediakan PERCUMA

Jika anda sebarang pertanyaan anda boleh hubungi kentangspring.com :
EMAIL : sales@kentangspring.com
TEL : 017 – 713 6554 (HAFEZ)

Jangan berfikir panjang lagi, perniagaan Kentang Spring memang menguntungkan!

Kalau korang nak tahu, permintaan terhadap Kentang Spring amat tinggi di pasaran. Budiey yakin ia boleh dijadikan sumber pendapatan yang tetap jika anda benar-benar mahu melakukannya!

artikel di curik dari : BUDIEY

p/s : sbb tu ada nama budiey dalam artikel tu.. :p

Monday, October 25, 2010

Ulek Mayang

Sekarang nie kat TV3 citer ulek mayang pulak ganti citer sebelum nie iaitu Siti Kelembai...aku x nk letak sinopsis citer Ulek Mayang nie pun...cume aku nk letak lirik lagu Ulek Mayang...aku x tau knp bile aku dgr lagu nie aku rs seram...sebenanrnya apa sejarah Ulek Mayang nie ye? aku mmg x tau...aku mula tau lagu nie pun ms Ella Ratu Rock yang nyanyi....tp aku takoot nk dengar lagu nie...

Ulek Mayang


Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

English

I croon for the Mayang
Croon it with nets
Croon for the Mayang
Singing together with her highness the princess
Croon for the Mayang
Croon it with nets
Croon for the Mayang
Singing together with the second princess

Second princess wears a slanted blouse
Second princess sports a slanted headdress
Second princess wears ivory earstuds
Second princess has a yellow scarf on
Persuading the Mayang
Persuade it with nets
Wanting to croon for the Mayang
Singing together with the fourth princess

Fourth princess wears a slanted blouse
Fourth princess sports a slanted headdress
Fourth princess wears ivory earstuds
Fourth princess has a yellow scarf on
Persuading the Mayang
Persuade it with nets
Wanting to croon for the Mayang
Singing together with the sixth princess

Sixth princess wears a slanted blouse
Sixth princess sports a slanted headdress
Sixth princess wears ivory earstuds
Sixth princess has a yellow scarf on
Persuading the Mayang
Persuade it with nets
Wanting to croon for the Mayang
Singing together with the seventh princess

Seventh princess wears a slanted blouse
Seventh princess sports a slanted headdress
Seventh princess wears ivory earstuds
Seventh princess has a yellow scarf on
Persuading the Mayang
Persuade it with nets
Wanting to croon for the Mayang
Singing together with her highness the princess

Her highness the princess wears a slanted blouse
Her highness the princess sports a slanted headdress
Her highness the princess wears ivory earstuds
Her highness the princess has a yellow scarf on
Persuading the Mayang
Persuade it with nets
Wanting to croon for the Mayang
Singing together with her highness the princess

I know all your origins
Let those from the sea to return to the sea
Let those from the land to return to the land
I presents the coloured rice
I persuade the Mayang
Persuade it with nets
I heal with Mayang
Bringing back to health

~~~Teka Teki Dik Rizki~~


Jawapannye:
Benda: Belon (mcm mentol pun ada gak)
Jumlahnye: 22 Biji

Tag : Rashidah Waheeda

Sunday, October 24, 2010

Demam ASK Bermula...

Ye ke ada smpai demam2? aku malas nak taip sendiri..so aku "kopi peas" je (yelah2 aku tulis betul2 copy & paste)...



DEMAM Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) telah bermula dan pasti ramai yang berdebar menantikan anugerah berprestij ini yang akan berlangsung pada 24 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Sebanyak 17 buah telefilem, 13 buah drama bersiri dan enam drama komedi telah dicalonkan pada kali ini.

Bagi menyemarakkan lagi anugerah berprestij ini, TV3 bakal menayangkan semula lapan buah telefilem yang tercalon ke ASK2010 setiap hari Ahad pada pukul 9 malam mulai minggu ini.

Telefilem yang terpilih ialah Taubat Nasuha, Bagaikan Sumayyah, Sebelum Akhirat, Miah Oh Miah, Masyitah, Dalil Cinta, Lillahi Ta'ala serta Kepok dan Nisan.

Berikut sinopsis telefilem yang bakal ditayangkan di saluran TV3 pada setiap hari Ahad pukul 9 malam.

Taubat Nasuha (24 Oktober)


Taubat Nasuha mengisahkan Syamizi dan Laila yang dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aimin, Aiman dan Amirul dan Laila sedang mengandungkan anak keempat mereka.

Syamizi menggunakan kekerasan seperti merotan dan menyepak muka mereka dalam mendidik anak-anaknya kerana sifatnya yang panas baran.

Panas baran Syamizi memuncak bila dia menghantukkan kepala anak-anak itu dan Laila tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak berani menderhaka kepada suaminya.

Pelakon: Sheila Rusly, Fauzi Nawawi, Datuk Jalaluddin Hassan dan Sheila Mambo.

Bagaikan Sumayyah (31 Oktober)


Drama ini mengupas kesengsaraan Shamsiah yang menjadi mangsa kerakusan nafsu Razak.

Shamsiah mahu menyedarkan masyarakat sekeliling personaliti sebenar Razak yang dipandang tinggi oleh masyarakat hanya kerana dia seorang dermawan dan sering membantu mereka yang susah.

Usaha Shamsiah tidak berjaya kerana orang ramai tidak percaya Razak menodai setiap gadis-gadis yang bekerja dengannya kerana sifat baik yang ditonjolkannya.

Pelakon: Fasha Sandha, Datuk Rahim Razali, Allahyarham Yalal Chin, Wan Maimunah, Jue Aziz dan Fauzi Nawawi.

Sebelum Akhirat (7 November)


Sebelum Akhirat mengisahkan Mubarak yang sakit serta tidak mampu bergerak terlantar di katil menanti saat-saat kematiannya.

Sebelum berkeadaan sebegitu, Mubarak selalu mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Ibu bapanya dan rakan-rakan tidak dapat menegur tingkah lakunya kerana dia panas baran.

Mubarak menjalankan perniagaan haram, seperti meminjamkan duit kepada orang ramai dan mengenakan bunga yang tinggi, menerima habuan apabila memberikan wanita cantik kepada orang-orang kaya dan setelah perempuan itu mengandung membawa mereka ke tempat menggugurkan kandungan.

Pelakon: Fauzi Nawawi, Lisdawati dan Yalal Chin.

Miah Oh Miah (14 November)


Telefilem komedi, Miah Oh Miah menceritakan Miah yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat.

Dia berkawan baik dengan Suzi, setiausaha di syarikat itu yang sering meminta pendapat daripada Miah mengenai pakaian yang perlu dipakainya untuk ke sesebuah majlis.

Pernah Miah mengubah suai baju Suzi menjadi begitu cantik dan mendapat pujian ramai. Ramai kawan pejabat Suzi menghantar baju pada Miah untuk diperbaiki.

Kedai jahit Miah makin berjaya dan dia mula berjinak-jinak untuk mereka fesyen artis dan tuahnya apabila seorang pereka fesyen terkenal memilih koleksi pakaiannya untuk pertunjukkan fesyen.

Pelakon: Faezah Elai, Pierre Andre, Maimon Talib, Salina Saibi, Zarynn Min dan Watie Elite.

Masyitah (21 November)


Drama kemanusiaan ini mengisahkan Masyitah, seorang isteri dan ibu yang sangat cekal dalam menghadapi kemelut rumahtangga apabila anak yang dilahirkannya mengalami sindrom autisme.


Lebih malang lagi suaminya, Halim serta ibu mertuanya, Rohani tidak dapat menerima kehadiran anaknya, Amar.

Hubungan Halim dengan Masyitah dan Amar sentiasa dingin. Malah Halim terjebak dengan cinta terhadap pembantu peribadinya, Maya.

Pelakon: Umie Aida dan Eizlan Yusof.

Dalil Cinta (28 November)


Dalil Cinta mengisahkan percintaan Nisa, seorang gadis bandar dan Zarif, anak tunggal pasangan dari kampung.

Mereka berdua mengambil keputusan untuk berkahwin namun ibu bapa Nisa membantah kerana mahukan Nisa menyambung pengajian ke kolej terlebih dahulu.

Malah mereka risau dengan sikap Nisa yang tidak mahu membuat kerja kerja rumah.

Nisa tidak dapat menerima bantahan kedua ibubapanya lalu mula memberikan pelbagai alasan untuk meyakinkan mereka.

Pelakon: Sharifah Amani, Fahrin Ahmad dan Wan Norazlin.

Lillahi Ta'ala (5 Disember)


Drama ini pula mengisahkan Azita yang disahkan oleh doktor menghidap penyakit tibi.

Suami Azita, Kazir, tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk isterinya dan akhirnya Azita sembuh.

Akan tetapi selepas itu kaki Kazir terhempap kereta dan kedua kakinya patah dari bahagian paha ke lutut. Azita terpaksa bekerja oleh kerana wang simpanan mereka telah habis.

Pelakon: Zamarul Hisham, Rita Rudaini dan Tony Eusoff.

Kepok dan Nisan (19 Disember)


Telefilem komedi ini mengisahkan Amani, Kamal dan Salam yang berkawan dari kecil berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mencari pekerjaan.

Setelah setahun berlalu, mereka bertiga tidak mendapat pekerjaan yang baik. Lalu mereka merasakan sudah sampai masanya untuk pulang semula ke kampung.

Di kampung setelah puas dimarahi ibu bapa mereka dan gagal mencuba pelbagai pekerjaan akhirnya mereka membuka kedai membuat nisan dan kepok.

Pelakon: Saiful Apek, Maya Matahari dan Zul Yahya.
sumber dicuri dari : Utusan Malaysia Online

p/s : citer Lillahi Ta'ala tu aku rs TV9 baru je siarkan x silap aku ri jumaat ri tu kot..baru la...aku pun x ingat dah

Saturday, October 23, 2010

090909

Aku try google facebook Syarifah Shahira...sebab aku suke sangat kat dia nie...x tau la nape aku suke..yang aku tau aku memang suke...google2 tapi x jumpa la pulak..yang aku jumpa pasal nie ha... tarikh 090909...ada ape ngan tarikh cantik tu cantik kan...pada tarikh 090909 tu Syarifah Shahira nie melahirkan anak perempuan yang diberi nama Audra, lahir pulak kul 9 pagi ish2..memang tepat la timing dia nak kuar..hehe...di GleneanglesIntan Medical Centre, Kuala Lumpur...best la ekk sng nk ingat bday dia...


Cume dari dulu aku kompius, cmne plk no ic bagi sesapa yg lahir start dr tahun 2000 & seterusnya ya?...sbb kn ic no tu amik dari tarikh lahir....contoh..bagi orang yang lahir pada 09.09.1990... so no ic dia 900909-**-**** ...cuba korang bygkn yg lahir tahun 2000...contohnya, 20-12-2000.. cmnie ke ye??? 001220-**-****...cmtu ye???kompius2...(ape yang aku kompiuskan ntah)

In ♥

Siapakah dia yang hadir dalam mimpiku?
Lalu berkata "Izinkan aku menjadi imam di dalam solatmu"
"Dan sudikah engkau menjadi makmum di dalam solatku?'

So sweet...sape lah lelaki tu ye, dah la hensem plk tu

gmbo seksi pulak hissshhhh..gmbar je pun...

Thursday, October 21, 2010

Lagu & Kita

KOrang pernah dengar x lagu mempengaruhi perjalanan hidup kita? Dulu masa aku belajar kat Poly..aku suke dengar lagu sedih..pastu aku clash...then member aku ckp kat aku..tu la ko suke sgt dengar lagu sedih2...

& aku jugak pernah dengar penyanyi Sudirman tu,,lagu t'akhir yang dia rakamkan ialah Salam Terakhir. betul ke?

& sejak 2 bulan kebelakangan nie aku suke sangat dengar lagu sedih2...tp nak wat cmne lagu sedih2 tu la yang best..yg wat aku rasa tenang...tp adakah sebab aku suke dengar lagu sedih tu..membuatkan aku ketika ini bersedih...




quotes

بسم الله الرحمن الرحيم

Doa

Lagu yang aku dengar sejak 2 bulan lalu ialah :

Wednesday, October 20, 2010

Fuiyoo Facebook...


Sekarang nie kalau xde facebook mcm sesuatu yang janggal ye x?... hebat betul penangan facebook nie...ape x nyer..cuba korang pk... dulu ms ada friendster, myspace, hi5 dan amende ntah lagi...xde la pulak sehebat facebook. Tp bila kuar je facebook..x kira kecik, beso, muda, tua..sume ada facebook...

FACEBOOK

FACEBOOK

FACEBOOK

tengah aku jalan2 tengok facebook jumpa facebook makcik aku...umo dah >40 dah..selama nie dia jadi suri rumah je...setahu aku la, tgk2 tetiba ada facebook hebat giler, nampaknya sekarang suri rumah pun dah celik it...

pastu jalan2 lagi...jmpa pulak facebook anak beranak..dari ayah, mak & anak...nampaknya sekarang ibu bapa leh memantau kegiatan anak2 dia dari facebook je..yang aku hairan kecik2 dah putus cinta..kapel sume tu citer kat facebook..bukan je mak ayah dia..tp 1 dunia tau...haishh, x tau la sama ada ini 1 kebaikan atau keburukan...

lagi satu yang aku dapat...bila dak2 ada facebook, ntah page hape2 sume di"like"nyer...bila member lain like dia pun like...pastu kuar la gambar x senonoh..yang pegi like tu wat ape? tau la minat citer korea ke ape ke kan..x yah la smpai like page artis korea tu..dah tentu2 cara hidup dia bbeza ngn kita..pastu dia post gn bahasa dia..ape yang ko faham? ape pekdah ko like page tu?

tu 1 hal pasal like2...nie 1 hal pulak...main approve je sape2 yang request nak jadi friend...entah2 perompak ke, peragut ke, pendek kata penjenayah la...mn la tau kan pjenayah yang dikehendaki x pun orang gila...langsung x pk mende tu...tau nyer nak blumba2 dengan kawan 1 kelas sape lagi ramai friend dalam list dia...kiranya hebat la tu kawan sampai 4000> sampai dah full & x leh nak add friend dah..udah2 ler tu xde pekdah pun ramai kawan...macam la dorang kenal ko...

lagi 1 pasal gambar..aku pasti & amat konfem la dak2 sekolah yang ada facebook nie x reti pasal IT pun...tmasuk la mak2 orang yang ada facebook...elleh yang muda macam dak unibersiti pun konfem x reti jugak... bila x reti sume data nak bagi tau kat facebook...jangan lupa..facebook adalah 1 konspirasi Yahudi untuk menjatuhkan umat islam...(pasal gambar tu, aku pun letak gambar jugak hehe)..cume kalau leh private kan jgn bagi sume orang dapat tengok...aku rasa facebook memang xde privacy...(klu ada sesapa yang add aku smpai sekarang aku x approve tu bermaksud sume data dia aku leh tengok..so nak wat pe approve lagi...aku suke tengok gambar orang je..) tapi aku rasa facebook memang xde privacy...ri tu ada berita kat TV3 pasal privacy facebook..aku tgk iklan dia je..x tengok pun berita penuh..sebab apa aku cakap facebook xde privacy...contohnya kalau korang nak guna ape2 application ( x sume application ) kena klik allow dulu baru leh guna, cuba baca betul2 masa sebelum klik allow tu..dia minta permission untuk view sume data & sume gambar..x tau la kalau aku salah tafsir, english aku x la sehebat korg :p

dah la banyak pulak aku membebel...ok tata, adios

Filem Ombak Rindu


Dulu rasanya aku ada post pasal citer Ombak Rindu..novel yang nak wat filem tu..ok sambung citer lik..pelakon2 filem nie adalah seperti di bawah...

Aaron Aziz -Hariz-
Maya Karin -Izzah-
Lisa Surihani -Mila-
Bront Palare -Mail-

pelik aku..asal amik Maya Karin sebagai Izzah ntah..ahh layan kan jelah filem nie bila kuar nanti tengok hebat ke x..setanding novel ke x...


SINOPSIS NOVEL OMBAK RINDU.

Ombak Rindu adalah sebuah novel berbahasa Melayu karya Fauziah Ashari. Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu.

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

GAMBAR2 FILEM OMBAK RINDU



20.10.2010





今月私の最も親しいボーイフレンドのための幸せな記念日20.10.2010


Tuesday, October 19, 2010

Islam ke???

Oleh: Pria Malaya

Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco..sungguh memalukan..

Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesi yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..penyokong 'parti Islam' Umno pasti terharu dengan bini PM Najib Razak..