.

Wednesday, October 20, 2010

Filem Ombak Rindu


Dulu rasanya aku ada post pasal citer Ombak Rindu..novel yang nak wat filem tu..ok sambung citer lik..pelakon2 filem nie adalah seperti di bawah...

Aaron Aziz -Hariz-
Maya Karin -Izzah-
Lisa Surihani -Mila-
Bront Palare -Mail-

pelik aku..asal amik Maya Karin sebagai Izzah ntah..ahh layan kan jelah filem nie bila kuar nanti tengok hebat ke x..setanding novel ke x...


SINOPSIS NOVEL OMBAK RINDU.

Ombak Rindu adalah sebuah novel berbahasa Melayu karya Fauziah Ashari. Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu.

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

GAMBAR2 FILEM OMBAK RINDU



6 kesan degil:

LiL HuBBy said...

npe maya karin jd izzah.. huhu..

Ces't La Vie said...

@LiL HuBBy x tau la mmg pelik..sbb izzah dlm novel tu muda lagi..dlm belasan tahun awal 20an klu x silap..maya karin mmg x sesuai lgsg jd Izzah huhu...

Miss Fairladyjim said...

tuelah maya karin taak sesuai kot..kena amek org lain tapi sapa ea..

Ces't La Vie said...

@Miss Fairladyjim tlalu byk pilihan smpai x tau nk pilih yg mn 1..atau xde pelakon yg difikirkan layak? hehe...

KSWSK said...

suka giler novel ni..tp saya pun rasa ralat sbb maya karin jd izzah...

Ces't La Vie said...

@KSWSK mmg best novel ni..smpai nangis2 time baca tu..btl2 mhayati ler katakn hehe :p