.

Monday, October 11, 2010

Pelajar UTP Kantoi Tipu Utusan Malaysia

Sebuah rencana karangan petugas akhbar Utusan Malaysia mendedahkan penipuan sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) terhadap Utusan.

Mereka mengirim gambar mereka berlatarbelakangkan sebuah taman untuk disiarkan di dalam ruangan Salam Perantauan. Gambar tersebut dipilih untuk terbitan 21 September 2010.

Merujuk gambar yang disiarkan (sila klik gambar di atas), ucapan salam perantau adalah dari University of Toronto. UTP di Tronoh tiba-tiba jadi Toronto!

Kami di iLuvislam.com bersependapat dengan wartawan Utusan yang mengatakan bahawa:

"Tidak pernah terlintas di fikiran para petugas media akan ada sekumpulan manusia yang bergelar pelajar universiti akan mengambil kesempatan menggunakan ruangan tersebut untuk menipu. Tidak juga masuk akal bagi petugas media menghubungi semua universiti di luar negara untuk menentukan kesahihan gambar yang diemel. Tidak juga dibelek setiap latar belakang gambar lantaran tradisi yang diteruskan didasari oleh prinsip saling percaya-mempercayai."

Oleh kerana menipu adalah perbuatan yang dilarang oleh Islam, maka kami turut bersedih dengan apa yang telah berlaku.

"Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia." (Hadis ini sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)


Moga kita tidak termasuk dikalangan orang yang menipu kerana orang yang bergantung harap kepada Allah dan sentiasa berusaha untuk menjadi Muslim yang mukmin, pasti tidak akan menipu.

Artikel ori baca kat sini I ♥ ISLAM

0 kesan degil: