.

Tuesday, November 30, 2010

Hari Terakhir...

Ri nie ri terakhir bg bulan November 2010...

BOSS SY NAK ELAUN!!! :p

Thursday, November 25, 2010

Wahai insan bernama lelaki...

Luahan hati seterusnya....


Wahai insan bernama lelaki...
Izinkan aku mencoretkan secebis luahan hatiku untukmu

Wahai insan bernama lelaki...
Usahlah kau menunding jari menyatakan aku yg bsalah
Usahlah menyatakan aku layak menerima hukuman ini
Tanpa kau tahu siapa aku sebenarnya
Tanpa kau tahu apa yg kualami sepanjang langkah ini
Tanpa kau mengetahui kisah silam di sebalik perjalanan hidupku

Wahai insan bernama lelaki..
Aku jadi begini kerana kaum sejenismu...
Tahukan engkau betapa aku menderita...
Betapa sakitnya hati yg terluka?
Tidak pernahkah kau mendengar pepatah..
Luka yg disebabkan oleh kata2 lebih bisa dari sebilah pisau?

Wahai insan bernama lelaki...
Salahkah bila aku merindui??
Salahkah aku membina harapan?
Salahkah andai aku jatuh cinta?

Wahai insan bernama lelaki...
Sayang ku untukmu sudah lama musnah
Rindu ku padamu telah lama mati...
cinta ku padamu telah lama berkubur...
Yang ada hanya dendam yang makin membara...

Wahai insan bernama lelaki..
Usahlah kau bimbang..
Semua itu telah berlalu...
Ku sedar kau juga makhluk ciptaan-Nya
Cinta adalah fitrah dalam kehidupan..
Ku tahu di sana Allah telah menyediakan seseorang untukku...
Dialah INSAN BERNAMA KEKASIH...

p/s : sume luahan hati aku yang sedih2 je nape nie ekkk...yang nie pun dah lama jugak aku peram smpai x ingat bila ntah aku wat...

Sedihnyerrr...hukhuk...

Tetiba mood aku nak publish karya2 yang ntahape2 berkobar2 pulak...so aku nak post kat blog nie nie luahan hati perasaan yang pernah aku buat...entry yang bertajuk Aku Bukan Kamu tu aku baru jer wat smlm..hehe...nie aku publish yg dah tperam lama punya ekk...dimulai dengan yang nie tajuknyer Sedihnyer...aku wat pada Sunday 18 Januari 2009


Kenapa aku bsedih
dikala org lain sdg bgembira?
Kenapa aku menangis
ketika org lain ketawa?
Kenapa aku menitiskan airmata
di kala org lain bahagia...

Ya Allah knp aku bsedih?
knp aku menangis?
sensitif sgt ke aku ni?
ada yg kata aku ni cpt sgt emo. btl ke?

tgk citer sdh pun leh nangis..
kn mrh pun nangis..
mmg aku pyedih agaknye..

kdg2 aku rs sunyi..
xde kwn, xde teman apth lg shbt..
xde tmpt nk aku luahkan ape yg aku rs..
kesiannye dgn hidup aku..

knp aku selalu rs sdh?
knp aku selalu menangis?
aku ke yg slh..
jika xde sape nk kwn ngn aku?
aku ke yg slh..
jika aku rs aku yg btl?
hakikatnye tiada sape yg myatakn aku bslh..
xde sape2 jgk kata aku yg btl..
abis tu mn yg btl ni??
kompius btl la...

andai ini ujian-Mu utkku Ya Tuhan..
berilah aku ketabahan..
berilah aku kekuatan...
semoga aku ttp tng dgn ujian-Mu
ku tahu..Kau mberikan ujian mgikut kemampuan hamba-Mu
tp Ya Allah aku tlalu sdh...sedihnye...uwaa....

skrg aku dah tau knp aku bsedih...
sbb aku tlalu mjaga hati org lain..
tnpa mpedulikan hati aku sdiri...

Wednesday, November 24, 2010

Aku Bukan Kamu


Aku Bukan Kamu

Pada pandangan aku
Kamu baik..
Kamu cantik..
Kamu bijak..
Kamu sopan...
Kamu terpelihara..
Kamu lemah-lembut...
Kamu impian setiap kumbang yg berterbangan...

Pada pandangan dia
Kamu terbaik untuknya..
Kamu tercantik di hatinya..
Kamu bijak bila menuturkan kata2...
Kamu pancarkan kesopanan di setiap langkah yang tercipta...
Kamu terpelihara dari tangan2 kasar si kumbang perobek madu si bunga..
Kamu percikan kelembutan meski ketegasan terlihat di mata...
Kamulah permaisuri yang bakal bersemayam disinggahsana bersama2nya...

Tapi aku
Aku Bukan Kamu
Aku tidak sebaik Kamu
Aku tidak secantik Kamu
Aku tidak sebijak Kamu
Aku tidak sesopan Kamu
Aku tidak mampu menjaga diriku sesucinya dirimu
Aku tidak selembut kamu
Bahkan si kumbang juga tidak sesekali mahu bermimpi ingin terbang menghampiriku...

Aku di sini menanti dirinya...
Kamu di sana pilihan hatinya..
Dia memilihmu...bukan diriku...
Dia kini Milikmu...bukan milikku...
Dia pasti Untukmu...bukan untukku...

Kasih ini tetap di sudut hatiku meski Aku & Dia tak mungkin bersatu....
Kerna telah tertulis Dia tercipta untukmu...

p/s : nie sajak ke syair ke ape ekk? ke pantun..aku anggap nie sebuah luahan hati jelah ye...ditujukan untuk org2 yang tpaksa melepaskan insan yg tsyg..cinta dlm diam ke..ape2 la yg bkaitan..aku bkn penyajak..juga bkn penyair...sekadar ingin bkongsi secebis perasaan...chewah sentimental la pulak...

* karya di atas adalah 100% milik Ces't La Vie...milik aku la tu...jgn curik2 tau...(tau la ayat aku x sehebat korg tp aku ttp nk ingatkan JANGAN CURIK)

Jawatan Kosong di Ipoh Perak

Sebelum nie aku dah post dah pasal jawatan kosong nie...tp masih lagi kosong & lum terisi so lagi sekali aku iklankan kat sini ok...

Jawatan Kosong System Developer & Juruteknik Komputer (Madani IT Solution, Ipoh Perak) www.madani.com.my

JURUTEKNIK KOMPUTER

Kriteria2 yang diperlukan:
  1. Berbangsa Melayu.
  2. Mempunyai Sijil atau Diploma dlm bidg Teknologi Maklumat atau Sains Komputer atau yg setaraf dgnnya dari mana2 institusi pengajian di Malaysia.
  3. Menetap di Ipoh,Perak.
  4. Mempunyai kemahiran utk membaiki komputer yang rosak.
  5. Mempunyai lesen dan kenderaan sendiri.
1. Memiliki Diploma dalam bidang IT dari mana-mana institusi pengajian di Malaysia.
2. Mahir menggunakan bahasa PHP dan ASP.
3. Mahir dalam menggunakan dan mengendalikan pangkalan data MySQL.
4. Pernah membangunkan sistem.
5. Menetap di Ipoh.
6. Memiliki lesen B2 atau D atau kedua-duanya sekali serta memiliki kenderaan sendiri.
Sekiranya anda mempunyai kesemua kriteria di atas,sila e-mailkan resume anda kepada : jasnihashim@yahoo.com

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ida ditalian 05-2913007 pada waktu pejabat.

Duniaku Gelap Gelita 10 minit

10 minit pun nak kecoh..bukan ape tetiba blackout, teringat pulak aku pada satu ketika yang dulu..hampir seluruh Malaysia blackout..aku pun google2 la jumpa article nie...Major blackout in Malaysia...kat article nie bgtau yang kejadian tu berlaku pada 13 Jan 2005 selama lebih kurang 3 jam...

Pastu time blackout tu msg2 dgn seseorg dia ckp..sian org kat spital..kat ICU..n aku pun kembali terfikir...camne ye klu org sakit yg mmg sepenuhnya gn alat bantuan pernafasan tu..mende tu bfungsi bukan guna eletrik ke?? ntahler...aku x dpt fikir..byk sgt mende yang aku nk fikir...

Bidadari Dunia Ciptaan Allah

Isteri yang solehah memang benar2 bidadari di dunia ini,
Permata yang amat berharga,
Hiasan yang amat menawan,
Peneguh yang amat kukuh,

Isteri yang solehah berbalut ilmu berselimut akhlak,
Isteri yang solehah menembus kalbu
kerana semua yang dia lakukan berasal dari ketulusan hati,
dari keikhlasan jiwa..
Isteri yang solehah adalah rezeki yang tidak ternilai dari Allah,
Yang menggenggam segala kemuliaan,
pemberi segala kebahagiaan,

Wahai kaum muslimin,
pilihlah wanita solehah dengan mensolehkan dirimu,
Wahai wanita solehah,
jadilah bidadari dengan peribadi yang indah
kerana Allah semata....

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah,
dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.

mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah harum tersebar, Bagai wanginya pusara Masyitah... ..

Tuesday, November 23, 2010

Ayoub Slot Samarinda

KESABARAN ITU SATU KEIMANAN

Terbaru di TV3, AYOUB terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd bakal menghiasi slot Samarinda mulai 23 November 2010, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam. Drama bersiri 25-episod yang diarahkan oleh pengarah berbakat, Hilter M Zami membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Sadeli, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Dato’ Rahim Razali dan Mak Jah.

Nukilan skrip oleh Faznita Md Nor mengisahkan Ayoub (Iqram Dinzly) yang sentiasa bersabar terhadap segala rintangan dalam hidupnya. Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun (Rosnah Johari) dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel (Razak Ahmad) lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.

Ayoub

Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil (Fizz Fairuz) sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Sadeli), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan. Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim).

Mereka dikurniakan 4 orang anak selepas berkahwin. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.

Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Syarikat Ayoub mula menghadapi masalah setelah beberapa pekerjanya berpaling tadah. Anak yatim yang pernah dibantunya pula menuduh Ayoub mencabul kehormatannya.

Imej Ayoub sebagai seorang dermawan dan usahawan yang berjaya tercalar. Namun, Ayoub dan Tengku Zarima masih sabar dan tabah menghadapi segala cabaran. Wan Aidil bertindak lebih agresif sehingga tergamak membunuh anak-anak Ayoub serta menyebabkan Ayoub menderita dengan penyakit kulit akibat sisa bahan toksik.

Ayoub telah menyepi diri di dalam hutan. Dia enggan menerima sebarang bantuan daripada sesiapa dan mula menyalahkan Tuhan tentang nasib malangnya. Zahra, seorang anak yatim yang pernah dibantu oleh Ayoub hadir dalam hidupnya dan tekad memulihkan semangat Ayoub. Mampukah Ayoub bangkit semula? Bagaimana pula dengan kesudahan Wan Aidil?

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “Kali ini, slot Samarinda menampilkan kelainan iaitu memaparkan sikap kesabaran & gemar bersedekah pada watak utamanya, Ayoub selain daripada mengisahkan pergolakan dunia korporat. TV3 sering menerima maklum balas daripada para penonton kami supaya menerapkan elemen-elemen baru dalam drama-drama yang disajikan menerusi slot Samarinda. Lakonan mantap Iqram Dinzly dan juga watak antagonis Fizz Fairuz pasti memberikan impak dalam siri drama AYOUB.”

Ikuti siri drama AYOUB di slot Samarinda mulai 23 November 2010, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam, hanya di TV3!

artikel diambik 100% dari Sensasi Selebriti

Monday, November 22, 2010

Cantiknyer...

Cantiknyer baju pengantin Elyana nie..aku suke kale dia...nk kata hijau bukan hijau..sebab aku tgk kat sotkaba kale biru..& artikel tu tulis baju Elyana ni kale biru Tiffany...


komen psl elyana?? oh aku x nk komen ape2 dah psl artis..x nk dh ckp yg negatif..klu nak tau cerita pasal artis pegi je tempat lain ya..mmg byk medium utk mgetahui pkembangan artis2 di seluruh dunia...

p/s : aku nak citer yg baik2 jer InsyaAllah...

Sunday, November 21, 2010

Hehe cantik ke???

Tak sangka pulak leh dapat award BEAUTIFUL BLOGGER nie...macam x caya jer ada jugak yang sudi anugerahkan award nie kat aku ye...err BEAUTIFUL BLOGGER tu maksudnyer aku la yang cantik kan?? Disebabkan aku cantik blog nie pun cantik..yarckkkss..KO INGAT KO CANTIK SANGAT :p...hahaha...suka sangat perasan ekk...

Tugas yang aku perlu laksanakan sebagai penerima award ini ialah :

  • Thank the person who gave you this award & link them

Thx pada GADIS KECIL sebab bagi saya award nie ye..dan sebab awak bagi saya award saya pun nak bagi award jugak la kat awak sila klik link nie ya One Lovely Blog Award

  • Spread the award to 15 blogger who you like & you think their blogs are awesome!

yang kedua plk kena bagi award nie pada 15 orang blogger lain giler ramai...err nie aku skip dulu la yek nnti aku singgah mana2 kalau jumpa aku update macam x biasa plk :p

  • Tell 7 hell things about yourself ?

& tugasan t'akhir plk..Tell 7 hell things about yourself ? err ape ye? aku rasa aku cam baik jer....yang nie aku men bantai je lah taip ape aku nak taip ya...

  1. Garang kot
  2. Cepat terasa -hati aku irama balada-
  3. Pemarah? ada org cakap aku nie seorg yang pemarah..aku rasa dia silap cakap tu..dia nak cakap aku nie peramah..xpe2 aku maafkan
  4. Pok Pet Pok Pet - cakap x bhenti2 tu bagi orang yang aku rapat & kenal sgt2 la..
  5. Susah nak wat keputusan...pastu selalu sangat keputusan yang aku buat salah..huhu..
  6. Suke tangguh2 kerja kesannye aku kena mgorbankan waktu tido untuk wat sesuatu dalam tempoh masa yang singkat..adoi <- tengah cuba berubah nie..
  7. Insomnia - err nie kategori neraka jugak ke?? hell tu kan neraka muahaha :p
Okaylah tu cukup2 kang mbebel banyak..silap banyak..bila silap banyak...malu pun banyak...

Award nie untuk korang jugak..sebelum amik award sila la wat tugasan tu sume ye....

penerima ke 1

ICAZIESYIRA

penerima ke 2

ADYSHARIZ

penerima ke 3

CHENTAMAYA


Saturday, November 20, 2010

20112010


20112010 :) 4.11

Khasiat Buah²an


Oren
  • Untuk menjaga kesihatan jantung
  • Baik untuk penglihatan
  • Bertindak sebagai pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser
  • Baik untuk antioksida
  • Bagus untuk perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah



Pir
  • Antioksida
  • Menjaga kesihatan kardiovaskular dan jantung
  • Antiradang, menyembuhkan luka, lebam dan membaiki tisu
  • Menjaga kesihatan penglihatan
  • Menentang jangkitan
  • Menyokong transmisi saraf
  • Melawaskan perut


Pisang Kaki
  • Menjaga jesihatan penglihatan
  • Melegakan sembelit, cirit-birit dan buasir
  • Bertindak sebagai antioksida


Kiwi
  • Membantu mengatasi insomnia
  • Mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan korestrol dan trigliserida)
  • Membantu membaiki pernafasan kanak² (pendek nafas, berdehit dan batuk malam)
  • Mencegah kerosakan kulit yang meyebabkan kanser kulit
  • Menjaga kesihatan penglihatan
  • Menjaga kesihatan kolon
  • Menjaga kesihatan prostate

Sumber : KOSMO Jumaat 19 November 2010 bersamaan 12 Zulhijjah 1431H

Thursday, November 18, 2010

Yayasan Selangor Taja Perkahwinan Datuk Sheikh Muszaphar RM520000

Yayasan Selangor Taja Perkahwinan Datuk Sheikh Muszaphar??? Banyaknya duit Yayasan Selangor nie. tapi iya2 mintak aku bayar baki pinjaman yg aku buat ms study dulu..walaupun aku dah minta tangguh atas sebab masih belajar untuk peringkat lebih tinggi..ntah la cakap banyak kang x pasal2 aku kena saman pulak..korg just baca je artikel nie..

p/s : aku bukan nak jaga tepi kain org atau mgutuk sesiapa dengan mgeluarkan entry nie - harap maklum-


Perkahwinan mewah & berprofil tinggi Datuk Sheikh Muszaphar & Harliza tempoh hari sebahagian’nya telah ditaja oleh Yayasan Selangor dengan kos melibatkan lebih setengah juta ringgit, lebih tepat RM520,000!

Terkedu juga kami, apabila Suruhanjaya Anti Rasuah melakukan siasatan terhadap Yayasan Selangor, dan mendapati banyak wang dihabiskan untuk perkahwinan angkasawan negara tersebut. Menurut TheSunDaily, kos tersebut dipercayai sebahagian daripada RM60 juta yang ditinggalkan oleh bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Kami tidak pasti sejauh mana kebenaran’nya, tetapi andai kata ia benar, terus terang kami memang terkilan. Sepatut’nya wang sebanyak itu diperuntukkan untuk membantu rakyat termiskin, atau membantu perniagaan kecil-kecilan dengan sokongan modal.


sumber : OH BULAN!

Tuesday, November 16, 2010

WOW...WOW..WOW!!!!

Nie wow yg ke3 utk contest & ini wow yg ke4 aku utk ri nie...ok sebelum tu aku nak citer ape yg best hari ini...

1. Dapat wit raya BOSS bagi
2. Dapat makan Nasi Ayam BOSS belanja, disediakan oleh isteri BOSS Kak Mala di bawah anak syarikat MADANI GROUP iaitu MADANI CAFE & CATERING.
3. Dapat lik awal BOSS bagi pelepasan utk lik awal ri nie...yeay...


Dan ini CONTEST yg ke3 aku menang untuk contest di dalam blog...Alhamdulillah, syukur pada Tuhan kerana memberi kemenangan pada aku...no t'akhir tu sbg pemenang x sangka leh sangkut jugak..hehe...





Okler nak siap2 lik kg..nnti lps cuti raya nie aku update blog nie ya..adios, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA pada sume yang meraikannya..Salam...

Thank's NUFFNANG..

Memang bertanggungjawab & efficient la nuffnang nie..satu hari je dorg process permintaan aku untuk tukar nama kat profile nuffnang tu...Thx ekk... :)


Monday, November 15, 2010

Ces't La Vie or C'est La Vie???

Edisi Khas Nama & Nick Name

Okay entry nie aku bercerita pasal nick name yang aku guna..aku amat pasti ramai tertanya2 apa maksud ces't la vie...bahasa ape tu?

soklan 1st sekali yg akan ditanya ialah

What is the meaning of Ces't La Vie?


It is a French word which means " That's Life / This is Life".

soklan ke 2 pulak...

C'est la vie or Ces't la vie?


jawapannya ialah C'est La vie tapi kalau korang search kat google tetap banyak kuar Ces't La Vie...Cest La Vie pun ada jugak...tapi yang paling tepat ialah C'est La Vie aku guna Ces't La Vie sbb nampak cantik sket koma kat situ (koma ke namanyer mende tu??)

soklan ke 3...in malay pulak la yer...
Mana dapat nick name nie?

jawapannya dulu masa aku sekolah menengah ada sorg member aku nie dia suke sangat dengar lagu english..smbil2 tu dia suke gak cari bahasa2 lain...aku yg memang rapat ngan dia dah tkenan pulak dengan penyakit tu...so jumpa la pkataan Ces't La Vie nie masa tu dia kata makna pkataan tu Inilah Kehidupan...aku pun belasah la minat jugak ngn nm nie...lagi satu pkataan yg aku ingat -Michiko Latino- maksudnya Kekasihku Org Latin lagu sape nth x ingat pulak...tp tu bkn bahasa France ye..tu bahasa Latin...so klu korg punya boipren org Malaysia sebutnya camnie la kot... Michiko Malaysiao hohoho...jgn mrh ye...

soklan ke4...aku rasa mesti ada jugak yg tnya nie...
Kenapa tak guna nickname Ces't La Vie kat address blog nie..kat email & mcm2 lagi la...

Jawapannya, aku x dapat nak guna nama tu sebab non available...cestlavie@yahoo.com, cestlavie@gmail.com, http://cestlavie.blogspot.com, www.cestlavie.com sume dah ada pemilik...kalau korang x percaya try la google...sebab tu la aku guna nama aku untuk blog ni...

http://adhila.blogspot.com

makna nama adhila ialah yang adil, yang saksama

tu jelah untuk edisi kali ini...ha sambil2 aku cari makna nama adhila tu aku jumpa nama yang best nie..bg nama kat anak korg tau...

Nur FaiQah Dayana
cahaya yang kuat & mengatasi yang lain

Nur Umairah Syahmina
cahaya puteri yang cerdik

Nur Zahra Alya Nabilah
cahaya bunga yang tinggi dan mulia

p/s : nama anak pompuan jer hehe

Hargailah apa yg anda miliki...

AMARAN : Artikel ini dibawah label SAD STORY..sila sediakan tisu jika anda seorg yg mudah mgalirkan air mata..


aku jumpa citer nie kat facebook...so aku share la kat sini..pada tuan punya citer nie harap bsabar..Allah mguji kita dengan pelbagai cara...ujian itu jugak kdg2 utk mberi kesedaran kesilapan kita & mjadikan kita lebih menghargai nikmat yg diberi...

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..

OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"

Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..

Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..

Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....



One Lovely Blog Award

Ehh aku dapat award la...muke bangga muahaha...aku dapat One Lovely Blog Award...wah bestnyer....x sangka blog aku leh dapat award nie....ohh ya award nie schajar mcflurry yang bagi. Tima kasih ye sebab bagi award kat blog nie.

kena bagi award nie pada rakan blogger yg lain jugak...so sape yg btuah utk memiliki award nie ya?? jeng3...err nnti la aku update nama2 penerima anugerah nie ya...x dpt pk plk...

Penerima award aku dah jumpa...jeng..jeng..jeng...(err baru sorg..)

GADIS KECIL

penerima ke 2

ICAZIESYIRA

penerima ke 3

ADYSHARIZ

penerima ke 4

CHENTAMAYA

p/s : sila mention dari mana korang dpt award ni ok...

* untuk sume penerima award di atas sila amik award lagi satu di link bawah ni ya :)
AWARD LAGI


Sunday, November 14, 2010

Nak jatuh cinta lagi...

Kali nie jatuh cinta kat Lotus Evora plk..haissshhh cmne nie asyik jatuh cinta jer...


Kasut Tumit Tinggi 1st Give Away


Senang giler nak masuk contest nie..kalau nak tau camne kesenangannyer tu just klik kat gambar di atas ya...thx.

Sape nak hadiah free dari Paris? =)

Jom korang sume kita g Paris tapi bukan la pegi betul2 cuma pegi masuk contest Sape nak hadiah free dari Paris? =). jom tunggu apa lagi? kang terlepas flight pulak kih..kih... Penerbangan ni valid sampai 20.11.2010, 12.00 PM so sape yang lambat tu padan muka la ye.. :P

'Eiffel Tower Giveaway'


TAG 3 Orang BLOGGER...sape ye aku nak tag?...hmm ok
  1. nur_ eimi
  2. nadia
  3. airis

Saturday, November 13, 2010

Egokah Aku??

Ku tak pernah merasa
Gundah di hatiku, ketika denganmu
Saat kau, kau belai rambutku
Kau temani aku, kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Imanku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Friday, November 12, 2010

Menyampahnyer aku!!!

EDISI MENYAMPAH & SAMPAH....

aku benci dengan sape2 yang tulis macam budak2 contoh pkataan..

sekarang -> skunk
sayang -> syunk
sedih -> sediy
tak tau - ta au (betul ke?)

byk lagi la tapi sebab aku nyampah malas aku nak taip banyak2...

lagi satu guna singkatan

contoh : pregnant - preggy
laptop - lappy....

eeee geli la aku...