.

Wednesday, November 24, 2010

Bidadari Dunia Ciptaan Allah

Isteri yang solehah memang benar2 bidadari di dunia ini,
Permata yang amat berharga,
Hiasan yang amat menawan,
Peneguh yang amat kukuh,

Isteri yang solehah berbalut ilmu berselimut akhlak,
Isteri yang solehah menembus kalbu
kerana semua yang dia lakukan berasal dari ketulusan hati,
dari keikhlasan jiwa..
Isteri yang solehah adalah rezeki yang tidak ternilai dari Allah,
Yang menggenggam segala kemuliaan,
pemberi segala kebahagiaan,

Wahai kaum muslimin,
pilihlah wanita solehah dengan mensolehkan dirimu,
Wahai wanita solehah,
jadilah bidadari dengan peribadi yang indah
kerana Allah semata....

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah,
dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.

mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah harum tersebar, Bagai wanginya pusara Masyitah... ..

0 kesan degil: