.

Thursday, November 25, 2010

Wahai insan bernama lelaki...

Luahan hati seterusnya....


Wahai insan bernama lelaki...
Izinkan aku mencoretkan secebis luahan hatiku untukmu

Wahai insan bernama lelaki...
Usahlah kau menunding jari menyatakan aku yg bsalah
Usahlah menyatakan aku layak menerima hukuman ini
Tanpa kau tahu siapa aku sebenarnya
Tanpa kau tahu apa yg kualami sepanjang langkah ini
Tanpa kau mengetahui kisah silam di sebalik perjalanan hidupku

Wahai insan bernama lelaki..
Aku jadi begini kerana kaum sejenismu...
Tahukan engkau betapa aku menderita...
Betapa sakitnya hati yg terluka?
Tidak pernahkah kau mendengar pepatah..
Luka yg disebabkan oleh kata2 lebih bisa dari sebilah pisau?

Wahai insan bernama lelaki...
Salahkah bila aku merindui??
Salahkah aku membina harapan?
Salahkah andai aku jatuh cinta?

Wahai insan bernama lelaki...
Sayang ku untukmu sudah lama musnah
Rindu ku padamu telah lama mati...
cinta ku padamu telah lama berkubur...
Yang ada hanya dendam yang makin membara...

Wahai insan bernama lelaki..
Usahlah kau bimbang..
Semua itu telah berlalu...
Ku sedar kau juga makhluk ciptaan-Nya
Cinta adalah fitrah dalam kehidupan..
Ku tahu di sana Allah telah menyediakan seseorang untukku...
Dialah INSAN BERNAMA KEKASIH...

p/s : sume luahan hati aku yang sedih2 je nape nie ekkk...yang nie pun dah lama jugak aku peram smpai x ingat bila ntah aku wat...

0 kesan degil: