.

Tuesday, December 07, 2010

Ibu Ayah Tolonglah.....

Ni aku berceramah sket kat ibu & bapa yang ada anak..jika anda SAYANG anak anda...tolonglah jangan benarkan anak2 anda yang TAKDE LESEN bawa kenderaan..x kira la motor ke kereta ke...
kalau dah jadi mende buruk excident terutamanya..masa tu x yah la korg nak salahkan org yg langgar anak korang tu..1st salahkan diri sendiri dulu sbb benarkan anak yg xde lesen tu bw kenderaan...

aku tau mak bapa skrg mmg kaya2...tapi ape kata kekayaan korg tu simpan untuk dorang sambung belajar ke ape ke..x yah la bmurah hati sangat nak belikan motor kete...melainkan dorang dah layak untuk memandu kenderaan yakni mempunyai lesen yang sah. ada FAHAM???

Baru2 nie kawan adik aku...dah jadi arwah dah sebab excident motor. Baru FORM 2 bawa moto..macam aku taip kat atas tadi aku salahkan mak ayah dia yg benarkan budak2 bawa moto (maaf jika bahasa aku kasar sket). Bila terfikir mmg la sedih...sape x sedih kehilangan anak dalam usia yang masih muda..Yang langgar pun salah la jugak koz memandu laju kat kawasan kampung. Apa2 pun yang pergi tetap pergi..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah kawan adik aku tu...(Meninggal dalam usia yang muda x byk dosa..lagi2 kalau lum baligh dah konfem2 masuk syurga...sila betulkan klu pyataan ini salah)

Kat bawah nie keratan akhbar tentang kemalangan yang meragut nyawa seorg pelajar tingkatan 2 Nurul Amal Juhendri ( kawan adik aku )

p/s : Marilah kita sama2 sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah Nurul Amal Juhendri.. (adik aku smpai skrg sedih lagi, yelah kawan rapat dia yang meninggal tu)

0 kesan degil: