.

Sunday, March 27, 2011

Aku Yang Dulu???

Holla sume..err ada orang lagi ke tengah on9 time2 camnie..sebab waktu sekarang dah menunjukkan pukul 3.03 minit pagi waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya... Okay tak perlu intro yang panjang terus ke jalan yang lurus

apa yang aku maksudkan dengan aku yang dulu tu?

1. Dulu aku setadi..sekarang aku dah abis study...
2. Dulu aku rajin update blog, sehari aku akan taip 1 entry..sekarang aku dah malas nak taip..sebab dah benti kejap gara2 dok melepak kat kampong lama sangat
3. Dulu dah lepas dah..sekarang adalah masa ini...

Dalam 2-3 ri nie aku cuba mengaktifkan diri blogwalking, dan kesimpulan yang aku dapat ialah

1. Ramai blogger wanita/pompuan/gadis intonasi ayat penyampaian diorang sama jer..x tau la pulak aku kalau itu menjadi trend dalam berblog...tapi kadang2 menyampah pulak aku, yelah cakap jangan tiru gaya orang lain, tapi kalau dah cara penyampaian pun sama..sape nak jawab tu? Nak aku bagi contoh ke? Tak payah la sebab aku x ingat & malas nak ingat pun..pandai2 korang la baca sendiri...(kadang2 aku sendiri pun dah berjangkit dengan penyakit ini)

2. Blogger wanita ramai follower sebab cantik. pakej utama kena ada iaitu cantik pastu pandai mengedikkan diri kat blog sendiri...memang la kita selalunya tak perasan dengan apa yang kita buat...kita anggap biasa je benda tu semua..tapi ada orang lain anggap mende itu sesuatu yang menggedikkan..tau la empunya blog tu cantik..sekalipun dia bercerita pasal makanan ke kasut ke apa2 jelah yang dia nak tulis kenapa & mengapa harus diselitkan muka sendiri yang konon2 comel tu (tapi memang la comel,cume kalau dah terlebih tu naik menyampah jadinya). Jangan kata aku jeles pulak...xde maknanya aku nak jeles...beauty lies in the eyes of the beholder.

3. Curi entry orang lain...banyak dah aku tengok orang amik entry aku, kalau aku amik entry orang lain aku akan wat credit dari mana aku dapat...ada la pulak ntah sape2 amik entry aku pastu dia publish kat blog dia then ramai la komen2 kat entry tu..kat entry asal satu komen pun xde..ha nie memang aku jeles, tapi jeles sket jelah..lepas tu aku wat x tau je..lantak diorang la nak curi ke ape ke..kalau ada info pun dia akan cakap camnie - amik dari orang lain tapi tak ingat kat mana - mungkin banyak sangat blog yang dia baca sampai lupa kat mana dia curi entry tu (err...aku pernah buat jugak ke??maaf ya kalau aku pernah buat camtu)

4. Bila baca balik tajuk ngan entry yang aku buat nie macam takde kena mengena pulak kan...so sebenarnya aku nak bagi tau di sini..InsyaAllah aku akan mula aktif balik menulis blog ni..tapi aku nak cuba wat perubahan.

Kalau korang perasan blog pasal diri sendiri dah banyak sangat mewarnai persada pembloggingan ini...Malah tidak dinafinkan bagi blogger cantik...cerita pasal diri sendiri dan dalam kelambu mereka itulah yang orang suka sangat nak baca. Tapi perlukah membuka aib sendiri untuk menarik seramai mungkin follower untuk follow blog kita??? Citer pada dunia hari ini gi makan apa, minum apa, pegi mana, jadi apa, rasanya semua itu tak perlu..sekalipun anda artis...ada aku kesah dia gosok gigi guna berus gigi jenama apa. Mengarut je dari sebesar2 cerita sampai la sekecik2 kuman nak bagitau kat dunia...

So lepas nie sebolehnya aku nak kurangkan citer pasal diri aku sendiri...paling bagus kalau aku boleh lenyapkan terus cerita pasal diri sendiri, tapi macam x boleh la pulak..sebab nie blog aku..kadang2 mesti la aku nak citer pasal diri aku...oklah kalau ada mende yang patut aku cerita baru aku cerita. Aku berazam untuk menjadikan blog aku nie satu medium yang lebih bijak... baik dari bahan penceritaan, penyampaian, maksud dan semuanyalah.

Seperti kata2 seorang sahabat aku masa belajar dulu, dia pernah cakap kat aku dia tulis blog sebab nak bagi info..so dia nak orang kenal dia sebab info yang dia bagi, masalahnya aku tak ingat apa nama blog dia...nanti la ada masa aku try google cari blog dia tu.

Blog adalah salah satu medium yang digunakan sebagai cetusan rasa dan luahan tarian jari jemari tangan dan kaki anda, ianya juga boleh menjana pendapatan untuk poket anda seterusnya dapat mempopularkan diri anda, segalanya terserah pada anda bagaimana cara untuk anda mempromosikan blog anda itu di mata dunia...



Sekian. Marilah berblog untuk mencapai kegemilangan.


0 kesan degil: