.

Thursday, April 07, 2011

Artis & Tudung

Aku sebenarnya malas nak citer pasal artis. Tapi aku rasa aku macam dipanggil2 untuk buat jugak entry pasal artis.

Bertudung dalam lakonan **** dan ****** rela

Tajuk artikel yang aku baca baru2 nie dalam majalah..tapi majalah tu dah lama la cuma aku yang baru baca..meh aku bercerita pasal artis dan tudung.

Banyak artis pakai tudung dalam lakonan, kat luar lakonan & realitinya huishhh seksi giler x soh cakaplah..memang seksi seseksiseksinya...Ada pulak artis yang bertudung sanggup tak bertudung semata2 kerana lakonan.Segalanya pasal lakonan atau semuanya hanya lakonan???

"Saya sudah mula bertudung sejak di sekolah menengah lagi sehinggalah melanjutkan pengajian di sebuah kolej. Tetapi buat masa sekarang saya masih belum bersedia untuk memakai tudung sepenuhnya seperti yang dituntut oleh Islam. Saya tidak mahu nanti orang bercakap yang bukan-bukan suatu hari nanti. Lagipun bertudung ini adalah satu tanggungjawab yang cukup besar. Setelah membuat keputusan untuk bertudung, kita bukan setakat perlu menjaga penampilan diri dan menutup aurat, sebaliknya semua aspek perlu dijaga terutamanya persoalan ke mana kaki kita melangkah, apa yang kita buat dan macam-macam lagi. Tapi InsyaAllah, suatu hari nanti saya pasti akan memakai tudung juga, mungkin selepas bergelar isteri"


Ulasan aku untuk kata2 artis di atas dan sume artis yang seangkatan dengannya.

  1. Bertudung tu untuk menutup aurat dan menutup aurat itu hukumnya WAJIB
  2. Tiada & sepatutnya x wujud alasan, SAYA BELUM BERSEDIA...lepas tu dengan bangga mengeluarkan ayat TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA. Hello..tiada paksaan dalam agama tu merujuk kepada orang2 kafir bahawa tiada paksaan bagi mereka untuk memeluk agama Islam.
  3. Takut orang cakap bukan2. Ceh orang cakap bukan2 takut...abis x takut la kalau rambut tu kena bakar kat neraka nanti???
  4. Lepas bergelar isteri nanti saya pakai tudung. Tu pun kalau pakai tudung, kalau dah kawin pun x reti2 nak pakai tudung camne pulak? Tak kesian ke kat suami kat ayah yang tanggung dosa anak dan isteri tu? - Dosa isteri dan anak perempuan ditanggung oleh mereka yang bernama BAPA/SUAMI. Dosa anak perempuan akan terlepas dari tanggungan BAPA apabila anak perempuan tersebut berkahwin dan selepas itu dosanya akan ditanggung oleh suami -(Tapi jika ayah dan suami dah buat yang terbaik dengan memberikan ajaran agama yg secukupnya, nasihat, panduan dan sebagainya tapi si perempuan tu tetap jugak degil dan x nk dengar cakap maka dosanya akan ditanggung oleh dirinya sendiri -sila betulkan jika saya salah- )
Sebagai kesimpulan jangan jadikan artis sebagai idola ke role model ke ape2 jelah untuk diri kita...

*artis nie patutnya tunjuk contoh yang baik bukan ape dorang nie selalu masuk tv majalah..cuba la bila masuk tv dan majalah tu dorang tunjuk perkara yang elok dan baik..sebab ramai orang kat luar nie suke mengikut apa yang artis kegemaran dorang nie buat betul x???


p/s : osmet aku cakap sorg artis btudung tu dah macam ahli sihir dah style dia..

0 kesan degil: