.

Wednesday, May 04, 2011

Nora Elena Di TV3

Siapa Nora Elena?? Kalau korang nak tahu jangan lupa saksikan citer terbaru di slot akasia yang bertajuk Nora Elena lakonan hebat Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen mulai 9 Mei 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam. Citer nie diadaptasi dari Novel Alaf21 iaitu Kasih Yang Suci. Gambar novel & sinopsisnya ada dibawah.


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


4 kesan degil:

farhana said...

nak tanya tahu tak tjuk ost cter ni slaen dari lagu sofaz ?? hehehe minat sgt !!

C'est La Vie said...

@farhana dah dpt ke lagu tema citer nora elena tu?..kalau lom lagi kat sini sy listkan lagu2 tu selain dari lagu sofaz..hehe, klu dah tau pun pura2 lom tau la ye :p


Biar Hati yang Mencintai - Sarah Aqilah
Terhenti Di Sini - Asfan
Berubah - Erry Putra & Reen Rahim
Jangan Kau Pergi - Erry Putra & Reen Rahim

Ayien a.k.a PeTiR said...

awk..boleh add fb sy and kat situ ade link utk bace novel kasih yang suci....=)

C'est La Vie said...

@Ayien a.k.a PeTiR okay nnti sy add...