.

Friday, May 06, 2011

Part II : Nur Kasih The Movie

sebelum nie pun aku ada post pasal Nur Kasih The Movie nie kan...contohnya di Nur Kasih The Movie

meh layan trailer Nur Kasih The Movie nie dulu..


okay sedikit ulasan aku bila tengok trailer nie ialah :

  1. Apekenama Ayu Raudhah dlm citer nie lupa la pulak...ha aku rasa dia meninggal kot..sebab x nampak dia pun. (ri tu dorg kata ada watak yg meninggal dlm citer nie)
  2. Nur mengandung, tapi lepas tu excident so dia keguguran dan anak tu x dapat diselamatkan. Nur pun myalahkan Adam sebab kejadian tu :p
  3. Ending movie nie Aidil mati pastu anak2 Adil Nur ngn Adam yang jaga. X pun Adam yang mati so Nur mgkin kawen ngn Aidil n jaga anak Aidil.muahaha...
korang jangan marah aku pulak okay, nie sekadar aku punya agakan untuk jalan citer nie je...

* Okay pastu aku buka website Hot.fm then ada sinopsis nie...

Kesinambungan dari siri televisyen yang mekar di hati 19 juta rakyat Malaysia Nur Kasih berkisar tentang Adam dan Aidil, dua jasad dari darah yang sama menyimpang jauh dari segi perwatakan. Aidil anak muda penuh pegangan agama manakala Adam sebaliknya jiwa penuh dengan berontak. Dalam memenuhi wasiat terakhir ayah tercinta Adam dan Nur Amina dinikahkan dengan penuh meriah tanpa terbias kesengsaraan yang dilalui Aidil yang dalam senyap mencintai Nur Amina sepenuh hati sejak azali lagi. Pada tika dan saat itu kehidupan mereka berubah sepenuhnya...

Demi waktu, masa kini menginjak 6 tahun Aidil, Adam dan Nur berada di persimpangan kemuncak dalam kehidupan mereka. Aidil kehilangan isteri tercinta, Aliya dan kini kembara berseorangan, bapa tunggal kepada 2 anak comel Ilyas dan Maryam.

Adam dan Nur walau bahagia menyimbah tapi dalam diam bergelut dengan rontaan tidak berzuriat hingga kini. Untuk mengisi ruang kosong di hati, mereka menjadi sukarelawan di sebuah Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Terbiar. Adam juga punya kesinambungan hitam dari kejadian letupan di Mumbai ...

Semua harapan kini bersinar bila Nur disahkan berbadan dua...

Namun bencana tidak diundang menimpa dan memisah dua hati ini kembali. Takdir menentu, Aidil datang antara kedua mereka lantas menjadi kekuatan dan semangat. Takdir dan dugaan Allah bersatu merentas abadi buat mereka bertiga....
* tengok hebat x aku..walaupun aku belum baca sinopsis movie nie lagi..aku dah leh agak jalan citer dia...ape2 pun aku ttp nk g panggung wayang untuk menyaksikan kehebatan citer nie :p

0 kesan degil: