.

Thursday, June 30, 2011

Tanda2 Besar Kiamat.



Okay sambung lagi nie citer post sebelum ni dah citer pasal Tanda2 Kecil kan...so sekarang citer pasal Tanda2 Besar Kiamat pulak...

  • Hijaunya bumi Arafah.
  • Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
  • Munculnya nabi-nabi palsu yang ke 40.
  • Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
  • Berlaku perang besar dikawasan Kaukasus.
  • Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
  • 3 kali gempa bumi.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan Yakjuj dan Makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua dan ketiga
WIKIPEDIA

Tanda2 kiamat sudah banyak...


Mari kita mulakan dengan tanda2 kecil dulu...

  • Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
  • Zina Bermaharajalela [ Baca je kat surat khabar, hari2 mesti ada punya berita pasal nie ]
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Banyaknya kaum wanita [ Try tengok gosip artis, dalam 2 bulan kebelakangan nie ramai artis Malaysia melahirkan anak perempuan..ada dengar artis yang dapat anak lelaki? susah kan..dalam 5 perempuan belum tentu lagi ada sorang lelaki... paling latest anak artis ini ]
Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinahan, banyaknya orang yang minum khamr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki.” (HR Bukhari)
  • Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
  • Menghias masjid dan membanggakannya [ Klik Sini ]
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja [ Sekarang susah nak jumpa orang yang bagi salam pada orang yang tak dikenali dengan ikhlas ]
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [ Contohnyerr.... ]
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
  • Bulan sabit kelihatan besar
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi. [ Baca Sini ]
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya.” (HR Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapat, apakah dari yang halal atau yang haram.” (HR Ahmad dan Bukhari)
  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat. [ Memang pun berapa ramai yang sesuka hati menikam sahabatnya sendiri? Sebaik2 sahabat pun leh jugak ditipu.. Memang susah nak percaya orang zaman skrg nie ]
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
  • Orang akan melakukan homoseksual.
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah. [ Macam biasa, baca surat khabar ]
  • Berkurangnya sifat amanah. [ Macam aku taip kat atas tadai susah nak percaya orang zaman sekarang!!! ]
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
  • Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar). [ Macam dalam citer Annissa kat TV3 tu, tapi tu citer...realitinya pun ada jugak kan.. ]
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan [ Nie pun sama bace je kat surat kabo mesti ada ]
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba [ Lagi sekali baca surat khabar ye ]
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat [ Ramai x reti solat dah... ]
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

Kalau aku make-up...

Agak2nyalah ye..kalau aku bermake-upkan muke aku nie..ada x macam muke Fazura nie..haha :p

Fazura dalam Tahajjud Cinta Slot Zehra bermula 8 Julai di TV3

Salah aku jugak???

Kenapa orang kat sekeliling aku terlalu penakut?? walaupun diri ditipu, ditindas tapi tak nak melawan. bila aku berkobar2 nak melawan. ada kata2 sinis dilemparkan kat aku katanya "kalau suami I dapat isteri macam U, mau lari suami I". ok tu maknanya semua suami malang la kalau dapat aku sebagai isteri. dah la tak kan semua pompuan nie nak dianggap lemah je, suke ke???salah aku jugak ke kalau aku nak menegakkan kebenaran? salah ke bila aku marah mende tu salah? terpulanglah nak kata aku garang ke, nak kata aku sakit otak ke..katalah apa engko/korang nak kata kalau itu dapat puaskan hati engko/korang!!!!

Tuesday, June 28, 2011

Aku Cinta Padamu..

tetiba pulak follower aku kurang sorang..nape ekkk..haha...meh tgk video klip ini...


RM 50,000.00


Jom menang RM 50,000 dengan meng'call' orang tersayang, musuh ketat pun boleh jugak nie..asalkan kita bercakap lama n membuat panggilan sebanyak 5x untuk mendapatkan 1 peluang..so klu kol 10 kali dapatla 2 peluang..lagi banyak anda kol sehari lagi banyakla peluang anda untuk memenangi RM 50,000.00. selamat berusaha...chaiyok2...make a call now!!!


Kat bawah ni pulak senarai pemenang setakat ini..tinggal 100,000.00 je lagi nie..bermakna hanya ada 2 pemenang je lagi..cepat2 wat panggilan sekarang juga.


untuk maklumat lanjut sila klik Hello Money

Sunday, June 26, 2011

Melukis...

Teng0k gambar nie cantik tak aku lukis hehe..pakai paint aku lukis tau...


Saturday, June 25, 2011

Jln2 Ke Midvalley


Tips mencari bilik/rumah sewa.

Macam la aku hebat sangat dalam hal mencari umah atau bilik sewa nie kan siap nak bagi tips...xpelah baca jer citer aku nie...kalau korang seorang student...sampai masa korang pun akan cari rumah sewa...kalau korang bekerja..pun akan cari rumah sewa..melainkan korang memang kaya dan mampu untuk beli rumah sendiri x yah sewa2 dah baguslah kalau begitu kan...

Aku dah duduk sebanyak 6 buah rumah sewa..macam2 perangai dak umah sewa aku jumpa..

1st umah sewa kat Ipoh
2nd Melaka
3rd Ipoh lik kat Taman Cempaka
4th Ipoh jugak kat Ampang
5th Dato' Keramat, KL
6th kat d0t..d0t...d0t... Petaling Jaya (tpaksa dirahsiakan sehingga aku pindah, aku x nak org tau aku kat mn sekarang..)

tapi di sini aku bukan nak citer pasal mende tu semua..apa yang aku nak citer kat sini ialah untuk korang lebih berhati2 ketika mencari BILIK SEWA.

perkara pertama korang perlu tanya masa kol untuk mendapatkan maklumat lanjut pasal bilik sewa tu adalah (aku lebih fokus untuk bercerita pasal bilik sewa berbanding rumah sewa)

SIAPA LAGI YANG TINGGAL/DOK KAT RUMAH TU???

memang penting soalan nie...kenapa penting??? ok meh baca kisah aku nie dulu...

Kisah 1.

Aku : Hello. Nie **** (nama org yg mcari pyewa) ke? Saya nak tanya pasal bilik sewa tu la. Bilik tu available lagi x? (soalan 1st yg penting, kalau dah ada org x guna ko sembang pjg lebar ye x..)
Dia : Ya kosong lagi.
Aku : Sape je ya yang dok kat dalam umah tu? (soalan penting aku sebelum aku tnya pasal deposit ke..perabot ke)
Dia : Ada adik saya..tapi dia jarang lik umah..sabtu ahad je balik..tu pun kadang...
Aku : Adik awak tu lelaki ke perempuan. keje ke belajo?
Dia : Adik saya belajar lagi kat kolej. Lelaki.
Aku : Ohh xpelah cmtu...x jadi la nak sewa...
Dia : tapi adik saya memang jarang balik..

*** peduli ape aku adik dia selalu balik ke jarang balik ke..yg jelasnya adik dia LELAKI...mn leh dok serumah dengan yg bukan muhrim. x belajo agama ke!!!


Kisah 2.

Aku : Akak ada tak bilik kosong untuk di sewakat area blok akak.
Akak : ada satu umah tu dia memang nak sewakan bilik.
Aku : ada sape je kat umah tu?
Akak : ada budak2...biasalah budak2 bising sket kena la tahan dok serumah ngn budak2.
Aku : ooo..dah kawen la nie?
Akak : haah dah kawen...
Aku : mana suami dia?
Akak : ada je...
Aku : dok situ sekali la?
Akak : Haah.

*** nie lagi satu giler ke ape? bukan muhrim la oii...klu bilik tu dia sewakan pada pompuan...klu jd ape2 antara si suami tn.umh ngn pompuan tu camne? ok kita tukar..klu penyewa bilik tu lelaki...kalau jadi ape2 dgn si isteri tuan uamh camne?? ingat ko orang putih Amerika ke? dah terang2 Islam larang NIAT TAK MENGHALALKAN CARA. dah la...ada sesapa yg soh aku dok dengan yg bukan muhrim gudbye jelah.... HARAM TETAP HARAM!!!


Okay dah cukup dengan kisah itu...sekarang tibalah masa untuk aku berkongsi tips bagi mengelakkan anda DITIPU.

  1. Tanya berapa sewa keseluruhan rumah!
  2. Tanya berapa sewa setiap bilik yang ada!
  3. Tanya berapa bil air & letrik sebulan! (Sila jangan bayar dengan jumlah yang tetap untuk bil, mn ada bil statik tiap2 bulan banyak tu..pandainyer korang budget berapa banyak air/letrik nak guna untuk tiap2 bulan ye...)
  4. Tanya/mintak no tipon tuan umah. (ye memang penting nie,.sebab ape penting?...sila baca ulasannya di bawah)
penting untuk anda mintak no tipon tn umah sebelum anda tanya soklan no 1-3...so sila letakkan soalan no 4 kat no 1 ya...sebabnya ialah..setelah anda tanya macam2 kat dak umah yang anda nak sewa tu..sila kol tuan umah tnya terus kat tuan rumah berapa sewa sebenar rumah yang anda bakal duduk tu...jika tidak anda kemungkinan besar akan DITIPU....

USAH BIARKAN DIRI ANDA DI SELUBUNGI PENIPUAN

Tips tambahan bila anda dah tinggal/duduk kat bilik/umah sewa itu ialah..sila pastikan tiap2 kali pembayaran sewa dibuat ada hitam putih..jangan bagi by hand tanpa ape2 salinan yang membuktikan jumlah yang anda telah bayar. Lebih elok guna maybank 2 u contohnya la..pendek kata guna online transfer. print dan simpan...

Sila baca kisah ini Jangan Mengambil Hak Orang Lain

Kisah ini benar2 berlaku...persoalannya kenapa ada jugak orang yang sebegini di dunia ini...DOSA TETAP DOSA...mungkin anda selamat di dunia..kat akhirat belum tentu...adi0s...

* berhati2lah..peringatan untuk diri sendiri jugak.


Thursday, June 23, 2011

Aku Suke Pelangi...

aku suke PELANGI



seperti mana aku suke

PELANGI PADDLE POP



Nur Nora Kasih Elena

Apekebende tajuk entry aku kali ini Nur Nora Kasih Elena nie...kang ada jugak yang bagi nama anak ngan tajuk2 dari 2 citer yang mendapat rating tertinggi ini iaitu Nur Kasih dan Nora Elena. Okay meh aku citer ape persamaan antara citer Nur Kasih dan Nora Elena...sape dapat teka..cepat2 teka...xpelah aku bgtau jelah ye...Penulis Skrip untuk kedua2 drama tersebut adalah orang yang sama...iaitu Maizura Mohd Ederis...cuma untuk drama Nur Kasih ada lagi 2 orang penulis skrip..so Maizura Mohd Ederis nie cuma sebagai pembantu bagi penulis skrip utama.


Berapa episod untuk Nur Kasih??? Ya 26 episod..tapi sebenarnya ada 30 episod keseluruhannya...camne aku leh tau?? xpe2 nanti aku bagitau korang camne aku leh tau...antara salah 1 episod yang tidak ditayangkan kat tv tu ialah episod di mana Adam dipaksa oleh mereka yang menahan dia (sori aku lupa yang dia dok kat hotel yang kena bom tu dia gi negara ape...) untuk menggunakan kemahiran yang dia ada sebagai arkitek untuk menjadi pengganas..kira dia wat kertas kerja la...dan bla..bla..bla...pendek kata banyak lagi kejadian yang berlaku selepas hotel tu kena bom dek pengganas.


Okay Nora Elena pulak...sume pun tau novel nie diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci kan...pastu yang dah baca novel nie pun giat bercerita itu dan ini semasa citer nie ditayangkan di tv..sebagai contoh dak umah aku sambil tv dok tayang citer..dia pulak dok bercerita...episod di mana Nora Elena kat hospital n dah dekat nak bersalin tu Seth datang hospital tetiba terus ada anak...perasan tak korang scene tu seolah2 telah di cut... Ye tepat sekali...scene lepas Seth sampai hospital sepatutnya Seth masuk dan Nora Elena mintak maaf atas segala dosa2 dia wat kat Seth..then barulah dia leh lahirkan anak....tapi scene tu takde...dan sepatutnya scene tu ada...sekali lagi camne aku leh tau?...nanti aku bagitau okay...

Dan lagi satu Wan Syarmila ke nama sebenar dia yang memegang watak sebagai Yvonne tu..patutnya pelakon yang pegang watak tu ialah Hannah Tan...kat bawah nie gambar Hannah Tan...tapi Hannah Tan ada komitmen lain so watak tu digantikan oleh Wan Syarmila..ape2 pun lakonan Wan Syarmila memang hebat kan..memang ramai yang menyampah giler kat dia...macam aku cakap tadi Wan Syarmila memang hebat bawak watak2 camtu..


ape2 pun maaf jika artikel ini menyinggung perasaan mana2 pihak...apa yang aku citer nie diceritakan sendiri oleh adik kepada penulis skrip iaitu Zafran Mohd Ederis...merangkap opis mate aku...ok adios sume...jangan lupa saksikan citer tulisan terbaru Maizura Mohd Ederis gabungan 2 buah negara iaitu Malaysia & Singapura...yang bertajuk Cut Amirah (kalau x silap aku la...) untuk maklumat lanjut korang leh trus follow blog Maizura Mohd Ederis ataupun add fren Facebook Maizura Mohd Ederis..so leh la korang tengok2 gambar pelakon yang korang minat masa shooting kat photo album beliau..

Wednesday, June 22, 2011

Hati makin2 berapi dah terbakar kot..

Okay ri tu aku ckp aku bengang dan hati berapi malah dah terbakar pun kan...artikel itu di sini...sebabnya ialah..

adalah sorang umat manusia kaum Hawa nie okay aku namakan sebagai Si H...

  1. aku mintak no tipon seseorg iaitu Si T...dia kata dia x kenal/x tau no henpon si T nie..dia cume berhubung ngn si T melalui sorg mamat bernama si B
  2. lepas tu tetiba ada masalah yang tak dapat dielakkan berlaku dan kena panggil Si T...pastu tetiba pulak Si H cakap kat aku dia dah kol Si T.. (ehh ada pulak no Si T..n bila masa pulak dia kenal ngan Si T)
  3. then beberapa siri kejadian memaksa untuk aku terus berhubung dengan Si T...then aku msg la Si H untuk mintak no phone Si T..tapi pelbagai2 alasan diberi...sampai > 5 msg aku send mintak nombor Si T..tapi apa yang aku dapat..bila Si H reply..dia membebel macam mak nenek kebayan citer itu..citer ini..huh sungguh membosankan dan menaikkan darah aku pada suhu 100% celcius..
  4. last2 dia leh wat2 lupa je untuk send nombor Si T pada aku di waktu petang yang x berapa nak damai tu...
  5. malamnya aku mintak direct je no tipon Si T pada Si H..tapi sekali lagi dia bagi alasan...Henpon tertinggal kat 0pis la...dua2 henpon tertinggal kat opis..agak2 korang nak wat pe? tampar laju2 kat pipi dia??? takkan mende penting camtu leh tertinggal kat opis..nampak sangat menipunya...
  6. dan malam tu Si H cakap kat aku esok I send no Si T kat u okay...
  7. now dah setengah hari tapi Si H masih lagi belom send no Si T kat aku...
  8. kalau aku msg mintak no Si T pada Si H sekarang nie aku dah agak jawapan dia ialah...Sorry bateri henpon xde...no tu ada kat henpon lagi satu...
  9. .ARGGGGGHHHHHHHHGHHHHHHHHHHRRRRRRRRGGGGHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!
ops lupa lak nak taip nota tapak kaki...ini bukan kisah percintaan, ini jugak bukan kisah persahabatan ataupun kisah ingin berkenal2an...tapi ini kisah yang melibatkan kehidupan...

* aku memang sengaja x nak bagitau kisah nie pasal ape sebenarnya...sebab aku nak orang yang baca berfikir dan sengaja nak wat korang pening..sekali lagi ditegaskan ini BUKAN KISAH PERCINTAAN.


Tuesday, June 21, 2011

OHH TIDAK!!! Xde air 22-24 JUNE 2011.


jadual kerja2 SYABAS INSPEKTOR SAHAB....
(sila klik untuk penglihatan yang lebih jelas)

Staff 0pis aku bising2 pasal gangguan air area tempat keje aku n tempat tinggal aku...so aku pun google2 segoogle2nya...so inilah hasilnya...

MASA GANGGUAN

bermula
8.00 pagi

TARIKH GANGGUAN

22 Jun 2011 (Rabu)
hingga
24 Jun 2011 (Jumaat)


SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.


KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Lumpur

Keseluruhan kawasan Bukit Kiara; Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan; Pusat Konvensyen Sime Darby; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.

Wilayah Hulu Selangor

Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Kawasan Industri Kundang; seluruh Bandar Tasik Puteri.

Wilayah Gombak

Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.

Wilayah Petaling

Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 – 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; keseluruhan kawasan Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; keseluruhan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; keseluruhan Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8).

TARIKH
10.00 malam hingga 4.00 pagi keesokan harinya

MASA GANGGUAN

27 Jun 2011 (Isnin)
28 Jun 2011 (Selasa)


SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-kerja Pemasangan Paip ’Interconnection’ Sepanjang 24 Meter Bersama Sambungan ke Paip Sedia Ada di Meter Point 2, Kampung Tengah, Batu 6 ½, Jalan Gombak.

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Gombak

Kampung Kerdas dan Kampung Tengah, Gombak.


untuk maklumat lanjut leh g website SYABAS atau FACEBOOK SYABAS atau Twitter SYABAS

*yang wat aku tension giler website dorg x lengkap huh myusahkan aje!!! facebook dorang kena add as friend pulak gila sungguh!!! so ape2 info korang leh tengok twitter ada la jugak dorang inform kat sana... nak senang trus je kol 1-800-88-5252

* maklumat diatas diambil terus dari nota di FACEBOOK SYABAS.

Stanza Cinta

Ye memang sekarang aku di 0pis..n tengah wat keje..tapi aku masih menyempatkan diri taip bl0g sebab ape? sebab aku tensi0n wat keje huhu..bukan je aku menyempatkan diri update bl0g tapi jugak aku menyempatkan diri menonton citer Stanza Cinta kat tonton.com.my...gila x giler...hoho..kat bawah nie gambar citer Stanza Cinta di TV3 yang mula bersiaran pada 19 June 2011...

yang bawah nie pulak muke depan novel yang telah diadaptasi untuk menghasilkan citer/drama kat atas tu...


Sinopsis Novel.

Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”


Irfan Ikmal - “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang...namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya...namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”


Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku...dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina


* sinopsis di atas diambil terus dari penulis novel Stanza Cinta


Monday, June 20, 2011

Pearls
















Fakta-fakta Menarik...

Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Tuhan, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan..

  • Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina , ia merupakan senjata merbahaya.
  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark , Dominica , Djibouti , dan Republik Dominica .
  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
  • Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
  • Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
  • Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.
  • Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
  • Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.
  • Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.
  • Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
  • Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
  • Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
  • Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura - kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
  • Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.
  • Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.
  • Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.
  • Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
  • Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.
  • Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.
  • Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.
  • Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.
  • Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.
  • Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.
  • Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.
  • Seoul adalah ibu negeri Korea . Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.
  • Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.
  • Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.
  • Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
  • Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.
  • Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
  • Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.
  • Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.
  • Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.
  • Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.
  • Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.
  • Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.
  • Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.
  • Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.
  • Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria . Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.
  • Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.
  • Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.
  • Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya" . Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.
  • Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.
  • Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle , Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.
  • Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional.
  • Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.
  • Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga.
  • Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.
  • Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.
  • Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.
  • Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.
  • Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.
  • Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.
  • Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.
  • Bilangan telefon di bandaraya Tokyo , Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.
  • Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.
  • Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan" - sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!
  • Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US .
  • Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.
  • Gajah Afrika hamil selama 640 hari.
  • Raja Uganda , King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.
  • Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland .
  • Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya.
  • Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.
  • Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.
  • Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo , Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.
  • Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.
  • KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh , India . Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.
  • Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.
  • Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra , Uttar Pradesh , India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.
  • Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.
  • Seorang sherpa dari Nepal , Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat.
  • Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh , India merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luarbiasa.
  • Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.
  • Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.
  • Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.
  • Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.
  • Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter.
  • Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.
  • Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.
  • Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.
  • Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare.
  • Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii , ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.
  • Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.
  • Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu.
  • Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.
  • Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.
  • Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.
  • Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.
  • Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.
  • Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.
  • Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.
  • Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.
  • Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.
  • Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.
  • Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.
  • Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.
  • Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.
  • Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.
  • Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.
  • Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.
  • Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.
  • Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.
  • Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.
  • Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.
  • Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.
  • Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.
  • Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily , Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya.
  • Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang-kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.
  • Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.
  • Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau tidur.
  • Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima .
  • Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.
  • Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.
  • Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar.
  • Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.
  • Sebuah ladang di Byelorussia ( Soviet Union ) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.
  • Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.
  • Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.
  • Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda.
  • Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.
  • Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand .
  • Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.
  • Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.
  • Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.
  • Kucing tidak boleh merasa rasa manis.
  • Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.


* mn2 yang menarik tu aku dah highlight kan ngan kale merooon...