.

Sunday, June 19, 2011

Awek Muda yang Awet Muda :p


Hahaha...asal pulak tetiba aku nak tulis entry pasal awek muda nie?? ops pembetulan awet muda...

okay sekarang nie cuba baca kisah benar yang terjadi pada aku...sepanjang hayat ini....


Kisah 1.

Ketika aku membeli Novel di sebuah kedai buku Popular Jusco Kepong.......Aku bertanya pada seorang dak pompuan yang berbaris di hadapan aku...

Aku : Err ekiusmey awak ada member card popular x?
Dak Pompuan : xde..awak ada?
Aku : xde...tu la kalau ada leh dapat diskaun...
Dak Pompuan : dari mana?
Aku : baru lepas g interview, cari keje...
Dak Pompuan : ooo baru abis SPM la nie??
Aku : ehh x la..baru bis Degree..
Dak Pompuan : err sorry...ingatkan baru abis SPM..nampak muda...

* haha...aku macam dak umo 17 tahun..seke bangat sehhh :)

Kisah 2.

Kejadian berlaku ketika aku mula bekerja hari pertama...

Staff Pompuan : Hi...err nak pggl ape ye nie?
Aku : Panggil je Dila..
Staff Pompuan : Umor berpa?
Aku : Haha...malu nak cakap umur dah "teeeet" (telah di sensor :p atas sebab2 keselamatan di dunia maya)
Staff Pompuan : La ingatkan baru 20 tahun...

* wah hepi tol aku...

related dengan kisah 1 di atas...ketika aku berumur 17 Tahun lepas SPM...aku gi kenduri umah nenek sepupu aku...pastu ada la sorang mamat nie asyik tengok2 aku..then aku tanya kat sepupu aku sape tu? dia cakap la sepupu aku...oooo...beberapa jam kemudian

Sepupu Aku : Mamat tu (sepupu pada sepupu aku tadi tu) dia nak berkenalan ngan ko. pendek kata nak ngorat.
Aku : gila la..x nak aku...
Sepupu Aku : aku dah cakap kat dia..ko Tingkatan Lima..dia x percaya..dia ingat ko Tingkatan 2 macam dia...
Aku : ekkk???
sebenarnya banyak lagi..tapi x yah la citer sume pulak..kang korang kata aku bangga diri pulak kan...jadi sebelum korang melabel aku dengan perkataan BANGGA DIRI..dengan ini aku berikan tips2 untuk kekal menjadi awek muda...x kira pompuan/lelaki leh wat jugak..kalau lelaki bukan awek muda la...pakwe muda kot..haha...


1...Duduk secara betul....

...duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan gambaran anda berkeyakinan dan bertenaga. Duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul boleh menyebabkan sakit tulang belakang...ianya juga boleh membawa masalah pada paru-paru jantung dan buah pinggang.


2...Ambil berat kesihatan gigi...

...masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa. Ia mencerminkan tabiat tidak peka pada penjagaan gigi. Masalah gusi bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi tapi ia juga memberi kesan pada imunisasi badan. Jadi beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi. Jumpalah doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

* aku memang pantang kalau orang x jaga kebersihan gigi..

3...Ketawa Penawar Duka

...ketawa boleh meleraikan dan melegakan kekusutan. Senyum dan ketawa boleh membuatkan seseorang awet muda dan nampak berseri. Pakar perubatan dan psikology berpendapat ketawa adalah penawar duka. Ianya juga bertindak sebagai senaman dalam (internal exercise) yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.

* ketawa aje wpun anda xde mende nak diketawakan...kalau x nak ketawa senyum pun boleh...sentiasa SENYUM.

4...Kerap Berjalan

...bersenam menyihatkan badan. Amalan bersenam seperti berjalan membantu meningkatkan kesihatan jantung paru-paru dan peredaran darah. Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan. Berjalan 20 minit sehari tiga kali seminggu dapan membantu anda berasa cergas dan sihat dan mencantikkan kulit wajah.

* ok bagi pompuan yang suke window shopping tu teruskan hobi anda..lagi2 macam aku yang xde masa nak bersenam

5...Berhenti Merokok

...semua tau yang merokok adalah tidak elok untuk kesihatan. Merokok juga mempercepatkan proses penuaan. Namun ianya satu tabiat yang sukar diberhentikan. Walaubagaimana pun jika anda berjaya memberhentikan tabiat tersebut pasti kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri. Rambut..baju...nafas juga tidak lagi berbau asap rokok...Yang pasti tanpa rokok hidup akan lebih sihat dan bertenaga.

*lagi 1 merokok..memang pantang tok nenek kebayan...tapi kalau dah perokok tegar tu memang x makan saman ler...

6...Kurangkan Alkohol, Teh dan Kopi

..kurangkan pengambilan alkohol, kopi dan teh. Apabila pengambilannya berlebihan ianya akan membuatkan kita kerap ke bilik air. Amalan ini membuatkan kulit kering an mempercepatkan kesan garis penuaan, juga menyebabkan kulit bewarna kekuningan. Kalau boleh cuba kurangkan pengambilan kopi hanya 3 cawan sehari.

* percayakan anda aku x suke air kopi dan aku x pernah minum kopi terminum ada la tapi x smpai seteguk..tu pun sebab aku x tau itu air kopi...alkohol lagi la..HARAM...

7...Makanan berkhasiat

.....secara purata berat badan wanita berumur lebih 35 tahun ialah 70gram setahun. Dan mustahil untuk mencapai berat badan yang sempurna tanpa diet dan bersenam atau mengamalkan pemakanan seimbang. Kurangkan makanan berlemak tetapi jgn tidak mengambilnya langsung kerana tubuh kita memerlukan kandungan lemak yang bertindak untuk meningkatkan penghasilan estrogen, iaitu bahan yang diperlukan untuk membuatkan wanita tampak muda. Diet yang mendadak pada pertengahan usia boleh memudaratkan jasmani dan mental wanita.


8...Makanan tambahan

...ramai yang tidak mampu mengamalkan pemakanan seimbang. Biarpun semua zat makan boleh diperolehi dari makanan yang diambil, kadangkala ianya tidak mencukupi. Vitamin dan mineral juga penting sebagai makanan tambahan. Untuk memudahkan pengambilannya, dapatkan yang berbentuk pil yang mengandungi 10-12 jenis mineral dan 11-12 jenis vitamin.


9...Tidur Yang Mencukupi

...seelok-eloknya seseorang itu memerlukan tidur lapan jam sehari. Masa inilah minda dan tubuh kita direhatkan, sel kulit diperbaiki dan minda bersedia untuk kegiatan keesokan harinya. Untuk menjamin tidur yang lena, jangan makan hingga larut malam, dan pastikan tingkap terbuka untuk udara bersih yang bebas keluar masuk...sembukanlah pewangi supaya tidur anda nyaman dan selesa....

* tidur memang penting...zzzzzz

** malas nak taip sendiri..so aku copy paste je dari sini

0 kesan degil: