.

Friday, June 03, 2011

Petua diet Rasulullah S.A.W.


Ustaz Abdullah Mahmood berkata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehar-hari. Petua ni juga dapat mengelakkan dari sakit perut atau keracunan makanan. InsyaAllah.

JANGAN MAKAN
SUSU + DAGING
DAGING + IKAN
IKAN + SUSU
AYAM + SUSU
IKAN + TELUR
IKAN + DAUN SALAD
SUSU + CUKA
BUAH + SUSU, contoh : Koktel


# Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

# Tidur 1 jam selepas makan tengahari.

# Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam akan berganda.

Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesehatan seperti membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jar-jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzyme sejenis alat percerna makanan).

Sama-samalah kita mengamalkannya.

WallahuA’lam.

0 kesan degil: