.

Friday, July 29, 2011

Dia sudah besar..

Dah besar dah Mia Sara nie...dah macam dak sekolah rendah je kat gambar nie kan..posing pun bukan main lagi tuu...hehe...pe2 pun budak ini tersangatlah comel..sapa sokong???


Bila tengok Mia Sara kadang2 aku rasa macam ada iras2 sepupu aku pulak Nik Nurul Izzati...gambor di bawah ini...sama x?...sama x??




Tuesday, July 26, 2011

Belajarlah untuk ikhlas....

bismillah

Susah kan nak menjadi seorang yang betul2 ikhlas dalam semua perkara...

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi Nabi menjawab, Tidak ada apa-apa. Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,

'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)
Aku sendiri mengakui terlalu sukar untuk ikhlas dalam kehidupan ini..sebagai contoh kita bagi hadiah kat orang..kita cari yang mahal2 sebab nak menunjukkan kita mampu beli hadiah yang mahal berbanding orang lain..pastu kita cakap ikhlas, tapi sebenarnya mende tu bukan lagi ikhlas sebab dah ada unsur2 riak...

Ada orang yang dapat result exam lebih baik dari kita..then kita ucap tahniah..tapi dalam hati menyumpah2 bagai bom yang nak meletup...sekali lagi kita gagal menjadi orang yang betul2 ikhlas....

Kalau kita betul2 ikhlas dalam sume perkara, insyaAllah hidup kita lebih tenang kan...bila tjadi sesuatu perkara yang bukan kehendak kita, malah kita menganggap Tuhan tak adil kat kita...kalau kita ikhlas, kita takkan rasa Tuhan tak adil...kita x kan rasa ada kekurangan dalam hidup kita...kita akan sentiasa gembira je..sebab apa yang berlaku dan terjadi kita sentiasa ikhlaskan diri...

Tak perlu ikhlas kerana nak menunjuk2 pada orang lain bahawa kita nie sangatlah ikhlas..sebab takde ape2 yang kita dapat pun...

aku akan terus mencuba untuk belajar menjadi seorang yang ikhlas.


Rise of the Planet of the Apes

Time nak gi opis aku terpandang banner yang besar pasal

Rise of the Planet of the Apes

yang akan ditayangkan pada 4 August 2011 nie...ape2 pun meh tengok trailer dia dulu kat bawah nie...err difahamkan ini sambungan untuk Planet Of The Apes (err x faham aku bahasa indonesia nie,sape leh tologn translate) ekk...adoi kalau gitu kena la aku tengok dulu filem sebelumnya..kang x fhm pulak ye dak..hoho...



* err kat dalam gambar tu x tau lah pulak aku negara mana yang 11 August ari Khamis mungkin dia cakap 2011 August kot... :p

Monday, July 25, 2011

Katil yang unik...



















Sunday, July 24, 2011

3 Lelaki & 3 Perempuan + 1 Lelaki & 1 Perempuan

Nie gambar family Wardina Safiyyah...aku amik kat Wardina Safiyyah OfficilPage...bagus je kan sama banyak...3 lelaki dan 3 perempuan..campur mak & ayah..so sume 4 lelaki dan 4 perempuan hehe..



Nanti aku pun nak bergambar 1 family la cantik2 sebab xde banyak sangat la gambar yang pakai baju sedondon..kalau ada pun mesti x cukup orangnya..kadang2 adik yg ke-2 xde dalam gambar..kadang2 adik ke-3 xde dalam gambar...kadang2 aku jer sorang dalam gambar hahaha...:p


Friday, July 22, 2011

YAH00...

Aku tak nak baru huhu...


aku nak yang lama..lagi besttt....


Thursday, July 21, 2011

Supermak vs Supermarket


Haha kelakar sungguh kan...aku nak cari gambar poster untuk citer yang bakal menggantikan citer Juvana yang mencecah rating 4.2 juta penonton tu..tapi x jumpa pulak..yang ada supermarket je..supermak xde..hahaha..gelak guling2...yang ada ini jer amik kat blog Budiey



Sinopsis

SUPERMAK mengisahkan tentang seorang ibu dan surirumah sepenuh masa, Amy Salim (Nasha Aziz) yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan dan kuasa ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy yang berasal dari kepulauan Riau. Lima suku dari kepulauan tersebut di terajui oleh moyangnya yang bernama Thani.

Menurut sejarah dan latar belakang keturunannya, Thani telah menyelamatkan hidup seekor burung mitos yang dipanggil garuda. Kisah bermula apabila burung garuda itu terkena panah, lalu cedera dan terus rebah ke tanah. Lebih merumitkan, panah itu dibuat dari sejenis kayu yang sukar di cari. Setelah diselamatkan oleh Thani, burung garuda tersebut berubah rupa menjadi seorang wanita jelita. Demi membalas jasa, wanita tersebut menganugerahkan lima kuasa sakti yang berlainan kepada Thani dan empat suku yang lain. Wanita itu turut menghadiahkan sebuah pingat yang unik kepada Thani yang boleh digunakan untuk menyeru semula burung garuda mitos yang sangat berkuasa dan mampu menakluk dunia.

Bergelar SuperMak, Amy Salim mewarisi kekuatan dan kepantasan yang mengagumkan, dan beliau merupakan salah seorang dari generasi keturunan Thani. Kini beliau telah dewasa dan mendirikan rumahtangga. Suaminya, Rees (Azhan Rani) merupakan seorang anggota polis dan mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Ayesha (Nelly) dan Amril (Haider Harris). Mereka bersama-sama menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga penyayang, ceria dan penuh komitmen antara satu sama lain.

Namun, langit tidak selamanya cerah, kemunculan Bashar (Zul Yahya), musuh tradisi dari salah satu suku keturunan Thani di Riau tiba-tiba muncul untuk menggugat ketenteraman awam termasuklah keluarga Amy. Akibat sikap tamak dan dahagakan kuasa, Bashar berjaya menguasai seluruh Kuala Lumpur dan beberapa kumpulan gangster besar untuk mengikut telunjuk perintahnya. Bashar ditakuti ramai kerana mempunyai kuasa api yang sangat kuat dan hebat.

Seorang lagi pewaris, Camelia (Zara Zya) yang mempunyai kuasa ais yang menakjubkan juga tunduk kepada kekuatan Bashar. Menurut kisah silam, moyang Bashar telah mencuri pingat unik tersebut dari Thani, dan pingat itu terpecah kepada lima bahagian. Oleh itu, Bashar dan Camelia perlu bergabung untuk memerangi Amy demi mendapatkan satu daripada pecahan pingat unik yang dijaga rapi olehnya.

Selain daripada mereka bertiga, Khalil (Syawal) yang mempunyai kekuatan telekenetik dan Ghazi (Henzy Andalas) yang berupaya untuk menjadi halimunan juga berasal dari keturunan yang sama. Namun, watak mereka berbeza, gemar berjenaka dan suka mengusik Amy.

Pertarungan sengit yang membezakan baik dan jahat di antara mereka berlima bakal meletus demi mempertahankan pingat unik dan keamanan sejagat dari jatuh dan musnah di dunia kecelakaan. Lebih menarik, Bashar juga mengetahui kelemahan utama SuperMak, dan cabaran akan menjadi semakin getir dengan kehadiran seorang lelaki hebat disisi Amy, juga sebagai penjaga pingat keramat tersebut.

Apakah sebenarnya kelemahan SuperMak, dan siapakah lelaki misteri itu? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi lincah Nasha Aziz dan pelakon-pelakon hebat yang lain di dalam SUPERMAK, di slot Aksi, sebanyak 13 episod, bermula pada 25 Julai 2011, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, hanya di TV3.

citer & gambar penuh sila klik sini


ad0iyai....t0nt0n 0h t0nt0n..

Punya la awal aku datang 0pis ri nie..smpai2 0pis, pintu 0pis pun l0m buka lagi terpaksa la aku tunggu sesapa yang ada kunci...aku datang awal2 giler semata2 nak tengok citer Annissa...

gambar nie diambik dari Fan Page Annissa kat Facebook

last2 bila dah dpt masuk, duduk & connect internet...buka website t0nt0n..ini ler pulak jadinye...sungguh tensi0n tahap gaban...huh!!!



20.07.2011



yg ke berapa nie




Wednesday, July 20, 2011

Ish..ish...ish...

try tengok video klip nie and komen...aku tau pendapat masing2 adalah berbeza...tapi bagi aku..aku amat tidak sokong..ye aku bukan that girl yang dijual oleh ayah kandung untuk kepentingan sendiri...tapi ayah dia dah bertaubat kan..dah mintak maaf pun..setiap manusia berhak diberi peluang ke2...x pasal2 pompuan aka si anak nie dah jadi pembunuh...ish..ish..ish...terkujat aku tengok bila anak dia libas pisau tu untuk kelar leher ayah dia huhu....



* aku bukan peminat Faizal Tahir..sorry ler ye..kebanyakkan lagu dia aku x minat..kalau anda peminat fanatik Faizal Tahir silakan....dah aku x minat mana leh nak paksa2..okay...(video klip nie pun aku x sengaja tertengok)


Tuesday, July 19, 2011

Kisah Dongeng

Kisah Dongeng - Stacy



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Monday, July 18, 2011

Aku Sakit Hati!!!!



Akhir Sebuah Cinta - Siti Nur Dhuha



Semalam aku (membaca novel) nie...start dari kul 5 petang sehingga 2 pagi baru khatam...novel nie leh membuatkan aku ketawa terbahak2 dan menitiskan air mata..cuma ending macam x bape best sket..bukan ape aku rasa ending dia tu mungkin boleh dikembangkan..chewah..dah jadi pengulas n0vel pulak aku sekarang nie kan..nak baca sinopsis? sila baca di bawah nie...

Sinopsis

Apalagi yg ada pada diri seseorg wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa2 lagi. Dia hanya mempunyai jasad yg bernyawa tanpa apa2 harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dgn apa yg berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.

"hai, baru sekarang nak balik. Keluar dgn lelaki lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam2 ubi berisi!" Tengku Khuzairi tiba2 berkata.

Dia... lelaki yg telah disyaki membunuh. Dia... lelaki yg banyak menyakitkan hati aku. Dia... lelaki yg pernah menengking aku. Dia... lelaki yg sering membuatkan aku menangis. dan dia... banyak melukakan hati aku. Dgn tiba2 air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi... kenapa kau perlu datang dlm hidup aku.

Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorg gadis kampung yg tak ada apa2. kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abg aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku kena sisih dgn saudara mara aku.

ops sorry hehe..upenya ada sambungan novel nie...so mesti kena baca nie...


Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?