.

Monday, July 18, 2011

Akhir Sebuah Cinta - Siti Nur Dhuha



Semalam aku (membaca novel) nie...start dari kul 5 petang sehingga 2 pagi baru khatam...novel nie leh membuatkan aku ketawa terbahak2 dan menitiskan air mata..cuma ending macam x bape best sket..bukan ape aku rasa ending dia tu mungkin boleh dikembangkan..chewah..dah jadi pengulas n0vel pulak aku sekarang nie kan..nak baca sinopsis? sila baca di bawah nie...

Sinopsis

Apalagi yg ada pada diri seseorg wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa2 lagi. Dia hanya mempunyai jasad yg bernyawa tanpa apa2 harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dgn apa yg berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.

"hai, baru sekarang nak balik. Keluar dgn lelaki lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam2 ubi berisi!" Tengku Khuzairi tiba2 berkata.

Dia... lelaki yg telah disyaki membunuh. Dia... lelaki yg banyak menyakitkan hati aku. Dia... lelaki yg pernah menengking aku. Dia... lelaki yg sering membuatkan aku menangis. dan dia... banyak melukakan hati aku. Dgn tiba2 air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi... kenapa kau perlu datang dlm hidup aku.

Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorg gadis kampung yg tak ada apa2. kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abg aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku kena sisih dgn saudara mara aku.

ops sorry hehe..upenya ada sambungan novel nie...so mesti kena baca nie...


Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?

0 kesan degil: