.

Tuesday, July 26, 2011

Belajarlah untuk ikhlas....

bismillah

Susah kan nak menjadi seorang yang betul2 ikhlas dalam semua perkara...

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi Nabi menjawab, Tidak ada apa-apa. Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,

'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)
Aku sendiri mengakui terlalu sukar untuk ikhlas dalam kehidupan ini..sebagai contoh kita bagi hadiah kat orang..kita cari yang mahal2 sebab nak menunjukkan kita mampu beli hadiah yang mahal berbanding orang lain..pastu kita cakap ikhlas, tapi sebenarnya mende tu bukan lagi ikhlas sebab dah ada unsur2 riak...

Ada orang yang dapat result exam lebih baik dari kita..then kita ucap tahniah..tapi dalam hati menyumpah2 bagai bom yang nak meletup...sekali lagi kita gagal menjadi orang yang betul2 ikhlas....

Kalau kita betul2 ikhlas dalam sume perkara, insyaAllah hidup kita lebih tenang kan...bila tjadi sesuatu perkara yang bukan kehendak kita, malah kita menganggap Tuhan tak adil kat kita...kalau kita ikhlas, kita takkan rasa Tuhan tak adil...kita x kan rasa ada kekurangan dalam hidup kita...kita akan sentiasa gembira je..sebab apa yang berlaku dan terjadi kita sentiasa ikhlaskan diri...

Tak perlu ikhlas kerana nak menunjuk2 pada orang lain bahawa kita nie sangatlah ikhlas..sebab takde ape2 yang kita dapat pun...

aku akan terus mencuba untuk belajar menjadi seorang yang ikhlas.


0 kesan degil: