.

Thursday, July 07, 2011

Cinta Marissa - Kreisya Reisya



Sinopsis

Marissa meninggalkan keluarganya setelah putus cinta dengan Rahimi. Dia berkelana membawa diri. Di sebalik kedudukan keluarganya yang bangsawan, Marissa menyamar seperti orang biasa. Dari seorang gadis yang lembut dan penyayang, Marissa berubah menjadi kasar, degil dan pemarah.

Perkenalannya dengan Adibah, Ishqal, Umi Nor, Iqbal dan Espariza telah membuka dimensi baru dalam hidupnya. Diam-diam, Marissa jatuh hati pada Iqbal yang pendiam. Ishqal pula bertepuk sebelah tangan apabila Adibah menolak kasihnya. Umi Nor pula dimadukan oleh suaminya dengan gadis yang sebaya anak mereka. Dan Espariza pula rupanya isteri kedua Tan Sri Ahmad Shuib iaitu suami Umi Nor. Semuanya memang tak diduga!

Dalam suka ada duka. Dalam bahagia ada derita. Begitulah tragedi yang menimpa Marissa. Setelah ternoda, dia cuba menjauhkan diri. Namun, Iqbal datang menghantar pinangan. Tapi... Marissa menolaknya. Akhirnya, Marissa akur; "aku cintakan kau Iqbal..."

0 kesan degil: