.

Thursday, July 14, 2011

Hilang

Ohh tidak ape yang hilang nie..kalau nak tau ape yang hilang..aku tengah tengok la nie apa yang hilang tu hehe...


Slot Ratu-‘Hilang’ yang mengandungi 15 episod telah mula disiarkan setiap Isnin dan Selasa bermula 5 Julai 2011 di TV9. ‘Hilang’ mengisahkan tentang keluarga Salina dan Salimah (Rozita Che Wan dan Ayu Raudah), dua saudara yang begitu akrab. Salina dan Azrul merupakan pasangan kekasih dan akhirnya mereka telah melangsungkan perkahwinan. Walaupun telah beberapa bulan berkahwin, kepercayaan Salina terhadap suaminya Azrul kian pudar kerana Azrul sering diganggu oleh setiausahanya bernama Malina (Julia Ziegler) dan Salina risau jika Azrul tergoda dengan pujuk rayu Malina.

Suatu hari, Salina mendapat tahu dirinya mengandung. Ini membuatkan seluruh keluarganya berasa gembira tetapi Malina pula berperasaan sebaliknya. Ketika kandungan Salina berusia tujuh bulan, Salina terlibat dengan kemalangan ketika pulang dari berjalan-jalan bersama Azrul. Akibat kemalangan tersebut, Salina telah hilang ingatan dan anak di dalam kandungannya terpaksa dikeluarkan tidak cukup bulan. Setelah keadaan Salina pulih, dia dimasukkan ke dalam wad mental.

Azrul tidak tentu arah dan dia bernasib baik kerana Fauziah, ibu mertuanya serta Salimah membantunya menguruskan anaknya yang ‘kehilangan’ ibu itu. Fauziah amat bersyukur kerana Salimah sanggup menjaga Rina, anak kakaknya itu. Salimah mempunyai teman lelaki tetapi apabila Fauziah meluahkan hasrat hatinya untuk mengahwinkan Salimah dengan Azrul, Salimah berasa serba salah. Namun, demi kakak tersayang, Salimah telah mengorbankan cintanya. Ini membuatkan Malina semakin berdendam kerana usahanya untuk memikat dan menggoda Azrul tidak menjadi.

Ketika menghadiri mesyuarat, Azrul mendapat panggilan daripada hospital mengatakan bahawa ingatan Salina telah pulih. Azrul, Salimah dan Fauziah amat gembira namun pada masa yang sama risau kerana tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Salina keadaan terkini keluarga mereka.


Episod 1.

1. Hehe klaka aku tengok pelamin kale merah + hitam putih...baju pengantin pulak hijau..pengapit biru...



2. Baju tido polka dot nie aku rasa memang RCW sendiri punya kot..kalau x silap dalam citer Annissa pun dia ada pakai baju yang sama.


2 kesan degil:

My Name is Mar said...

Tengok gak cerita ni...
However... Terus tukar channel lain..
Xminat RCW..
Huhuhu...

C'est La Vie said...

@My Name is Mar saya pun sbnrnya tak minat RCW..tengok citer nie pun semata2 nak tengok adik Mia Sara hehe :)