.

Friday, July 01, 2011

Seredup Kasihmu - Nia Azalea


Kat bawah nie mungkin ini cover baru untuk novel seredup kasihmu...


Sinopsis

Kisah silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Mak Longnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa. Lea Haryani tidak begitu senang hati dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada - ada sahaja yang kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal - usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sikapnya yang pasif terbawa - bawa hinggakan ke universiti. Di universiti dia tidak mempunyai kawan rapat melainkan kawan sebilik bernama Suziyan.Emir Safwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan Emir Safwan untuk memikat Hati Lea Haryani namun tidak berhasil. Dengan bantuan Profesor Halim, akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan.Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruhnya anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar - benar menyintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah luka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah harga yang harus dibayarkan untuk satu kemaafan.?

2 kesan degil:

Miss Orahome1 said...

Dah tukar profesion eh jadik tkg review novel nih? hahhaa.. rindu la nk baca sume novel2x nih. Yang pasti rindu Library Utem..hahhaha

C'est La Vie said...

@Miss Orahome1 hehe ne keje part time I...

aik rindu library utem ke atau rindu orang yg keje kat library tu hehe :p