.

Friday, August 26, 2011

Seven Colour Crystal Ball HARAM!!!

Aku terbaca KOSMO hari ini mengenai Seven Colour Crystal Ball haram tapi bila aku klik link dia x leh nak baca berita penuh pulak ntah hape2 ntah...so aku google jelah...mende yang dimaksudkan Seven Colour Crystal Ball..upenyer ialah mende kat bawah nie..aku pun ada gak memelihara Seven Colour Crystal Ball nie ish2..tapi kenapa pulak diharamkan ye??


rupe2nye sebab diharamkan adalah seperti artikel yang aku copy paste aje dari Billy Info

Kerajaan hari ini mengumumkan larangan penjualan Colour Crystal Ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.

Kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam di dalam perut manusia sehingga menyebabkan usus kanak-kanak pecah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini lapan pembedahan besar telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball.

''Walaupun kandungan kimia dalam Colour Crystal Ball adalah pada tahap selamat namun masalahnya produk ini mampu mengembang 290 hingga 444 peratus selepas menyerap air selama dua jam.

''Ujian simulasi berdasarkan keadaan dan tahap asid perut pula mendapati ia boleh mengembang sebanyak 36 hingga 55 peratus dalam tempoh dua jam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, rupa Colour Crystal Ball yang berwarna-warni dan menyerupai agar-agar sering mendorong kanak-kanak menelannya.

Menurutnya, kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball akan mengalami tanda-tanda seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat dan yang paling serius usus pecah.

''Saya menasihatkan orang ramai yang mempunyai produk ini supaya segera membuangnya, ia adalah berbahaya terutama terhadap kanak-kanak di bawah lima tahun.

''Bagi peniaga pula, mereka tidak lagi dibenarkan menjual produk ini atau berdepan risiko denda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama di bawah Akta Perlindungan Pengguna," katanya.


Beliau berkata, pemantauan kementeriannya mendapati kebanyakan Colour Crystal Ball direka di Korea Selatan tetapi dikeluarkan di Jepun dan China.

''Malaysia bukan negara pertama yang melarang penjualan produk ini, Poland dan Itali telah mengenakan larangan sama pada tahun lalu.

''Filipina pula mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap pembekalan dan penjualannya kerana produk ini mudah menyebabkan kanak-kanak tercekik," katanya.

sumber: utusan malaysia, berita harian

* tapi kalau xde budak kecik xpe ke???


Kesan Steroid

Aku sedang mencari satu jenis ubat nie..then aku pun terbaca la kesan2 ubat yang mengandungi steroid dalam jangka masa panjang terhadap pesakit.


sangat2 takut kan..tapi camne nak wat..kadang2 ada pesakit yang perlu bergantung kepada ubat setiap masa...walau hakikatnya ubat2an nie membawa kemudaratan dalam hidup kita :(


Aku bosan!!!

ughhh..aku sangat bosan ri nie x tau nak buat apa nak tengok citer kat tonton pun website dia pblm pulak..adoi..yang lain pulak dah BALIK KAMPUNG


Thursday, August 25, 2011

Cinta Kura²

Ha nie citer yang bakal ditayangkan tahun hadapan bertajuk cinta kura2...





Simcard free dah sampai...

Hooyeeeh..simcard free dah sampai..tapi aku lom buka lagi jap ehh...



Ha inilah dia mende yang ada dalam envelope yang besar gedabak tu...


Siapa Rara Zikry???

Siapa Rara Zikry??? Maaflah sebab aku sebelum nie memang tak tau siapa wanita yang dimaksudkan ini..1st time aku tengok dari FB Wardina Safiyyah OfficialPage..then aku google cari maklumat siapa yang bernama Rara Zikry..dan keputusan carian yang aku dapat ialah...

nama sebenar Rara Zikry ialah Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri. apa yg terjadi pada wanita yang bernama Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri ini??? Sila baca artikel di bawah yang aku amik dari blog MISS SHASHA


On 19th of March 2010, Zarith Nadhira went into coma for 2 months due to a mild asthma. Initially she was admitted at Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, subsequently referred to Subang Jaya Medical Centre, was admitted in ICU. Alhamdulillah she woke up from coma but was unable to speak or communicate with her parents, relatives & friends. She needs to be fed through a tube at her lower abdomen. Her hands & legs were stiff until today and she needs further medical treatment from specialists at University Hospital. Her diagnosis is Hypoxic Ischaemic Encephalopathy, in simple explanation : brain injury due to lack of oxygen because she had difficulty breathing. Hospital cost for the treatment at Subang Jaya Medical Centre came about RM80,000.00 not to include the cost at DEMC and later some other cost incurred at Sunway Hospital. This time her follow up treatment at Hospital University require intrathecal medications for her spastic episodes which would involve


1) EDM Lumber Drainage Kit, Qty 1 costing RM900.00 per unit
2) IT Baclofen test doses 1ml/vial (50mcg/ml) Qty 3 costing RM115.00 per unit
3)Intrathecal Drug Delivery Package
i.e Synchromed Programmable Pump, Two piece catheter kit, Tunnel rod Qty 1 costing RM45,000.00
4)IT Baclofen 20ml/vial (500mcg/ml) Qty 1-2 vials /mth costing RM670 per unit


This time the cost would be about RM47,000.00 excluding hospital fees.
The treatment were so costly as such we hope donations from you will lighten the burden that Nadhira's parent had to bear. Thank you for your kind donations and may Allah bless you.


Maybank Account Details
Account Holder Name: Zarina Binti Amir
Account Number: 112183147486
Please contact Zarina Amir (Nadhira’s mother) @ 012-3603509 for further infos.




Cikgu aku pernah cakap pada kitorg masa tu aku Form 3 kalau tak silap...dia cakap cuba bayangkan jika suatu hari nanti korang bangan tidur..bila korang buka mata x nampak apa2 atau mulut tak lagi dapat mengeluarkan sebarang bunyi/suara (bisu),tangan & kaki x leh nak bergerak atau tetiba tak leh dengar ape2...bagaimana? Sebab itu kita perlu bersyukur bila kita bangun pagi hari ini kita buka mata..kita masih boleh melihat, telinga kita masih lagi boleh mendengar, mulut kita boleh berkata2, kaki dan tangan kita dapat digerakkan..otak kita juga masih berfungsi dengan baik

Tapi lihat apa yang terjadi pada Rara Zikry, dalam sekelip mata dia terlantar sakit..koma selama dua bulan, sedar je dari koma dia tak dapat bercakap malah pergerakan kaki dan tangan tidak seaktif dulu.

Apa yang terjadi pada Rara Zikry cukup memberi kita peringatan bahawa segala apa yang kita ada.,adalah milik Tuhan ..oleh itu bila2 masa dan di mana2 jua Tuhan berhak menarik balik segala nikmat yang Dia beri kepada kita, kerana apa yang kita miliki ini hanya sebagai 1 amanah dari Tuhan kepada hamba-Nya.

Kepada semua, marilah kita mendoakan yang terbaik untuk Rara Zikry, semoga Tuhan memberi kesembuhan padanya, semoga dia dapat berjalan, bergerak dan tersenyum seperti dulu. InsyaAllah.

Anda juga boleh klik LIKE FB Contribution for Rara Zikry's medical expenses dengan mengklik link di bawah, segala info di sana..




Wednesday, August 24, 2011

Beautiful Eye Shadow Art











Let's Be Safe!






















Flying Stingray Fish