.

Monday, August 08, 2011

Cintaku 120 KM/J

Aku pernah post kat status FB aku pasal Cintaku 120 KM/J seperti gambar bukti kat bawah nie..

so di sini aku tampalkan pulak sinopsis cerita ini..sebelum tu pelakon utama citer ini ialah :

Siti Saleha

Zizan Raja Lawak

‘Cintaku 120 KM/J’ mengisahkan Rahmat (Zizan Razak) yang berkerja sebagai pomen di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur. Dia sering membaiki kenderaan kepunyaan golongan berada, dan menyebabkan Rahmat sedar, cara untuk mengapai cita-cita adalah melalui pendidikan peringkat tinggi.

Ketika itu juga, Aril (Izzu Islam) kawan sekampung Rahmat datang untuk mencari pekerjaan, namun, dia lebih meminati dunia glamour. Bila bekerja di bengkel membaiki kenderaan, Aril hampir-hampir merosakkan kenderaan yang dihantar. Atas sebab itu, dia berhenti dan mencari pekerjaan lain.

Dalam pada itu, Zizie dan Shiela menjadi musuh mereka, terutamanya dalam bidang perniagaan, selain sering kalah dalam perlumbaan kereta.

Rahmat pula bagaikan tersepit di tengah, apabila dia bertemu semula dengan Asmina, kawan baik mereka dari kampung, yang juga merupakan bekas teman wanita Aril. Rahmat pernah jatuh hati dengan Asmina dahulu, tetapi memendamkan perasaannya sahaja, selepas Asmina dan Aril bercinta. Bagaimanapun, cinta monyet mereka itu terputus di tengah jalan, selepas Asmina melanjutkan pelajaran di KL. Dan kini, sejarah yang sama bagaikan hendak berulang sekali lagi.

Selepas datang ke KL, Aril mencari Asmina dan cuba menyambung cinta mereka. Tetapi, si Aril yang playboy itu bagaikan mahu menukar haluan apabila dia bertemu dengan Shiela. Tetapi, perbuatan Aril itu diketahui Asmina juga. Asmina tidak cemburu, malah berasa lega, kerana dia semakin tertarik dengan Rahmat. Rahmat juga mahu menyimpan perasaan yang sama terhadap Asmina, tetapi semakin hari, dia dapati, dia semakin sukar hendak melupakan Shiela – yang menyimpan banyak persamaan dari segi minat dalam bidang permotoran .

Bukan sahaja Rahmat terpaksa melawan rasa bersalahnya terhadap Aril, dia juga terpaksa bersaing dengan Raymond yang cuba mendapatkan cinta Shiela. Apabila Raymond mengetahui niat Rahmat ini, dia sengaja datang ke tempat kerja Raymond, memburuk-burukkan dan memandang rendah keupayaan dan latar belakang Rahmat.

Rahmat jatuh ke gaung depresi. Berkat bantuan Asmina, Rahmat menemui semula semangat jati dirinya. Dia semakin bersemangat melanjutkan pelajarannya di peringkat automotif. Semakin dia yakin pada dirinya sendiri, semakin dirinya yakin untuk mendapatkan cinta Shiela yang seolah-olah semakin terbuka memberikan peluang kepadanya. Tetapi, peluang dan keyakinan itu dihalang oleh perasaan bersalah Rahmat terhadap pengorbanan Asmina. Shiela semakin menjarakkan diri apabila merasakan dirinya sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja.

Kemuncaknya tiba apabila Rahmat mendapat tahu Shiela membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada ketika itulah, Rahmat membuktikan cintanya selaju 120km/j, sehingga dia sanggup mengejar cintanya agar tidak lari dari dakapannya lagi, buat selama-lamanya.

Jangan lupa menyaksikan ‘Cintaku 120 KM/J’ lakonan hebat Zizan Razak, Siti Saleha, Izzu Islam, Wawa Zainal, Cat Farish, Azlan Kami dan ramai lagi, yang akan ditayangkan pada malam sambutan Aidilfitri tahun ini hanya di TV3.
untuk nak teng0k gambar ke..atau ape2 lagi pasal telemovie nie just klik sini ya Sensasi Selebriti


0 kesan degil: