.

Thursday, August 11, 2011

Hantu Bonceng


SINOPSIS HANTU BONCENG

Cerita mengisahkan Amran seorang budak penghantar pizza yang gemar berlumba secara haram motor ‘Drag.’ Satu hari selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah dihadiahkan seorang bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan Maya itu. Dari berjumpa bomoh hingga lah ke seorang ulama. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih berguna dan mula menginsafi di atas kelakuan rempitnya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif pada Amran. Akhirnya dengan bantuan Halimaton, Amran berjaya menyelesaikan masalahnya. Tanpa diduga rupanya, Maya ada seorang adik kembar Ayu.

Ayu begitu sedih apabila diberitahu akan kematian kakak kembarnya itu. Amran pula semakin rasa bersalah dan menawarkan diri untuk membantu Ayu mendapatkan kerja di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur pula Amran menumpangkan Ayu di rumah bujangnya bersama Kunyit. Sejak kehadiran Ayu, Amran mula rengang dengan Halimaton. Kunyit menegur Amran, tapi tidak di pedulikan oleh Amran seolah-olah Amran begitu khayal bersama Ayu.

Apa yang akan terjadi kepada hubungan Amran dan Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Dapatkah mereka menyempurnakan mayat Maya? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

WATAK UTAMA
AMRAN – ZIZAN RAZAK
MAYA/AYU – JULIANA EVANS
HALIMATON – JUE AZIZ
KUNYIT – TAIYUDDIN ABU BAKAR (TAI)

INFORMASI
TARIKH TAYANGAN : HARI RAYA PERTAMA, AIDILFITRI 2011 (30/31 OGOS 2011)
JUMLAH PANGGUNG: 74 PANGGUNG – TAYANGAN SERENTAK DI SINGAPURA & BRUNEI
KOS: RM 1.5 JUTA

Artikel asal & lebih banyak gambar leh klik Sensasi Selebriti


0 kesan degil: