.

Friday, August 26, 2011

Seven Colour Crystal Ball HARAM!!!

Aku terbaca KOSMO hari ini mengenai Seven Colour Crystal Ball haram tapi bila aku klik link dia x leh nak baca berita penuh pulak ntah hape2 ntah...so aku google jelah...mende yang dimaksudkan Seven Colour Crystal Ball..upenyer ialah mende kat bawah nie..aku pun ada gak memelihara Seven Colour Crystal Ball nie ish2..tapi kenapa pulak diharamkan ye??


rupe2nye sebab diharamkan adalah seperti artikel yang aku copy paste aje dari Billy Info

Kerajaan hari ini mengumumkan larangan penjualan Colour Crystal Ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.

Kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam di dalam perut manusia sehingga menyebabkan usus kanak-kanak pecah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini lapan pembedahan besar telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball.

''Walaupun kandungan kimia dalam Colour Crystal Ball adalah pada tahap selamat namun masalahnya produk ini mampu mengembang 290 hingga 444 peratus selepas menyerap air selama dua jam.

''Ujian simulasi berdasarkan keadaan dan tahap asid perut pula mendapati ia boleh mengembang sebanyak 36 hingga 55 peratus dalam tempoh dua jam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, rupa Colour Crystal Ball yang berwarna-warni dan menyerupai agar-agar sering mendorong kanak-kanak menelannya.

Menurutnya, kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball akan mengalami tanda-tanda seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat dan yang paling serius usus pecah.

''Saya menasihatkan orang ramai yang mempunyai produk ini supaya segera membuangnya, ia adalah berbahaya terutama terhadap kanak-kanak di bawah lima tahun.

''Bagi peniaga pula, mereka tidak lagi dibenarkan menjual produk ini atau berdepan risiko denda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama di bawah Akta Perlindungan Pengguna," katanya.


Beliau berkata, pemantauan kementeriannya mendapati kebanyakan Colour Crystal Ball direka di Korea Selatan tetapi dikeluarkan di Jepun dan China.

''Malaysia bukan negara pertama yang melarang penjualan produk ini, Poland dan Itali telah mengenakan larangan sama pada tahun lalu.

''Filipina pula mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap pembekalan dan penjualannya kerana produk ini mudah menyebabkan kanak-kanak tercekik," katanya.

sumber: utusan malaysia, berita harian

* tapi kalau xde budak kecik xpe ke???


2 kesan degil:

Bitt (double IS) said...

woww thanks 4 the info...3 tahun lepas ada pakai tapi lepas bersalin dah tak guna..masih ada lagi 4-5 paket hati memang was2 jek nak gua sebab anak2 baru membesar nehh...ladang2 takutnya anak kita ok jek tapi anak org lain yg tercekik pulak bila mereka tergeram kann...hehehe

selamat hai raya, maaf zahir dan batin ;)

C'est La Vie said...

@Bitt (double IS) ye betul tu sendiri tengok pun geram..apatah lagi dak2 kecik, mesti dia ingat gula2 tu yang masuk mulut tu..

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin juga...thx sbb sudi melawat2 bl0g sy :)