.

Tuesday, September 06, 2011

Fitnah lebih kejam dari membunuh




Betul2 aku x sangka ada orang yang sanggup memfitnah aku...betul la fitnah kan..kalau mende yang diperkatakan tu x betul dan tidak wujud dah dikira sebagai FITNAH..

Sangat2 aku x sangka, mereka2 yang selama nie aku jaga hati dan perasaan mereka...setiap apa yang aku nak buat...aku sentiasa fikir kesannya pada mereka..tapi sampai hati mereka memfitnah aku semata2 kerana BENCI!!!

sape2 yang terasa diri ada memfitnah aku tu..mintak maaf la cepat2 ye...sebelum ko mati...

sebagai tazkirah dan peringatan untuk anda..anda..dan anda semua yang mungkin ada memfitnah aku atau pun orang lain..sila teruskan membaca...(peringatan untuk diri aku jugak, sem0ga aku dijauhi dari mfitnah 0rg lain..Amin..)


Ustaz Mohd Kazim Elias

"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)

"..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12

"Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)." - An Nur 24:24

"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat itu"

"Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupon ia berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan khianat"

"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga."

"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32


Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ...dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh...(al-Baqarah: 191).

Ayat di atas menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja mangsanya. Mangsanya pula akan tertekan dan masyarakat jadi porak peranda. Berbanding dengan membunuh, ia hanya melibatkan nyawa. Sebab itu, di dalam Islam hukum merampas barang orang dan mencuri berbeza. Mencuri hukumnya lebih berat kerana ia mengambil barang orang lain secara senyap dan menyebabkan masyarakat rasa tertekan dan tidak tenteram. Walhal, merampas barang orang walaupun berdosa tetapi hukumannya adalah dengan membayar ganti rugi.

Di akhirat, orang yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar. Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu menerusi firmanNya: ...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?...(al-Hujurat: 12)

0 kesan degil: