.

Wednesday, August 01, 2012

Lailatul Qadar = 17 Ramadhan???


Dah masuk Ramadhan ke-12 kita hari nie..sape yang masih tak tinggal puasa sampai ke hari nie Alhamdulillah baguslah tu (perempuan la ye..kalau lelaki saje2 tinggal puasa tu x tau nak cakap apa la

Okay berbalik pada tajuk entry di atas 17 Ramadhan merupakan tarikh Nuzul Al-Quran, apa maksud Nuzul Al-Quran??? Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran pula bermaksud bacaan atau himpunan. So berdasarkan makna Nuzul Al-Quran mungkin ada yang menganggap maksudnya sebagai Al-Quran diturunkan. 

Sekarang mari kita lihat makna ayat pertama dari Surah Al-Qadr

A001 

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar
Okay Mencari Lailatul Qadar...Lailatul Qadar berlaku pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan..ingat tu dalam bulan Ramadhan je ada Lailatul Qadar..bulan lain xde... & Lailatul Qadar berlaku pada tarikh2 ganjil mungkin 21,23,25,27 atau pun 29 Ramadhan.

Jadi apa kaitan ayat pertama Surah Al-Qadr dengan peristiwa Nuzul Al-Quran??? Orang yang cetek ilmu agama (x bermakna aku nie banyak ilmu agama) & orang bukan islam mungkin akan bertanya kenapa susah2 nak cari Lailatul Qadar? Kan dah diberitahu dalam ayat pertama Surah Al-Qadr tu bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar (aku kompius gak nie kenapa org suke sebut Malam Lailatul Qadar..padahal Laila tu bermaksud Malam) untuk ayat di atas nie, mungkin nak bagi orang lebih faham...kalau ikutkan makna ayat nie yang sebenarnya ialah " Sesungguhnya Aku (Allah) telah menurunkannya (Al-Quran) pada Malam Al-Qadar (Lailatul Qadar) "

Berbalik pada soalan tadi..kalaulah ada yang bertanya camtu kat korang apa korang nak jawab??? Jawapannya ialah....

Nuzul Al-Quran adalah merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

17 Ramadhan merupakan peristiwa di mana Nabi Muhammad menerima wahyu pertama iaitu Surah Al-'Alaq (سورة العلق) ayat 1-5:

Bismillah 
A001 
A003A002
A005A004

Jadi dah tau la kan camne nak jawab... 17 Ramadhan ialah peristiwa Nabi Muhammad menerima wahyu pertama...manakala makna dalam ayat pertama Surah Al-Qadr tu pulak merujuk kepada penurunan keseluruhan Al-Quran yang telah lengkap.

Sekian salam..

p/s : Thanks pada Muhd Imemdy atas perkongsian ilmu ni

0 kesan degil: