.

Tuesday, November 20, 2012

Uish Lamanyer

Dah berbulan2 x check email, beratus2 email spam ada...& bpuluh2 kat inbox...

Blog pun dah lama aku x update...bz sejak ada si kecik yg comel bernama Nur Zara Imtinan...

Xpe nanti aku akan update blog, masuk contest nak dptkan hadiah hehe...oklah cau cin cau...


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Friday, November 16, 2012

Testing

Testing type entry from galaxy note 10.1...adoi mengantuknyer nk sleeping lak rasanya huhu...

Tuesday, November 06, 2012

Beli Baju Online


Baju Kurung Moden Queen - Hijau 
Before : RM 158 Now : RM80 Only !! 
Chiffon, full lining. Kain duyung. 
Berminat SMS : 012-5005859



Okay 23.12.2012 ri tu aku beli baju kurung online..nie kira 1st time la aku beli online..Parcel sampai betul2 sehari sebelum Hari Raya Aidiladha..aku cadang nak pakai masa raya tu la..tp memandangkan aku x berapa sihat..so x pakai pun lagi baju tu..pakai untuk gi kendurilah.. 

oh ya skrg nie tgh ada promosi penghabisan stok..dia jual RM90..sape nak beli leh la klik link kat ats tu ya...

p/s :ri tu kompius antara nak beli kale hijau atau biru..lps beli aku bkenan jugak kat kale pink..tp x kan nak beli byk2 kot...jgn tamak ok..haha...

Friday, November 02, 2012

Kisah Rumah Sewa III

Lokasi : Pangsapuri Mawar (err ye ke Mawar), Ayer Keroh, Melaka.

Time aku study kat UTeM, aku sewa umah kat sini, aku dapat umah nie dari member aku Erni. Nanti aku sambung lik citer kat entry nie ok.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Kisah Rumah Sewa II

Lokasi : Dato' Keramat ke Datuk Keramat, KL

Masa nie aku keje kat Golden Hope Plantation Berhad, sebab masa aku study kat PUO dorg bagi biasiswa kat aku, so aku terikat untuk bekerja dengan dorang selama 1 tahun 6 bulan.

Kat umah nie ada 4 orang iaitu aku,Kak Zah, Kak Mala & Kak Niza. Kak Mala keje kat Telekom, Kak Zah & Kak Niza aku x ingat pulak.

Aku gi keje naik train, pagi2 kul 6 dah kena kuar umah, mana x nyer train penuh gila, train sampai je berebut2 orang masuk tanpa menghiraukan keselamatan diri. Aku hanya akan masuk jika betul2 ada ruang. Tggu train bukan main awal padahal opis aku dekat je, sekangkang kera kot, yelah aku turun kat Ampang Park.Dato' Keramat - Jelatek - Damai - Ampang Park (agaknya kut dah lama x naik lupa). Pernah jadi train stuck, ntah bapa lama dok dalam train yang macam tin sardin dengan bau yang macam2 mana x nyer dah waktu balik keje kot.

Ada 1 kes lagi time train rosak, kena la naik bas...aku nie jenis x tahan naik kenderaan yang benti2 sebab jammed, mau keluar semua isi perut. Tapi nak x nak kena la naik jugak kan...x kan nak g opis jalan kaki kut.

Dan 1 kes lagi masalah lalu lintas, pagi2 nak gi kerja adoiyai jalan raya penuh dengan kenderaan...jammed giler, nak melintas pun susah. Pernah aku hampir ekciden (cmne nak eja nie), masa tu ada sorg gurl nie kat bus stand menjerit aku trus tgamam & bhenti time2 tu jugak, di tengah2 jalan raya. Masa tu gak depan2 aku lalu motor yg besar giler dengan lajunya...dia bawak apa ntah kat blkg moto tu tkena sikit kat aku, ada la macam calar skit kat tgn aku..pastu gurl tu mcm ckp fuhh (lega).

Then aku jalan ke bus stand, mengigil rasanya badan aku, aku dengar suara2 cakap nasib x jadi apa2...1 ri tu kat opis aku x tenang, rasa macam tcabut jantung...kira mcm nyawa dihujung tanduk. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia aku.

Citer pasal rumah pulak, selalu sangat bilik air punya besi tingkap tu jatuh...time aku sorang2 lagi la aku takut...kadang2 aku balik aku gi tengok dulu kat belakang laluan bilik air tu ada apa2 yg mencurigakan x. 1 ri tu aku sorg kat umah tetiba dengar bunyi dari tingkap bilik air tu, aku takut la, tapi berani2 kan diri gi ketuk pintu bilik air, trus dengar macam orang berlari. Then upanya kata anak tuan umah kot mat gian yang buat, Motif??? Nak m'gintai ke? Nak curi brg? Atau nak curi besi? Tuan rumah x amik apa2 tindakan pun huh tensen betol.

Kawan rumah...antara ramai2 yg okay sket kak mala mungkin sebab dia lebih berusia dari yang lain. Kak zah leh sound aku klu nak makan kena bayar dulu, sebab kitorang kat sini sume bayar dulu baru makan. (Aku makan pun sebab kak mala ajak ke kak mala ajak2 ayam? Huhu) lagipun aku bukan selalu makan kat umah, hujung bulan aku bayar apa yang aku makan. Kak niza pulak, 1 bilik dengan aku tapi macam aku dok sorang2 je kat bilik tu, ehh silap macam dia dok sorg je kat bilik tu... Paling aku tensen apa2 yang dia x puas hati dia x nak cakap kat aku, dia gi cakap kat member dia yang b2 tu...cubalah hal bilik jgn bwk keluar..hmm. Ada 1 ri tu dia mrh sgt kot, dia tutup pintu men hempas je. Then dia ckp "x reti tutup pintu agaknya"...ok fine aku salah :(

Setahun je aku dok situ, sebab aku mintak benti dari teruskan keje untuk sambung study di UTeM.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Kisah Rumah Sewa I

Salam sume. Tetiba aku nak bercerita pasal rumah sewa la pulak so aku akan wujudkan 1 label iaitu RUMAH SEWA. Sume berkaitan rumah yang pernah aku sewa.

Untuk entry kali nie Kisah Rumah Sewa I, ialah rumah pertama yang aku sewa bersama rakan2 semasa study di PUO iaitu di Taman Cempaka, Ipoh Mali :)

Masa sem 2 ke tahun 2 aku pun x ingat dah, kitorang kena dok luar...so bermula la misi aku & sorang member aku nie bernama Safinas kami pggl dia Acu (sbb dia anak bongsu) mencari rumah sewa. Then jumpalah 1 umah nie, setelah berpuas hati kami pun decide nak dok situ...masa tu cume aku, acu & Maza (kitorang b3 memang rapat sebab kitorang ada kenderaan yang sama untuk gi ke kelas iaitu KAKI muahaha), ntah cmne mungkin acu yg offer kawan lain untuk join kitorg so akhirnya rumah tersebut penghuninya sebanyak 9 orang iaitu aku, Acu, Maza, Erni, Wani, Dode,Mel(memula 7 org kut last sem baru 9 org) 2 orang lagi Aisyah & Wanie...ntah aku pun x ingat.

Aku ingat lagi acu bawak tikar getah dia kat bahu, hehe klakar la...masa tu kami ulang alik dari hostel ke umah sewa angkat barang...maklumlah xde kenderaan nak bawak. Last baru naik taxi sekali lagi kalau x silap la hahaha...

Gi kelas jalan kaki jauh tau memang kena gi awal lagi2 kalau kelas kat ICT menapak la sampai ke hujung dunia...ehh x ke hujung kampus...klu tghri balik kami akan beli makanan kat pak cik bumbung hahaha...sebab pakcik tu jual lauk pauk & nasi kat depan umah dia bawah bumbung...redup sket...kat depan masjid pun ada jual gak...tapi kami lebih suka beli kat pakcik tu...lauk kegemaran aku kentang goreng, fuh tbayang2 lagi sampai skrg...agak2 kalau aku dok ipoh lagi nak gi beli la...err pakcik tu jual lagi ke? Dah bertahun kut tinggalkan zaman poli

Sewa umah? Adoi x ingat jgk lah yg pasti murah jelah sebab kawasan student kan...Ada gak. dengar umah lain area2 Taman Cempaka tu kena kacau dek Ha Nun Ta Wau...syukurlah sampai aku abis study n x dok situ dh xde kejadian yang x diingini berlaku, lagi 1 kes curi, takut gak kalau hilang2 barang nie...

Huhu...bercerita pasal hilang barang ye aku ada hilang sesuatu...iaitu gelang emas yang aku beli guna duit gaji aku sedey tau...aku cari merata2 gelang tu dgn acu & maza tapi x jugak jumpa :( Gelang tu cantik sebab buah dia kecik2 je, aku tengok kat kedai2 emas sekarang nie xde dah jual yg camtu, sume besar gedabak macam mak datin huh x minat aku (wat ms skrg la, klu dh jadi datin nanti minat kut hahaha)

Member rumah aku ramai yang dah kawen, yang dah ada anak pun ada termasuk aku la... & sorang lagi member umah aku iaitu Erni bakal berkahwin pada 17 November 2012 nie (insyaAllah klu dapat gi aku gi lah memenuhi jemputan,wajib ooo dtg klu orang dah jemput).

Ha itulah Kisah Rumah Sewa I

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network