.

Friday, November 02, 2012

Kisah Rumah Sewa I

Salam sume. Tetiba aku nak bercerita pasal rumah sewa la pulak so aku akan wujudkan 1 label iaitu RUMAH SEWA. Sume berkaitan rumah yang pernah aku sewa.

Untuk entry kali nie Kisah Rumah Sewa I, ialah rumah pertama yang aku sewa bersama rakan2 semasa study di PUO iaitu di Taman Cempaka, Ipoh Mali :)

Masa sem 2 ke tahun 2 aku pun x ingat dah, kitorang kena dok luar...so bermula la misi aku & sorang member aku nie bernama Safinas kami pggl dia Acu (sbb dia anak bongsu) mencari rumah sewa. Then jumpalah 1 umah nie, setelah berpuas hati kami pun decide nak dok situ...masa tu cume aku, acu & Maza (kitorang b3 memang rapat sebab kitorang ada kenderaan yang sama untuk gi ke kelas iaitu KAKI muahaha), ntah cmne mungkin acu yg offer kawan lain untuk join kitorg so akhirnya rumah tersebut penghuninya sebanyak 9 orang iaitu aku, Acu, Maza, Erni, Wani, Dode,Mel(memula 7 org kut last sem baru 9 org) 2 orang lagi Aisyah & Wanie...ntah aku pun x ingat.

Aku ingat lagi acu bawak tikar getah dia kat bahu, hehe klakar la...masa tu kami ulang alik dari hostel ke umah sewa angkat barang...maklumlah xde kenderaan nak bawak. Last baru naik taxi sekali lagi kalau x silap la hahaha...

Gi kelas jalan kaki jauh tau memang kena gi awal lagi2 kalau kelas kat ICT menapak la sampai ke hujung dunia...ehh x ke hujung kampus...klu tghri balik kami akan beli makanan kat pak cik bumbung hahaha...sebab pakcik tu jual lauk pauk & nasi kat depan umah dia bawah bumbung...redup sket...kat depan masjid pun ada jual gak...tapi kami lebih suka beli kat pakcik tu...lauk kegemaran aku kentang goreng, fuh tbayang2 lagi sampai skrg...agak2 kalau aku dok ipoh lagi nak gi beli la...err pakcik tu jual lagi ke? Dah bertahun kut tinggalkan zaman poli

Sewa umah? Adoi x ingat jgk lah yg pasti murah jelah sebab kawasan student kan...Ada gak. dengar umah lain area2 Taman Cempaka tu kena kacau dek Ha Nun Ta Wau...syukurlah sampai aku abis study n x dok situ dh xde kejadian yang x diingini berlaku, lagi 1 kes curi, takut gak kalau hilang2 barang nie...

Huhu...bercerita pasal hilang barang ye aku ada hilang sesuatu...iaitu gelang emas yang aku beli guna duit gaji aku sedey tau...aku cari merata2 gelang tu dgn acu & maza tapi x jugak jumpa :( Gelang tu cantik sebab buah dia kecik2 je, aku tengok kat kedai2 emas sekarang nie xde dah jual yg camtu, sume besar gedabak macam mak datin huh x minat aku (wat ms skrg la, klu dh jadi datin nanti minat kut hahaha)

Member rumah aku ramai yang dah kawen, yang dah ada anak pun ada termasuk aku la... & sorang lagi member umah aku iaitu Erni bakal berkahwin pada 17 November 2012 nie (insyaAllah klu dapat gi aku gi lah memenuhi jemputan,wajib ooo dtg klu orang dah jemput).

Ha itulah Kisah Rumah Sewa I

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 kesan degil: