.

Friday, November 02, 2012

Kisah Rumah Sewa II

Lokasi : Dato' Keramat ke Datuk Keramat, KL

Masa nie aku keje kat Golden Hope Plantation Berhad, sebab masa aku study kat PUO dorg bagi biasiswa kat aku, so aku terikat untuk bekerja dengan dorang selama 1 tahun 6 bulan.

Kat umah nie ada 4 orang iaitu aku,Kak Zah, Kak Mala & Kak Niza. Kak Mala keje kat Telekom, Kak Zah & Kak Niza aku x ingat pulak.

Aku gi keje naik train, pagi2 kul 6 dah kena kuar umah, mana x nyer train penuh gila, train sampai je berebut2 orang masuk tanpa menghiraukan keselamatan diri. Aku hanya akan masuk jika betul2 ada ruang. Tggu train bukan main awal padahal opis aku dekat je, sekangkang kera kot, yelah aku turun kat Ampang Park.Dato' Keramat - Jelatek - Damai - Ampang Park (agaknya kut dah lama x naik lupa). Pernah jadi train stuck, ntah bapa lama dok dalam train yang macam tin sardin dengan bau yang macam2 mana x nyer dah waktu balik keje kot.

Ada 1 kes lagi time train rosak, kena la naik bas...aku nie jenis x tahan naik kenderaan yang benti2 sebab jammed, mau keluar semua isi perut. Tapi nak x nak kena la naik jugak kan...x kan nak g opis jalan kaki kut.

Dan 1 kes lagi masalah lalu lintas, pagi2 nak gi kerja adoiyai jalan raya penuh dengan kenderaan...jammed giler, nak melintas pun susah. Pernah aku hampir ekciden (cmne nak eja nie), masa tu ada sorg gurl nie kat bus stand menjerit aku trus tgamam & bhenti time2 tu jugak, di tengah2 jalan raya. Masa tu gak depan2 aku lalu motor yg besar giler dengan lajunya...dia bawak apa ntah kat blkg moto tu tkena sikit kat aku, ada la macam calar skit kat tgn aku..pastu gurl tu mcm ckp fuhh (lega).

Then aku jalan ke bus stand, mengigil rasanya badan aku, aku dengar suara2 cakap nasib x jadi apa2...1 ri tu kat opis aku x tenang, rasa macam tcabut jantung...kira mcm nyawa dihujung tanduk. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia aku.

Citer pasal rumah pulak, selalu sangat bilik air punya besi tingkap tu jatuh...time aku sorang2 lagi la aku takut...kadang2 aku balik aku gi tengok dulu kat belakang laluan bilik air tu ada apa2 yg mencurigakan x. 1 ri tu aku sorg kat umah tetiba dengar bunyi dari tingkap bilik air tu, aku takut la, tapi berani2 kan diri gi ketuk pintu bilik air, trus dengar macam orang berlari. Then upanya kata anak tuan umah kot mat gian yang buat, Motif??? Nak m'gintai ke? Nak curi brg? Atau nak curi besi? Tuan rumah x amik apa2 tindakan pun huh tensen betol.

Kawan rumah...antara ramai2 yg okay sket kak mala mungkin sebab dia lebih berusia dari yang lain. Kak zah leh sound aku klu nak makan kena bayar dulu, sebab kitorang kat sini sume bayar dulu baru makan. (Aku makan pun sebab kak mala ajak ke kak mala ajak2 ayam? Huhu) lagipun aku bukan selalu makan kat umah, hujung bulan aku bayar apa yang aku makan. Kak niza pulak, 1 bilik dengan aku tapi macam aku dok sorang2 je kat bilik tu, ehh silap macam dia dok sorg je kat bilik tu... Paling aku tensen apa2 yang dia x puas hati dia x nak cakap kat aku, dia gi cakap kat member dia yang b2 tu...cubalah hal bilik jgn bwk keluar..hmm. Ada 1 ri tu dia mrh sgt kot, dia tutup pintu men hempas je. Then dia ckp "x reti tutup pintu agaknya"...ok fine aku salah :(

Setahun je aku dok situ, sebab aku mintak benti dari teruskan keje untuk sambung study di UTeM.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 kesan degil: