.

Thursday, January 31, 2013

31.1.13

Cantikkan tarikh hari nie...tahniah diucapkan pada Ning Baizura & suaminya atas kelahiran bayi lelaki mereka pada tarikh 31.1.13 jam 3.06 pagi :)
#mcm la Ning Baizura tu kenal aku hahaha :p
Sent from Samsung Galaxy Note 10.1

Rumah Itu


Rumah itu penuh kenangan
Lembayung dari panas dan hujan
Melukis kisah suka & duka
Melukis kisah bahagia kau & aku
Juga kisah bahagia aku & keluargaku
Rumah itu melakar memori indah
Perjalanan meniti kedewasaan
Perjalanan mengenali erti kehidupan
Perjalanan suka dan duka erti persahabatan
Juga erti sebuah keluarga
Angkara mereka yang tidak mengerti
Apa makna rumah itu pada KAMI
Rumah itu umpama jasad kami
Hati kami menangis
Sedih, pedih & pilu
Tetapi tiada siapa mengerti
Tiada siapa peduli
Kini rumah itu terbiar sepi
Walau kami tidak lagi di rumah itu
Memori indah, suka & duka
Tetap akan terpahat di ingatan
Harum mewangi di hati kami
Selamanya....
Buat arwah nenek & arwah atok....
Maafkan KAMI kerana gagal mempertahankan rumah itu
Agar sentiasa menjadi warisan anak & cucu
Sent from Samsung Galaxy Note 10.1

Monday, January 21, 2013

Kami Dah 1 Tahun

Dah 1 tahun rupanya aku & dia...kenapa letak gambar aku sorang je nie? Sajer je hahaha.... 

Sent from Samsung Galaxy Note 10.1

Banyaknya Novel

Ni novel2 yg aku dah baca dan masih baca...ada jugak yang lom sempat baca...dan ada jugak yang x sempat pun nak snap gambar hehe
Sent from Samsung Galaxy Note 10.1

Sunday, January 20, 2013

Wow Tak Sangka

Salam sume....aku betul2 tak sangka nie tetiba rating blog aku meningkat semua gara2 drama Setia Hujung Nyawa...agak2 kalau aku bagi tau jalan citer yang lengkap yang ada kat novel tu menangis ke penulis novel tu nanti? Yelah x pasal2 orang x beli novel tu kang... cume yang pasti sume novel pun mesti happy ending kan...aku x pernah lagi baca novel yang sad ending...kalau sesapa ada baca novel sad ending sila bagitau aku...aku nak baca....
Tgk dari rating nie..macam x percaya ada orang yang bukan dari Malaysia baca blog aku...paham ke ntah apa yang aku citer...sebab kebanyakkan post aku dalam bahasa Melayu...tu pun guna singkatan...mungkin mereka2 nie tersilap taip pastu terklik kat blog http://adhila.blogspot.com nie..hehe :p x kisahlah tu sume...yang penting blog nie ada orang singgah wah sangat happy la aku sekarang nie :)
Sent from Samsung Galaxy Note 10.1

20.01.2013

X sangka pulak aku hari nie 20hb aku ingatkan 19hb, salah tengok calendar la pulak hoho.

Utk Encik _m_m_dy Selamat Ulangbulan yang ke 7 tahun 1 bulan hehe :p

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Dr. Halina Dapat Baby Girl

Aku baru je baca majalah Seri Dewi & Keluarga yang covernya Dr. Halina & Ekin, kat dalam majalah tu ada inform Dr. Halina dijangka bersalin bulan Februari 2013 dan katanya dia nak wat "water birth" lg untuk anak ke2 nie...

Tup tup aku baca hari nie dia dah pun selamat melahirkan baby ke2 dia kat HUKM. Tahniah Dr Halina & Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Kupujuk Hati ~ Zuri Yanie

Ok aku tengah baca novel nie...baru je start...& baru je sampai page 47..semua ada 488m/s...
Sinopsis.
BERPERWATAKAN lelaki itulah keselesaan yang ada pada gadis bernama Ain Haryani. Itu dulu, tetapi sekarang tidak lagi. Dia rupa-rupanya sedang diintai. Dalam diam, neneknya mahu menjodohkannya dengan sepupu sendiri bernama Dr. Adam Amri.
Ain suka, tetapi dia takut untuk bercinta dengan Amri. Namun, melihat keprihatinan dan tanggungjawab Amri terhadapnya, sedikit demi sedikit dia cuba memberikan cintanya kepada lelaki itu. Lalu, tali pertunangan diikat.
Menjadi tunangan orang ada sahaja dugaannya. Kehadiran Dani menggugat kelelakian Amri. Perasaan cemburu melihat Dani bermesra dengan Ain merobek hatinya. Walau Ain menafikan dan menegaskan hubungan mereka atas urusan kerja, namun Amri sukar mempercayainya.
Melayari alam perkahwinan pun ada ujiannya. Ada sahaja yang tidak kena. Haluan Ain ke kiri dan Amri pula memilih haluan ke kanan. Kehadiran Dr. Sufi merebut cinta Amri menyesakkan fikiran Ain.
Ain harus pujuk hatinya sendiri. Perlukah dia meninggalkann Amri bagi memberi peluang kepada Dr. Sufi ? Namun, kasihan anak yang dikandung ini. Amri seolah-olah lupa tanggungjawabnya!
Nanti dah abis aku bagitau komen aku pasal novel nie ya. Adois...ehh silap taip pulak...adios...hehe
Sent from Samsung Galaxy Note 10.1

Friday, January 18, 2013

Bacaan antara 2 sujud




ﺭﺏ ﺍﻏﻔﺮﻟﻲ ﻭﺍﺭﺣﻣﻧﻲ ﻭﺍﺟﺒﺮﻧﻲ ﻭﺍﺭﻓﻐﻨﻲ ﻭﺍﺭﺯﻗﻨﻲ ﻭﺍﻫﺪﻧﻲ ﻭﻋﺎﻓﻨﻲ ﻭﺍﻋﻒﻋﻨﻲ
 

Meaning  :'O Lord, Forgive me, Bless me, Rectify me, Raise my status, Give me  my Sustenance, Guide me, Strengthen me and Pardon me'.

Ertinya : Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku. 

Sent from Samsung Galaxy Note 10.1

Blog! Blog! Blog! Blog!

Salam, pekabar sume pagi nie? (adoiyai "bajek" macam ada readers tegar je baca blog ko kan... :p, X kisahla yang penting aku happy :))

Ok awatnya tajuk post kali nie Blog! Blog! Blog! Blog! ??? Jawapannya adalah sebab aku ada 4 blog, banyak tak banyak blog aku? Mana blog2 aku sume tu? Kenapa banyak sangat blog? Ish sukati aku la.

Blog yang aku ada :

1st http://adhila.blogspot.com
of koz la bl og nie kan citer pasal kehidupan aku, gambar2 yg menarik dan macam2 lagilah pendek kata ini blog macam2 ada

2nd http://nuradylea.blogspot.com/
Blog pasal resepi ada yg aku dah pernah buat & ada jugak yang belum buat hehe

3rd http://simfonimel0dicinta.blogspot.com
Blog Diari Perkahwinan, dari sekecik2 persiapan hinggalah sebesar2 gajah...eh gajah x besar sangat yang lebih besar dari gajah.[private blog...x tau nak set public ke x]

4th  http://myjuniorodyssey.blogspot.com
Blog Pengembaraan Si Kecil Ke Dunia, sape si kecik tu kalau bukan Nur Zara Imtinan :) [pun private blog....dalam proses untuk set kepada public]

Link blog kemudian aku letak. Adios.



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Ish3x belum tido?

Salam...aku belum tido lagi nie...camno tu? Maklumlah sejak ada si kecik nie waktu tidur mmg dah x menentu...but sume nie pengalaman kan...x sume orang dapat lalui...sape yg dah ada baby je yg fhm cmne perasaannyer...
Seriusly aku memang dah mengantuk sgt2 nie...tahap dah sapu2 mata...jap lagi lelap jugak la nie...mana tak nyer dah dekat jam 3pagi nie...
Oklah aku pun nak tido dah nie...zara pun dah tido..apa lg aku pun zzzzzz la jugak kan...adi0s...
p/s : tu gambar zara tido ptg td...x kan la nk snap pic zara tido skrg nie plk kan...kang tkejut dia...
Sent from Samsung Galaxy Note 10.1

Tuesday, January 15, 2013

Adoiyai....

Huhu...mcm2 sakit ditanggung skrg nie...nk wat camne S.A.B.A.R jelah ye tak...


p/s : semoga adik bongsu aku cpt sembuh & sihat seperti dulu serta dipanjangkan usia. Amin....

Sent from Samsung Galaxy Note 10.1

Monday, January 14, 2013

Mengarut

Typically cerita Melayu klu x ending mengarut jalan citer ngn ending sm2 mengarut.

Sebagai contoh beberapa cerita yg mengarut & stupid

1. Istanbul Aku Datang

Dah sah2 citer psl bersekedudukan knp citer cmnie leh lps utk tontonan UMUM. Paling pelik bila citer nie leh dpt lebih 2 Juta.

2. Cinta Itu Milikku

Jln citer ada sket2 mgarut, paling hampeh ending dia tu. Ke aku yg x fhm message yg dorg ingin sampaikn

3. Sayangku Damia

Dah sah2 Damia tu pompuan, leh plk bawak lik umah tido kat umh tu yg ada dia ngn atok dia je. Org kg x mrh ke (err kg aku tu dorg shooting ish2)...bdosa dok serumah cmtu, pastu leh plk selitkan dorg bsolat.

Mesti ada yg ckp realiti pun cmtu gak kan...inilah yg dikatakan perkara yg dianggap luar biasa menjadi biasa manakala perkara biasa menjadi luar biasa.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sunday, January 13, 2013

Nak Big Apple


Awat tetiba nak Big Apple nie ye x...hehe sbbnya adalah kerana baju Zara di atas..

X fhm jgk ke? Kan ke baju tido Zara tu ada tulis Waikiki...waikiki adalah slh 1 nama donut yg Ayah Zara suka tp Mama Zara x suka donut yg nm Waikiki tu :p

p/s : Alhamdulillah lena betul Zara tido :)

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Friday, January 11, 2013

Eira Syazira dpt anak perempuan


Tahniah pd Eira Syazira sbb dpt baby girl...ramai baby girl skrg nie kan... baby makcik aku girl...baby aku girl...baby kakak ipar aku girl...baby sepupu aku girl...ramainyer girl...itu bermakna????

Fikir2kanlah & selamat beramal...

Update : 1 April 2013... okay ni aku letak gambar anak eira syazira kat blog aku nie...lentik betul bulu mata anak dia kan...eira pun dah kurus la...jeles I hehe...

oh ya lupa nak cakap nama baby azad & eira ialah Amarra Sofea Rose

Sent from Samsung tablet

Salah Suntik???

Adoiyai smlm aku baca Berita Harian ada 2 kes salah suntik terhadap baby kecik yg x bdosa. 1 kes tu jururawat tu slh suntik kat baby psgn OKU smpai mengakibatkan tgn baby tu membengkak dan busuk, then masuk ICU pastu katanya tgn baby tu perlu dipotong utk buang daging yg busuk. Simpatinya aku kat baby tu & mak ayah dia. Lahir dgn cukup sempurna tp kerana kecuaian org lain dia pun bakal tidak sempurna. Ye org akan ckp dah takdir Tuhan utk baby tu... Betul takdir Tuhan, tp kenapa nurse tu x keje betul2, pekerjaan dia nie melibatkan nyawa org, jangan la kerja sambil lewa.

2nd masih pasal salah suntik, baby tu diberikan suntikan pengecutan rahim. Aduhai baby tu x berdosa apa2 kenapa doktor leh slh suntik, suntikan tu utk baby ke utk mak baby? Baca la betul2 sebelum wat apa2 tindakan.

Nie yg tetiba aku nak marah nie org selalu cakap bila tulisan buruk @ susah nak baca tu tulisan doktor kan... Patutnya tulisan doktor la perlu & mesti jelas untuk mudah dibaca. Tak payah la nak bagi alasan x cukup masa la apa la...klu dah jd mcm nie sampai hilang nyawa pesakit, ko ingat ko boleh keje lg ke sbg doktor??? Aku rasa x kut.

Awat ko nak emo2 nie??? Mesti ada yg akan tnya macam tu kat aku kan. Of koz aku emo, aku pun hampir pernah terkena. Doktor tulis nama2 ubat, then aku gi farmasi amik ubat2 tu...nasib baik la nurse yg tukang bg ubat tu check balik ubat yg diambik oleh nurse tukang amik ubat. Kalau tidak... X pasal2 dia bg ubat mata untuk cuci luka....choi...sgt2 mengarut ok. Aku bukan sakit mata, aku luka & doktor tulis ubat sapu luka bukan sapu mata...skrg sape nak dipersalahkan??? Doktor ke atau nurse yg amik ubat??? Ha fikir2kanlah dan slmt bekerja dgn teliti...

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Cinta Awek & Pakwe ~ Hasrudi Jawawi


Dah seminggu aku baca novel nie..x abis2 lagi..haha..baru separuh, novel nie tebal gak sume ada 716 muka surat..tp still x leh lawan novel yang aku baca sebelum nie la 7 Hari Mencintaimu tu...

Setakat yang aku baca nie motif utamanya adalah rasa x puas hati si abang terhadap adik kandung dia sendiri sampaikan menjadi sebuah dendam... si abang berkahwin dengan awek adik dia semata2 nak buat adik dia menderita...bagi adik dia rasa apa yang dia rasa bila apa yang diinginkan x dapat dimiliki.

Oklah aku sambung baca dulu ya..nanti aku akan update semula entry nie dan letak sinopsis untuk novel nie...

Err tapi camne nak baca..skrg nie tengah hujan lebat..so suasana samar2..tp x la gelap gelita hehe...



Sent from Samsung tablet

Sampai termimpi2...


First aku nak sangat beli kain yang sama macam masa aku tunang lebih setahun yang lalu iaitu kain chiffon kombinasi colour pink & blue...tapi sampai skrg aku x jumpa kain tu lagi dah huhu..sampai termimpi2 gi kedai cari kain tu :(

2nd dengan pengumuman 100,000 free seat antara semenanjung Malaysia & SabahSarawak..sampai termimpi2 aku tengah booking flight gi Kuching...tarikh booking 9 Januari...pastu aku bukalah website airasia mmg 9 Jan je leh booking...ish2...

p/s : kenapa ntah ngn aku nie huhu...



Sent from Samsung tablet

Friday, January 04, 2013

Unsangkarable...

Saya mahu jadi blogger tegar...ececeh...

X sangka tul aku..bila baca lik post2 aku sblm nie baru aku perasan 1 mende...pd 29.09.2012 aku sempat update blog...then tup..tup...esoknya aku bersalinkan puteri sulung aku...nak tau nama dia apa? Silalah try tgk entry2 sblm nie...(saja nak soh org klik2 hahaha...)...err ada ke org bc blog aku nie?..

Sebenarnya due date aku 29.09.2012, tp puteri aku nie lahir lambat sehari...aku harap dia bersalin 01.10.12...ehehe...(lg lmbt 2 ri kih..kih..kih)..apa2 pun Alhamdulillah baby aku lahir dengan sihat, sempurna comel lg... ●_●

Alamak aku dah mengantukla plk...baru jer ri nie smgt bkobar2 nak update blog...good nite la ye...adios..slm




Sent from Samsung tablet

Cinta Perisa Dia ~ Lynn Dayana


Salam..hai...hai...hai...okay sejak smlm aku bc novel nie plk...dah nak abis dah aku bc so tu apa maknanya kawan2? Tu maknanya novel nie best la leh layan...tp terpaksa jugak benti bc disebabkan kurangnya pencahayaan untuk aku meneruskan pembacaan...

Sinopsis?.. akan ditempek kemudian..aku xmo bila aku tempek jd mcm entry sblm nie...no..no...no...

Hmm dah lama x masuk contest kat blog la...jom gi blogwalking cari contest hehe....



Sent from Samsung tablet

Wednesday, January 02, 2013

Setia Hujung Nyawa ~ Fatin Nabila


Aku tengah baca novel nie skrg, dlm ms yg sm kat tv3 pun ada siarkan citer adaptasi dari novel nie dengan tajuk yg sama Setia Hujung Nyawa.

Sinopsis

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Ok 1st aku nk citer psl ketidaklogikan novel nie

1.x kn la si Ersalina tu x tau dia pregnant, dh sebulan lebih kot x kan x perasan kitaran period dia..huhu.

2.sah ke pernikahan antara Zain ngn Ersalina sbb ms tu kn Ersalina pregnant.

3.lepas keguguran, bukankah Ersalina perlu berpantang macam orang yg lepas bersalin jugak? yg aku kompius mama dia siap bawakkn kuah kacang & rendang daging lagi.

4.ketika bcuti kat Bali Zain tlh berkata "§ampai KL kita berpisah"...bukankah dah jatuh talak dengan kata2 tu?

ok tu jelah comment tentang novel Setia Hujung Nyawa...comment aku pasal drama Setia Hujung Nyawa pulak.

1.aku x berapa minat dengan pelakon2 yang ada dalam drama nie...1st sebab banyak muka2 yang aku x kenal (kalau asyik cari muka yang terkenal je, camne yang x terkenal nak jadi terkenal kan...), 2nd banyak pelakon x reti berlakon...esp yang pegang watak Zain memek muka dia sama je...hmm sebab nak save budget kot tu yang amik ramai pelakon baru.

2.citer dalam novel berbeza dengan drama kat tv...dalam novel Hadi kawan Zain xde kena mengena dengan Ersalina di awal2 citer...dalam novel Hadi cuma terlepas cakap yang Ersalina keguguran dulu bukan anak Zain yang menyebabkan Mama Zain jadi benci pada Ersalina. dalam drama Hadi ada hati kat Ersalina...& dia jugak penyebab cinta Zain dengan Ersalina bergelora.

3. dalam novel dorang panggil Ersalina dengan nama Lina..drama panggil Er ke El ntah...

4. korang perasan x kalau ada 2 orang pelakon dalam 1 scene tu mesti dorang pakai baju sedondon...agak2 la, x kan setiap saat pakai baju sedondon kot...

Sent from Samsung tablet

Tuesday, January 01, 2013

Kasih Benar Kasih ~ Aleya Aneesa


Bertahun aku bc novel nie x abis2 lg bc ish...ish...ish....



Sent from Samsung tablet

Selamat Tahun Baru 2013


Hari nie 01.01.2013 merupakan hari pertama dalam tahun 2013.

p/s : dah bertambah banyak umur nie huhu..



Sent from Samsung tablet