.

Thursday, January 31, 2013

Rumah Itu


Rumah itu penuh kenangan
Lembayung dari panas dan hujan
Melukis kisah suka & duka
Melukis kisah bahagia kau & aku
Juga kisah bahagia aku & keluargaku
Rumah itu melakar memori indah
Perjalanan meniti kedewasaan
Perjalanan mengenali erti kehidupan
Perjalanan suka dan duka erti persahabatan
Juga erti sebuah keluarga
Angkara mereka yang tidak mengerti
Apa makna rumah itu pada KAMI
Rumah itu umpama jasad kami
Hati kami menangis
Sedih, pedih & pilu
Tetapi tiada siapa mengerti
Tiada siapa peduli
Kini rumah itu terbiar sepi
Walau kami tidak lagi di rumah itu
Memori indah, suka & duka
Tetap akan terpahat di ingatan
Harum mewangi di hati kami
Selamanya....
Buat arwah nenek & arwah atok....
Maafkan KAMI kerana gagal mempertahankan rumah itu
Agar sentiasa menjadi warisan anak & cucu
Sent from Samsung Galaxy Note 10.1

0 kesan degil: