.

Wednesday, January 02, 2013

Setia Hujung Nyawa ~ Fatin Nabila


Aku tengah baca novel nie skrg, dlm ms yg sm kat tv3 pun ada siarkan citer adaptasi dari novel nie dengan tajuk yg sama Setia Hujung Nyawa.

Sinopsis

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Ok 1st aku nk citer psl ketidaklogikan novel nie

1.x kn la si Ersalina tu x tau dia pregnant, dh sebulan lebih kot x kan x perasan kitaran period dia..huhu.

2.sah ke pernikahan antara Zain ngn Ersalina sbb ms tu kn Ersalina pregnant.

3.lepas keguguran, bukankah Ersalina perlu berpantang macam orang yg lepas bersalin jugak? yg aku kompius mama dia siap bawakkn kuah kacang & rendang daging lagi.

4.ketika bcuti kat Bali Zain tlh berkata "§ampai KL kita berpisah"...bukankah dah jatuh talak dengan kata2 tu?

ok tu jelah comment tentang novel Setia Hujung Nyawa...comment aku pasal drama Setia Hujung Nyawa pulak.

1.aku x berapa minat dengan pelakon2 yang ada dalam drama nie...1st sebab banyak muka2 yang aku x kenal (kalau asyik cari muka yang terkenal je, camne yang x terkenal nak jadi terkenal kan...), 2nd banyak pelakon x reti berlakon...esp yang pegang watak Zain memek muka dia sama je...hmm sebab nak save budget kot tu yang amik ramai pelakon baru.

2.citer dalam novel berbeza dengan drama kat tv...dalam novel Hadi kawan Zain xde kena mengena dengan Ersalina di awal2 citer...dalam novel Hadi cuma terlepas cakap yang Ersalina keguguran dulu bukan anak Zain yang menyebabkan Mama Zain jadi benci pada Ersalina. dalam drama Hadi ada hati kat Ersalina...& dia jugak penyebab cinta Zain dengan Ersalina bergelora.

3. dalam novel dorang panggil Ersalina dengan nama Lina..drama panggil Er ke El ntah...

4. korang perasan x kalau ada 2 orang pelakon dalam 1 scene tu mesti dorang pakai baju sedondon...agak2 la, x kan setiap saat pakai baju sedondon kot...

Sent from Samsung tablet

2 kesan degil:

Puteri Airina said...

Tinggal mana ? bagi pinjam sekejap 1 minggu buku Novel Setia Hujung Nyawa ni kat saya . Hihihi :)

C'est La Vie said...

@Puteri Airina sy pun pinjam jugak, so x dptla nak bg pinjam..sorry...