.

Friday, March 29, 2013

Irma Hasmie & Ayu Raudhah dpt baby boy



Nama anak Irma Hasmie Redza Syah Irfhan

Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

Saturday, March 23, 2013

Politik! Politik! Politik!

Hish naik menyampah aku dibuatnya...asal post status kat FB cerita pasal politik.. jangan sampai aku unfriend pulak... ehh ada aku kisah x friend kat fb ngan sesapa... ayat bila kita sorg2 supaya rasa x sedih sgt ialah "KAT KUBUR NANTI PUN SORANG2 GAK!"
Err aku ni nak cerita pasal FB ke pasal Politik? Aku nak cerita pasal dua2 boleh?
1st : aku bukanlah seorang yg x suka politik...namun tak bermakna aku fanatik politik.
2nd : FB tu medium utk meluahkan rasa x puas hati ke? Ko x suka BN pong pang..pong pang bgtau kat FB... ataupun ko x suka BA.. pong pang2 gak bagitau kat FB. Ko lupa 1 perkara x sume friend list ko tu suka BA... sepertimana x semua friend list ko suka BN. So nasihat aku diam2 sudah... ko undi BN sebab ko rasa BN masih layak memerintah Malaysia ok teruskan undi BN samalah jugak kalau ko undi BA sebab ko rasa mungkin Malaysia lebih baik dengan pemerintahan dari BA teruskanlah usaha agar semua tu menjadi kenyataan.
3rd : Selagi kita ada perasaan aku memang betul ko salah...selagi itulah kita x kan dpt menerima yg kemungkinan kita salah dan tak selalu betul.
Okay nasihat aku untuk semua secara general ni ye... tanpa menyebelahi mana2 parti politik. Pilihan ditangan anda... fikir dengan matang buatlah pilihan yang bijak untuk PRU ke-13 nanti.
p/s : untuk friend FB yg aku baru je remove tu...fhm2 jelah ye..nak cakap soal politik biar kena pada tempatnya.
Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

Wednesday, March 20, 2013

20.03.2013

Wah cantik jugak tu... 20.12.2005 - 20.03.2013. Dah berapa lama tu???
Sent from my Motorola smartphone over the Celcom network

Monday, March 18, 2013

Hidup aku yang dot dot dot

Tak tau nak cakap...
Tak tau nak tulis....
Tak tau camne nak taip...
Dah namanya kehidupan...
Kadang2 best
Kadang2 x best
Selalunya???
Ish apa ntah aku merepek nie...
Yang pasti
Hadapi dengan senyuman :)
Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

Thursday, March 07, 2013

Surat Dari Langit Biru

Sape tengok citer nie? Suka ke? Faham ke? Typical cerita Melayu sket2..... hehe...citer nie pun dah nak habis kan...tinggal 2 episod lagi kot, kalau x silap...aku macam biasa nak komen sket pasal citer nie...
1. Kenapalah dorang x betul2 teliti..aku asyik nampak amende alat utk suara yg selalu letak kat belakang pelakon tu? Nama mende tu pun aku x tau hehe...so jd mcm x real dh..nampak sangat berlakon.
2. Mana ada orang kampung pakai baju kurung dipadankan dgn seluar dah zaman sekarang nie..ikat rambut macam tu..pakai baju kurung old fashion camtu..pakai tudung selekeh camtu, aiyoo...
3. Org kg gi & balik sekolah jln kaki??? Mungkin ada sorang 2...tapi x la seramai camtu... lagi2 anak ketua kampung, jalan kaki??? Dak2 skrg kaya ke x paling kurang naik motorsikal gi sekolah... semiskin2 org kampung pun, insyaAllah masih mampu beli basikal kot...
4. Ke sana sini jalan kaki..termasuk ketua kampung...miskinnya ketua kampung, ooohhhh ronda2 tengok penduduk kampung dia kot... yg muda pun gi mn2 jalan kaki...ish2..siap pakai payung lagi tu...setahu aku orang tua je jalan kaki pakai payung tu pun dorang gi dekat2 je... yang muda?? Lagi sekali aku habaq mai..dorang naik motor..walaupun gi rumah jiran sebelah rumah.
5. Sket2 lalu sawah?sket2 lalu sawah..kot iya pun nak tunjuk pemandangan sawah padi tu..x kan la xde tempat lain kot...hari dah ribut petir nak hujan pun leh lagi sembang2 kat tengah2 jalan di SAWAH PADI!!!
6. X tau pulak aku orang kampung malam2 lepak kat beranda...xde nyamuk ke???
7. Hebat betul bas tu...masuk sampai dalam kampung... selama ni aku naik bas turun kat jalan besar je...
8. Hehehe.... kena rogol pun nak amik gambar..hello ko kena rogol ok...ops ayat sopan sket, dak pompuan tu diperkosa... sanggup lagi amik gambar diri sendiri... ish...ish....ish....
9. Berdua2an yang bukan muhrim...dah sah2 salah, dah tau nak balik kampung...ajak la adik tu balik sama... kata dah diberi didikan agama SECUKUPNYA, x kan mende basic tu pun x ingat kot.
Sebenarnya ada lagi nie aku nak komen...tapi lupa pulak....
p/s : dorang berlakon kat kampung aku...of koz aku tau camne life style kat kampung...tapi mungkin nie suasana kampung zaman 80an kut....time aku kecik lagi...
Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

Tuesday, March 05, 2013

Biar Jadi Kaktus - Iffa Zalia

Dah berhari jugak la aku abis baca novel nie...review aku utk novel nie sama macam novel sebelum nie iaitu .... BOSAN.... cuma novel nie okay sket la.
Ada 1 part wat aku mengalirkan air mata...tp aku lupa la part yg mana hehe...
Next novel apa pulak yg aku nak baca??? Tunggu.....
p/s : ada lebih 10 novel lagi lom baca hoho...
Sent from my Motorola smartphone over the Celcom network

Saturday, March 02, 2013

Aku & Sesuatu

Secara ringkasnya :

July 2007 - Dec 2010 : Study kat UTeM
April 2011 : Start keje kat Teradesic Sdn Bhd
03.09.11 : Engagement
01.10.11 : Saat Lafaz Sakinah
21.1.12 : Kenduri belah pompuan ( akulah pompuan tu :p )
07.02.12 : Kenduri belah lelaki...
30.09.12 : Puteri sulung kami lahir ke dunia...diberi nama نور زارا امتنان ﺑﻧﺕ محمد عمران ~ Cahaya Puteri Anugerah Ilahi ~ ( dah masuk 5 bulan dah ●_● )
______________

Itulah perjalanan sebuah kehidupan....aku & sesuatu....dari seorang...kemudian berdua...kini bertiga...semoga Allah memberikan kami kesihatan, kebahagiaan serta memanjangkan usia kami untuk menjaga dan membesarkan zuriat kami dengan sempurna. Amin.....

p/s : tajuk macam xde kena mengena dengan entry nie kn...haha...

Sent from Samsung® Galaxy Note 10.1