.

Saturday, March 23, 2013

Politik! Politik! Politik!

Hish naik menyampah aku dibuatnya...asal post status kat FB cerita pasal politik.. jangan sampai aku unfriend pulak... ehh ada aku kisah x friend kat fb ngan sesapa... ayat bila kita sorg2 supaya rasa x sedih sgt ialah "KAT KUBUR NANTI PUN SORANG2 GAK!"
Err aku ni nak cerita pasal FB ke pasal Politik? Aku nak cerita pasal dua2 boleh?
1st : aku bukanlah seorang yg x suka politik...namun tak bermakna aku fanatik politik.
2nd : FB tu medium utk meluahkan rasa x puas hati ke? Ko x suka BN pong pang..pong pang bgtau kat FB... ataupun ko x suka BA.. pong pang2 gak bagitau kat FB. Ko lupa 1 perkara x sume friend list ko tu suka BA... sepertimana x semua friend list ko suka BN. So nasihat aku diam2 sudah... ko undi BN sebab ko rasa BN masih layak memerintah Malaysia ok teruskan undi BN samalah jugak kalau ko undi BA sebab ko rasa mungkin Malaysia lebih baik dengan pemerintahan dari BA teruskanlah usaha agar semua tu menjadi kenyataan.
3rd : Selagi kita ada perasaan aku memang betul ko salah...selagi itulah kita x kan dpt menerima yg kemungkinan kita salah dan tak selalu betul.
Okay nasihat aku untuk semua secara general ni ye... tanpa menyebelahi mana2 parti politik. Pilihan ditangan anda... fikir dengan matang buatlah pilihan yang bijak untuk PRU ke-13 nanti.
p/s : untuk friend FB yg aku baru je remove tu...fhm2 jelah ye..nak cakap soal politik biar kena pada tempatnya.
Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

0 kesan degil: