.

Tuesday, April 30, 2013

Apahalnya MasterChef Selebriti Musim Ke-2 nie???

 

Adoiyai aku rasa hampehnya MCS2 nie... Sebabnya???
1. Sume peserta x best.
2. Ramai x pandai masak - dah nama pertandingan masakan apahal ambik yang x pandai LANGSUNG masak.
3. Konon2 tkejut, x kanla x pernah langsung tengok MasterChef
4.Teruknya Zain mmg patut pun ko keluar sbbnya
   i. X hormat para juri Papa Jo tgh ckp ngan dia, dia wat derk je. Sibuk wat kerja dia la, sibuk dgr org lain ckp kat atas
  ii. Tgh masak leh makan2 ko ingat kat umah ke ish2
5. Sathia ingat ko lawak sangat ke? Nak amik apron pun lambat
6. Celina nak wat keputusan sapa yg masuk penyingkiran pun susah, cakap jelah sape2
7. Kenchana sikit2 nak nyanyi
8. Norish Karman kenapa rambut camtu?
Kesimpulannya MCS2 banyak DRAMA & ramai peserta masuk sebab nak popularkan diri sdiri je....
Mood : rasa macam malas nak tengok MCS2

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday, April 29, 2013

Jalan2 di KLiBF 2013

Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

Sunday, April 28, 2013

MINI GIVEAWAY : CANTIK ITU INDAH


Okay aku nak masuk GA ni..sebabnya AKU PUN NAK CANTIK!!!
Syarat pun mudah2 saja, tak perlu pening2..:)

1. Terbuka kepada semua pemilik blog di Malaysia
✓ Okay aku memang blogger yang dok kat Malaysia pun...lom lagi jadi warganegara selain Malaysia

2. Buat satu entry berkaitan Giveaway ini..Tajuk sama macam tajuk entry di atas..
✓ Okay done...tajuk entry dah sama dah...

3. Nak copy banner di atas boleh, tak nak pun tak pe..jika rajin sangat boleh copy gambar produk yang anda minat.. hehehe..
✓ copy jelah bukan kena bayar pun kan..hehe

4. Beri sedikit pendapat, APA MAKSUD CANTIK BAGI ANDA..
5. Ada tak anda berkenan atau pengguna mana2 produk jualan di sini? Jika ada, nyatakan..
✓ untuk nombor 4 & 5 jawapan seperti di bawah...

6. Anda juga boleh kritik tentang blog ini jika suka..:)
✓ blog nie best..sebab macam2 produk kecantikan ada..memang terbaekkk...

7. Hantarkan penyertaan anda dengan tinggalkan link entry di ruangan komen..
✓ ok dah hantar dah..

Apa maksud cantik bagi anda???

Maksud cantik pada individu ni universal.,,ada cantik peribadi, cantik perbuatan, cantik akhlak...err semua tu sama la ye x? Hehe... dan sudah pasti ramai yang suka muka & badan yang cantik...betul x?

Cantik muka ni pada aku bukanlah cantik sebab make up tebal berinci2 ataupun berkati2...tapi adalah muka yang bebas dari jeragat, jerawat, je...macam2 je lagilah...pendek kata muka yang bersih dari sebarang noda2 dunia hehe....then muka x perlu nak make up2 pun nampak cantik je..natural beauty kata orang...itulah serba sedikit maksud cantik pada aku...

Dan sekarang ni..fenomena Aura White dan Maixara berleluasa tak kira sama ada di media cetak mahupun elektronik...( chewah macam buat karangan Bahasa Melayu SPM la pulak :p ) malahan banyak lagi produk2 yang laku macam pisang goreng ( melihat pada mereka yang buat bisnes online )

Aku pun rasa teruja jugak nak mencuba..tapi memandangkan harganya yang mahal...dan tak pasti tentang keberkesanannya walaupun dah banyak testimonial aku masih tetap tak percaya lagi...jadi kalau ada sesapa yang nak bagi free untuk cuba memang best kan..sebab itulah aku try masuk contest nie...kalau menang 1st prize dapat free produk bernilai RM150 so bolehlah cuba mana2 produk dengan nilai tersebut..kalau serasi leh la beli lagi ye x...hehe

Kalau beli sendiri mungkin aku cuba Maixara..murah sket dari Aura White...tapi tengok harga je dah tau mana yang lebih berkesan kan... so kalau menang 1st prize contest ni mungkin aku amik Aura White la kot hehe...

Nak tau pasal Maixara? Leh klik - Maixara

Then kalau nak tau pasal Aura White leh klik - Aura White

Oh ya aku belum bagitau lagi hadiahnya kan ni dia..
Hadiah yang disediakan:

PERTAMA x 1 pemenang bertuah:
produk bernilai RM150

KEDUA x 2 pemenang bertuah:
produk bernilai RM100

KETIGA x 3 pemenang bertuah:
produk bernilai RM50 (hadiah pemenang pilih sendiri berdasarkan nilai dimenangi..)

sape2 nak join gak leh klik banner kat atas..esok last..

p/s : agak2 kalau menang hadiah no.2 atau no.3 tu leh ke tambah duit utk dapatkan produk yang dikehendaki?? hehe :p

Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

Tensionnya!!!

Tension betul aku tgh2 send email internet xde huh, time tu jgak la nak xdenya kenapa???

Arghh bengang, tension, dan segala jenis lagi perasaan. Huh!!!!

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Thursday, April 25, 2013

Bukan Milikmu ~ Salleh Shihabuddin


Okay dah abis baca novel yang mengarut & x logik.

Ada ke dok umah family lelaki yang dah perkosa dia pun x tau, x suka amik gambar pun x kan la xde gambar latest langsung kut.

Pastu x kan la langsung xde call si anak yang kat obersi tu bagitau pasal ada amik anak angkat, kirim gambar dan sbgnya...

Betul2 mgarut, ada lg 1 tapi x ingat la pulak...

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, April 24, 2013

Penuh Inbox Ku


Adoiyai....byknyer msg...paling x leh blah tu msg yg latest...ntah bila masa nm aku ani...

Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

Tuesday, April 23, 2013

Amboi Nama Anak

Pasal nama anak ni aku dah ada wat entry pun sebelum ni kan, tapi lagi sekali aku rasa terpanggil untuk buat entry ttg NAMA anak...

Selalu kita dengar pasal anak derhaka pada ibu bapa kan...tapi tahukah korang ibu bapa pun ada yang derhaka pada anak? Ha sapa2 yang x pernah dengar mesti terkejut kan... ok meh aku terangkan...
Dalam satu kisah yang masyhur di zaman Saidina Umar al-Khattab, seorang khalifah yang terkenal dengan ketegasan dan keadilan di dalam pemerintahannya, beliau telah didatangi oleh seorang lelaki tua yang mengadu tentang anaknya yang dikatakan menderhaka kepadanya.
Bagi mendapatkan keadilan kedua-dua belah pihak, Umar al-Khattab lantas memanggil anak kepada lelaki tersebut bagi mendapatkan kebenaran tentang 'tuduhan' bapa kepada anak muda itu.Lantas, Saidina Umar pun bertemu dengan anak lelaki tua tersebut.
Dan, ketika Umar al-Khattab menemui anak muda itu, pemuda itu melontarkan suatu pertanyaan kepada khalifah setelah di'brainwash' oleh khalifah yang bijaksana itu tentang anak derhaka. Pemuda itupun mengaku memang dia derhaka.
Apakah pula soalan pemuda terhadap Saidina Umar al-Khattab?
Pemuda itu bertanya;"Apakah ada ibubapa yang melakukan penderhakaan terhadap anak-anak mereka?"
Umar al-Khattab berfikir sejenak dan menjawab: "Ya, memang ada dalam tiga keadaan ini iaitu..."
1) Lelaki yang memilih isteri di kalangan wanita yang fasik dan tidak berusaha mengubahnya menjadi baik setelah mengahwininya.
2) Lelaki yang tidak memberi nama yang baik kepada anak-anaknya, yang mana nama tersebut akan dipanggil bersama-sama namanya di akhirat kelak.
3) Lelaki yang tidak berusaha mengajar anak-anaknya al-Quran.
Okay camna? Apa yang nak aku tekankan kat sini tentang yang no.2 tu... ramai orang sekarang bagi nama kat anak yang sedap didengar... maksud??? Panggilan??? Tak guna bagi nama anak dah elok2 tapi panggil bukan2 jugak... contoh bagi nama anak Muhammad Safwan... maksud Safwan = Bersih, Ikhlas... pastu panggil Wan... dah xde makna... so camna tu? Sape nak jawab?

Trend orang skrg bagi nama anak paling kurang 3 patah perkataan...yang bg nama 2 patah perkataan ada jugak tapi dah berkurangan kut...(aku agak la)... x kisah lah tu... nama dah la susah nak eja... susah nak sebut... pastu susah nak tulis... kesian2 la sikit kat anak tu... masuk sekolah nak exam, tulis nama je 15 minit maklumlah nama panjang sangat... elleh cakap orang macam la nama anak ko tu x pjg... ye nama anak aku pun panjang jugak 3 patah perkataan... sume ada 14 huruf..berbanding nama aku 10 huruf je tapi aku dah fikir dengan sedalam2nya... oklah tu lebih 4 huruf berbanding nama aku... tu pun sebab aku nak sangat2 nama tu...lagipun maksudnya baik.. dan kami pun panggil dengan nama yang baik... Alhamdulillah, semoga anak aku menjadi insan yang baik & terbaik... Amin...

Ok berbalik semula pasal post kali ni... diharap xdelah lagi ibu bapa yang derhaka pada anak2 ya...itu je utk kali ni... salam...

p/s : JOM KITA MENGUNDI!!!!

Artikel Derhaka Ibu Bapa

Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

Sunday, April 21, 2013

32nd KLiBF 2013


SAYA NAK KE SANA!!!

Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

Tuesday, April 16, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia ~ Bab 1 ~

Okay untuk anda semua aku tempek kat sini Bab 1 Novel Sebenarnya Saya Isteri Dia

Monday, April 15, 2013

Kita - Forteen | Lirik

http://www.youtube.com/watch?v=kx_Jttdasuc&feature=youtube_gdata_player
Lirik Lagu Kita - Fourteen (OST Sebenarnya Saya Isteri Dia)
Kau renunglah wajahmu
Dimanakah hilangnya raut
Seperti dulu
Bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah
kerana hati masih sayang
Pada dirimu
Tapi harapan makin kabur
* Manakah kita
jika kau dan aku
Tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekatkan pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan
sahaja walaupun bibir cuba menyepi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita
Dijiwaku sengsara menanggung derita
Kerana cinta berubah tapi tak akan kehilanganmu
Ulang *
Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

Wednesday, April 10, 2013

1st time

1st time Zara naik train, nak mengelak jammed punya pasal hahaha...
Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

Tuesday, April 09, 2013

Hebatlah Stroller Ni

Giler best kan stroller ni, harga pun mestilah best gak...BMW tu...
Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

Monday, April 08, 2013

5th Maternity & Children Expo

Pagi semalam pegi 5th Maternity & Children Expo...saje je tengok apa yang menarik ada kat sana... ramai giler orang, aku sampai pukul 11> rasanya... then gi booth Pureen beli baju & sabun mandi utk Zara...yg lain2 tu just tgk2 je...
Ada stroller, makanan, menan, set medela...set lengkap freestyle RM19** ish2 mahalnyeeerr...kat Netherlands bila convert ke RM regenya dalam RM800 je...rugi x soh beli byk2 leh kaya wat bisnes jual medela :p
Gambar xde snap LANGSUNG, susah la nk snap pegang baby...malas bwk stroller gi tempat ramai manusia tu...
Oh ya beli majalah Pa&Ma jgl...dpt byk mende free hehe...
Sent from my Motorola smartphone over the Celcom network

Thursday, April 04, 2013

Suri Rumah vs Suri Pejabat

Hehe ada ke istilah Suri Pejabat? Ada la kot yang wat keje mcm suri rumah macam mop lantai, bancuh air, sapu sampah...

Cuma yang bezanya Suri Pejabat x 100% buat kerja suri rumah seperti memasak,jaga anak,basuh baju & yg sewaktu dengannya...tapi Suri Pejabat kebanyakkannya juga adalah Suri Rumah 1/2 masa so dorg kena wat keje 2x ganda la nampaknya kan...

Tetiba rasa macam best keje sebagai suri rumah, sebab waktu x penting sangat contoh macam basuh baju, semalam basuh kul 10 hari ni kul 2 pun xde sape nak marah asalkan baju kering.

Cuma macam UAI kata, Suri Rumah pun adalah 1 pekerjaan so pada suami2 di luar sana, mana2 isteri yang bekerja sebagai Suri Rumah sepenuh masa PERLU diberi GAJI. Ingat bagi gaji tau, jangan lupa tu.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Tuesday, April 02, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia ~ Zura Asyfar

Okay sebenarnya aku lom ada lagi novel nie & lom lagi baca novel nie... kalau tak silap aku novel nie novel baru...tup2 dah ada adaptasi ke drama la pulak... confirm berduyun2 la peminat novel & drama gi cari novel nie kan...termasuk aku la tu..hehe...

Ok semua aku nak update ni..sape2 yang nak baca Bab 1 - Bab 21 novel nie..leh la klik kat link ni okay Sebenarnya Saya Isteri Dia Online

p/s : x lama lagi ada PBAKL leh la dapatkan novel nie dengar harga yang superb kat sana kan...muahaha...

Ending Rindu Bertamu di Abu Dhabi

Camne "fanatician" drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi? Betul x agakan yang aku buat kat entry sebelum ni... betul kan 100% tepat hehe :p
Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

Sebuah Perjalanan

Susah pulak aku nak tido malam ni...so buka semula Note...taip entry kt blog nie...
Aku baru je mengimbas kenangan2 lama... tetiba rasa sedih sangat... andailah masa itu mampu diulang...pasti aku akan buat yang terbaik...bukanlah bermakna masa2 yang aku tinggalkan tu teruk... tapi alangkah indahnya jika dapat buat sehabis baik...paling baik & TERBAEEEEEK....dah tentu x kan ada lagi perkataan KALAU, JIKA., ANDAINYA & yg sewaktu dengannya....betul x???
Paling utama adalah PLANNING @ PERANCANGAN.... Setelah dikaji & difikirkan.. sume tu terjadi disebabkan perancangan yang salah @ kurang teliti. So insyaAllah aku berazam bermula dari saat ini aku cuba untuk membuat perancangan hidup agar semua akan baik2 saja.. & jadi terbaik. Semoga bila aku toleh semula ke belakang.. aku x kan ada lagi perasaan kesal...sebabnya aku berjaya menjadikan segalanya indah dalam setiap laluan "SEBUAH PERJALANAN"....
Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1