.

Tuesday, April 23, 2013

Amboi Nama Anak

Pasal nama anak ni aku dah ada wat entry pun sebelum ni kan, tapi lagi sekali aku rasa terpanggil untuk buat entry ttg NAMA anak...

Selalu kita dengar pasal anak derhaka pada ibu bapa kan...tapi tahukah korang ibu bapa pun ada yang derhaka pada anak? Ha sapa2 yang x pernah dengar mesti terkejut kan... ok meh aku terangkan...
Dalam satu kisah yang masyhur di zaman Saidina Umar al-Khattab, seorang khalifah yang terkenal dengan ketegasan dan keadilan di dalam pemerintahannya, beliau telah didatangi oleh seorang lelaki tua yang mengadu tentang anaknya yang dikatakan menderhaka kepadanya.
Bagi mendapatkan keadilan kedua-dua belah pihak, Umar al-Khattab lantas memanggil anak kepada lelaki tersebut bagi mendapatkan kebenaran tentang 'tuduhan' bapa kepada anak muda itu.Lantas, Saidina Umar pun bertemu dengan anak lelaki tua tersebut.
Dan, ketika Umar al-Khattab menemui anak muda itu, pemuda itu melontarkan suatu pertanyaan kepada khalifah setelah di'brainwash' oleh khalifah yang bijaksana itu tentang anak derhaka. Pemuda itupun mengaku memang dia derhaka.
Apakah pula soalan pemuda terhadap Saidina Umar al-Khattab?
Pemuda itu bertanya;"Apakah ada ibubapa yang melakukan penderhakaan terhadap anak-anak mereka?"
Umar al-Khattab berfikir sejenak dan menjawab: "Ya, memang ada dalam tiga keadaan ini iaitu..."
1) Lelaki yang memilih isteri di kalangan wanita yang fasik dan tidak berusaha mengubahnya menjadi baik setelah mengahwininya.
2) Lelaki yang tidak memberi nama yang baik kepada anak-anaknya, yang mana nama tersebut akan dipanggil bersama-sama namanya di akhirat kelak.
3) Lelaki yang tidak berusaha mengajar anak-anaknya al-Quran.
Okay camna? Apa yang nak aku tekankan kat sini tentang yang no.2 tu... ramai orang sekarang bagi nama kat anak yang sedap didengar... maksud??? Panggilan??? Tak guna bagi nama anak dah elok2 tapi panggil bukan2 jugak... contoh bagi nama anak Muhammad Safwan... maksud Safwan = Bersih, Ikhlas... pastu panggil Wan... dah xde makna... so camna tu? Sape nak jawab?

Trend orang skrg bagi nama anak paling kurang 3 patah perkataan...yang bg nama 2 patah perkataan ada jugak tapi dah berkurangan kut...(aku agak la)... x kisah lah tu... nama dah la susah nak eja... susah nak sebut... pastu susah nak tulis... kesian2 la sikit kat anak tu... masuk sekolah nak exam, tulis nama je 15 minit maklumlah nama panjang sangat... elleh cakap orang macam la nama anak ko tu x pjg... ye nama anak aku pun panjang jugak 3 patah perkataan... sume ada 14 huruf..berbanding nama aku 10 huruf je tapi aku dah fikir dengan sedalam2nya... oklah tu lebih 4 huruf berbanding nama aku... tu pun sebab aku nak sangat2 nama tu...lagipun maksudnya baik.. dan kami pun panggil dengan nama yang baik... Alhamdulillah, semoga anak aku menjadi insan yang baik & terbaik... Amin...

Ok berbalik semula pasal post kali ni... diharap xdelah lagi ibu bapa yang derhaka pada anak2 ya...itu je utk kali ni... salam...

p/s : JOM KITA MENGUNDI!!!!

Artikel Derhaka Ibu Bapa

Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

0 kesan degil: