.

Friday, July 05, 2013

Terbang Tinggi

BuatMu Sahabat.....

   

Jauh sudah kita melangkah
Pelbagai halangan diredah
Demi nama mengejar cita yang diimpikan bersama
Dulu seiringan bertiga,
kini haluanku berbeza
Namun rohani ku masih merasakan bimbingmu berkekalan
Bila dunia tak seindah, bila langit tak secerah
Dan bila ribut melanda, kau sinarkan segala
Walau tak dibibir tetapi dihati
Kau berdua bagaikan sepasang sayap untukku terbang tinggi

Usia telah mengubah kita
Kematangan dan pengalaman telah banyak mengajarku
Mendukung ertinya bersaudara
Tatkala ku berair mata, kau ukir senyuman ceria
Menjamin esok pasti akan menanti hajat dalam hati
Tika' di puncak dunia, tika' namaku dipuja
Kau tak pernah ku lupakan disebalik kejayaan
Walau tak dibibir tetapi dihati
Lidahku tak terucap, sayang yang ku rasai
Kau berdua bagaikan sepasang sayap untuk ku terbang tinggi

0 kesan degil: