.

Sunday, March 09, 2014

#PrayForMH370


Salam, sejak pagi tadi seluruh dunia mencari2 kemana perginya pesawat MH370...tetiba hilang di ruang angkasa...MIA.... Sehingga sekarang masih x tahu lagi status pesawat berkenaan...

Pelbagai spekulasi wujud di media sosial membuat pelbagai andaian ttg pesawat tersebut...ada yg kata thempas di lautan vietnam..ada yg kata thempas dekat dgn oil & gas perairan vietnam, ada yg kata dah pun selamat mendarat...x kurang jugak ada yang cakap hilang di segitiga bermuda ( A New Bermuda Triangle )...pendek kata semua hanya andaian...takde satu pun yg disahkan betul. Sama2 lah kita berdoa semoga berlaku keajaiban... #PrayForMH370

Tetiba aku terfikir...bagaimana dengan mereka2 yg berada dalam pesawat tu...ok katakanlah pesawat tu mmg ada masalah...macamana nak menghadapi semua tu...pendek kata nyawa dihujung tanduk...tetiba pulak seluruh dunia x dapat jumpa pesawat tu berhari2.... cuba letakkan diri sendiri dalam situasi tu... Ya Allah x dapat nak dibayangkan....

Andai kata memang hilang...hilang tapi x tau hilang ke mana... contoh macam kat segitiga bermuda tu...sampai sekarang takde siapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku kat segitiga bermuda kan..... kuasa Allah tiada siapa tahu kan berlaku keajaiban...In sha Allah...harap2 macam tulah...kalau ini bakal berlaku..syukur......ingat, kuasa Allah tiada yang mustahil... Mengharapkan berlaku keajaiban...Amin...

Tengok Astro Awani ada temuramah seorg student yang patutnya menaiki pesawat MH370 tapi ditakdirkan student tu terlepas flight... rasanya mungkin x terungkap dgn kata2 betapa bersyukurnya dia disebabkan terlepas flight tu...dia juga terlepas dari kejadian yang berlaku skrg ni...

Harap semua yg berada dalam pesawat tu selamat...walaupun bukan semua org Islam dan walaupun xde sorg pun penumpang mahupun crew yang aku kenal...tapi atas nilai2 kemanusiaan sesama kita....marilah kita berdoa agar semuanya selamat....satu lagi pesan aku....kalau kita x pandai usah tunjuk yang kita bodoh!!! Jangan keluarkan statement yg memalukan dan menunjukkan kebodohan diri sendiri di media sosial, media cetak & sebagainya...diam2 sudah...

Sedih sangat rasa nak keluar air mata taip post kali nie...tengok mak ayah sedara-mara waris2 yang ada kat airport sabar menunggu berita mangsa yang terlibat :(
#DoaUntukMH30 #PrayFor370

Sent from my Samsung® Galaxy Note 10.1

0 kesan degil: