.

Thursday, June 19, 2014

Bahaya Untuk Bayi!!!

Bayi2 adalah tidak digalakkan menggunakan :

1. Buaian
- Buaian boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi. Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.
📖 Sumber : http://www.oldtraffords.com/2010/11/kebaikan-dankeburukan-anak-tidur-buaian.html?m=1

2. Puting kosong
- Infeksi telinga meningkat
- Infeksi perut dan lain-lain
- Menyebabkan masalah gigi
- Masalah pertuturan
- Menganggu penyusuan badan
📖 Sumber : http://www.babycenter.com.my/a1045003/puting-kosong?ModPagespeed=noscript

3. Kerusi beroda (Walker)
- Di Canada, walker telah pun diharamkan penjualannya. Ini kerana walker tidak membantu bayi berjalan lebih cepat malah ia mengganggu dan melambatkan proses belajar berjalan.
📖 Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Biarkanbayibergeraksendiri/Article

4. Bantal
- The U.S Consumer Product Safety Commision menyarankan agar bayi yang baru lahir sehingga usia 1 tahun sebaiknya tidak menggunakan bantal ketika tidur. Tingginya kes SIDS (sindrom kematian mendadak pada bayi) di Amerika Syarikat membuatkan beberapa doktor menyarankan untuk tidak menggunakan bantal pada anak yang berumur 2 tahun ke bawah.
📖 Sumber : http://doktersehat.com/mengapa-bayi-tidak-dianjurkan-pakai-bantal-saat-tidur/

Apa2 pun terserahlah pada ibu bapa untuk mengimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara tersebut terhadap anak masing2 ✌

Sent from Samsung Mobile.

0 kesan degil: