.

Thursday, September 29, 2016

Nilai Nyawa

Ada 1 keluarga ayah,ibu & 2 orang anak perempuan mereka. Suatu hari pergi berkelah & mandi manda di sebuah sungai bdekatan dengan laut di suatu kawasan yang tidak diketahui. 

Setelah si anak habis mandi, si Ayah pun pergi ke kereta mengambil baju salin untuk si anak.. ketika si ibu mengangkat si anak ke tebing sungai kedua² selipar si anak yg no.2 ni tertanggal dari kaki dan hanyut. Si ibu nak ambik tapi tak sempat tetiba sebelah selipar tersangkut. so si ibu cepat² ambik selipar tersebut & mgejar lagi sebelah selipar yg hampir² masuk ke laut sambil menjerit melawan bunyi arus air berpesan kepada kedua² anaknya agar duduk diam sahaja di tebing sungai & jangan mengekorinya. Akhirnya kedua² selipar berjaya diambil. Tetapi si ibu hampir terjatuh,mujur sempat berpaut pada dahan² kayu seterusnya menarik badan menggukan dahan² kayu itu ubtuk naik ke atas.

Bila si ibu menoleh ke belakang si kakak & adik dah pun mengekori si ibu. Ibu dengan pantas menarik si kakak dan meletakkan ke tebing sungai, kemudian mengejar pula si adik untuk diletakkan di tempat yg selamat sama seperti si kakak. 

Si Ayah baru saja tiba, terkejut melihat apa yang terjadi. Syukur semuanya selamat.. bertarung dengan nyawa hanya kerana sepasang selipar.


Meskipun ia hanya mimpi, tapi seolah² benar² terjadi.

Pengajarannya di sini, usahlah mengorbankan sesuatu untuk sesuatu yg kurang penting.. fikirkan mana yang lebih penting dari yang penting. berbaloikah mengorbankan nyawa anak² hanya untuk sepasang selipar yg boleh diganti dengan yang baru?

Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga ini dari kejahatan² anasir duniawi. Dan semoga keluarga ini diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki & dipanjangkan usia. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sent from my Samsung device



Sent from my Samsung device

0 kesan degil: